Kelebihan Surah al-Baqarah dan al-Imran

Bismillahirrahmanirrahim;

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ! Aku memuji-Nya dan aku memohon pertolongan dan keampunan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada sesembahan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah. Amma ba’d:

Ini adalah terjemahan yang saya nukilkan dari kandungan kitab tafsir Ibnu Katsir, Tafsir fi Quranil 'Adzim dalam tafsir surah al-Baqarah dalam bab Kelebihan surah al-Baqarah dan al-Imran:

Imam Ahmad berkata bahawa Abu Nu’aim mengkhabarkan kepada mereka bahawa Bishr bin Muhajir berkata bahawa Abdullah bin Buraidah meriwayatkan kepadanya dari ayahnya, “Aku duduk bersama dengan Nabi saw dan aku mendengar beliau bersabda,

تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَة

“Pelajarilah surah al-Baqarah maka sesungguh darinya barakah, meninggalkannya adalah kedukaan, dan tidak mampu baginya kebatilannya”

Dia tetap berdiam sebentar dan kemudian bersabda,

تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ وَآلَ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا الزَّهْرَاوَانِ، يُظِلَّانِ صَاحِبَهُمَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ غَيَايَتَانِ أَوْ فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، وَإِنَّ الْقُرآنَ يَلْقى صَاحِبَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِينَ يَنْشَقُّ عَنْهُ قَبْرُهُ كَالرَّجُلِ الشَّاحِبِ فَيَقُولُ لَهُ: هَلْ تَعْرِفُنِي؟ فَيَقُولُ: مَا أَعْرِفُكَ. فَيَقُولُ: أَنَا صَاحِبُكَ الْقُرْآنُ الَّذِي أَظْمَأْتُكَ فِي الْهَوَاجِرِ وَأَسْهَرْتُ لَيْلَكَ وَإِنَّ كُلَّ تَاجِرٍ مِنْ وَرَاءِ تِجَارَتِهِ، وَإِنَّكَ الْيَوْمَ مِنْ وَرَاءِ كُلِّ تِجَارَةٍ فَيُعْطَى الْمُلْكَ بِيَمِينِهِ وَالْخُلْدَ بِشِمَالِهِ وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَانِ لَا يَقُومُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا، فَيَقُولَانِ: بِمَا كُسِينَا هَذَا؟ فَيُقَالُ: بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ثُمَّ يُقَالُ: اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا، فَهُوَ فِي صُعُودٍ مَا دَامَ يَقْرأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا

”Pelajarilah surah al-Baqarah dan al-Imran kerana itu adalah dua cahaya dan ia memayungi orang mereka pada hari kebangkitan, sebagai dua awan, dua ruang lindungan atau dua garisan kawanan burung. Al-Quran akan menemui sahabatnya dalam bentuk lelaki berwajah pale pada hari kebangkitan apabila kuburnya dibuka. Al-Quran akan bertanya kepadanya, “Adakah engkau mengenaliku” Orang itu akan berkata, “Saya tidak mengenali engkau”. Al-Quran akan berkata, “ Akulah sahabatmu, Quran, yang membawa telah membawa kamu kedahagaan ketika panas dan membuat kamu bangun ketika malam. Setiap pedagang mempunyai barang niaga tertentu. Tetapi, hari ini, kamu adalah disebalik segala barang niaga.” Kerajaan akan diberi kepadanya di tangan kanannya, kehidupan abadi ditangan kirinya dan mahkota kemuliaan akan diletakkan dikepalanya. Ibubapanya jua akan dikurniakan dua pakaian yang orang ketika kehidupannya tidak mampu memilikinya. Mereka akan berkata, “Kenapa kami diberi pakaian ini” Ianya akan berkata, “Kerana anakmu dulu membawa al-Quran”. Ia kemudian akan berkata, “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga”. Dia akan pergi menaiki selama mana ia membaca, samada membaca perlahan atau secepatnya.”

Ibnu Majah juga merakamkan bahagian dari hadis ini dari Bashir bin al-Muhajir, dan rantaian perawi ini adalah Hasan, mengikut ketetapan Imam Muslim.

Sebahagian dari hadis ini juga disokong oleh hadis yang lain. Seumpama, Imam Ahmad merakamkan bahawa Abu Umamah al-Bahili berkata bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda,

اقْرَأُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ شَافِعٌ لِأَهْلِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ اقْرَأُوا الزَّهْرَاوَيْنِ، الْبَقَرَةَ وَآلَ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا يَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، يُحَاجَّانِ عَنْ أَهْلِهِمَا يَوْمَ الْقِيَامَة
“Bacalah al-Quran, kerana ianya akan menjadi syafaat bagi ahlinya pada hari kebangkitan. Bacalah kamu dua cahaya, al-Baqarah dan al-Imran, maka kerana sesungguhnya ia mendatangi pada hari kiamat seumpama keduanya itu seperti dua awan, dua lindungan atau dua garisan kawanan burung pada hari kiamat dan akan berhujah ke atas ahlinya pada hari kiamat.”

Kemudian sabda Nabi saw,

اقْرَأُوا الْبَقَرَةَ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَة
“Bacalah al-Baqarah, maka sesungguhnya mengambilnya barakah dan meninggalkannya kesedihan dan tidak mampu mengingatinya para batil.”

Juga, Imam Muslim meriwayatkan hadis ini dalam Kitabus Solat

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa an-Nawas bin Sam’an berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

يُؤْتَى بِالقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَهْلِهِ الَّذِينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ تَقْدَمُهُم سُورَة الْبَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانُ
"Mendatangi al-Quran pada hari kebangkitan dan ahlinya mereka yang mengamalkannya akan mendahului mereka surah al-Baqarah dan al-Imran."

An-Nawas berkata, “Nabi saw meletakkan tiga perumpamaan bagi dua surah ini dan tidak melupakan perumpamaan ini semenjak itu. Beliau bersabda,

كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ ظُلَّتَانِ سَودَاوَانِ بَيْنَهُمَا شَرْقٌ، أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، يُحَاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا
"Akan datang seumpama dua awan atau dua pelindung yang gelap antara keduanya timbul, atau seumpama keduanya dua kawanan burung berbaris, berhujjah kedua-duanya dari sahabat mereka."

Hal ini juga dirakamkan dalam Sahih Muslim dan at-Tarmidzi meriwayatkan hadis ini, yang mana dia meletakkan Hasan Gharib.

Demikian apa yang ditulis oleh al-Imam Ibnu Katsir rhm, mudahan kita dapat memahami al-Quran dengan sebaik-baiknya menurut kaedah salafussoleh.

Wassalamua'alikum wbr.

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين

Mengenal Kata Nama الأسم