18 May 2009

Syariat Nasrani

Sementara dalam agama Nasrani, dikenal bagi mereka yang mempelajarinya sebagai syariat yang tidak terperinci dalam mengatur kehidupan dan masyarakat. Rahsianya, kerana agama Nasrani berpegang teguh kepada syariat Nabi Musa as dalam berbagai perkara kerana di dalam Injil sekarang ada mengatakan bahawa Isa al-Masih as sebagai berkata:

Aku tidak datang untuk merombak syariat Musa, malah aku datang sebagai penyempurna

Namun demikian, kenyatannya mereka telah mengubah sebahagian hukum Taurat, seperti mengharamkan daging, serta mengganti sebahagian hukum-hukum seperti hukum rejam bagi yang berzina, qisas dan yang lainnya, sebagaimana disebutkan: “ barangsiapa di antara kamu ada tanpa dosa, hendaklah ia membaling dengan batu…..” dan disebutkan pula: “sesungguhnya orang sebelum kamu berkata: “Gigi dibalas gigi”, namun akau berkata: “Barangsiapa yang memukul pipi kananmu, maka berikan pipi kirimu kepadanya…”

Orang-orang yang meneliti Injil, iaitu Injil sekarang ini, pasti tidak akan menemukan tasyri’ (perundangan), yang paling menonjol kita dapati dalam hukum-hukum Injil ialah hukum larangan talak. Syariat ini menjadikan agama Nasrani bertentangan dengan agama-agama sebelumnya bahkan bertentangan dengan Yahudi itu sendiri, dimana Isa Al-Masih memaklumkan bahawa kedatangannya bukanlah untuk merombaknya. Injil telah
mengharamkan talak melalui lisan al-Masih, dan diharamkan berkahwin lelaki-lelaki yang mentalak isteri dan perempuan-perempuan yang ditalak.

Dalam Injil Matius 5:31-32 misalnya, ada disebutkan: “Barangsiapa yang mentalak isterinya, maka dia harus menyerahkan kepadanya buku talak. Bagaimanapun aku katakan padamu: “ Barangsiapa yang mentalak isterinya selain kerana zina, bermakna dia menjadikannya seorang perempuan penzina. Barangsiapa yang mengahwini perempuan yang ditalak bererti dia seorang penzina.”

Dalam Injil Markus 10, 11, 12 ada menyebutkan: “Barangsiapa yang mentalak isterinya lalu berkahwin lagi, bererti ia zina dengannya, dan bila seorang wanita mentalak suaminya, dan kemudian berkahwin dengan lelaki lain bererti ia melakukan zina.” Alasan diharamkan talak kerana sesuatu yang telah disatukan oleh Allah tidak sah diceraikan oleh manusia.[15]

Perkataan ini betul maksudnya, tetapi dijadikan alasan bagi mengharamkan talak adalah sesuatu yang aneh, kerana Allah SWT yang menyatukan pasangan suami isteri bermakna Allah mengizinkan perkahwinan ini dan mensyariatkannya sehingga patutlah dikatakan penyatuan dua insan ini adalah atas nama Allah. Ini membawa pengertian bahawa Allah lah yang sebenarnya mempertemukan mereka sedangkan manusia melangsungkannya penyatuan itu melalui akad nikah. Maka jika Allah mengizinkan dan mensyariatkan nikah kerana sebab dan keadaan yang menuntutnya, bererti pemisahan atau perceraian antara suami isteri itu juga dari Allah, walaupun manusia sendiri yang melangsungkannya.

Oleh yang demikian jelaslah, manusia tidak dikatakan sebagai pencerai apa-apa yang telah dihimpunkan Allah, tetapi penghimpun dan pemisah adalah Allah jua, bukankah Allah memisahkan keduanya gara-gara zina, jadi mengapa tidak memisahkan keduanya lantaran sebab yang lain ?

1. Perbezaan Mazhab Dalam Masalah Talak

Walaupun Injil membolehkan talak kerana penzinaan, namun pengikut mazhab Katolik menafsirkan pengecualian tersebut dengan mengatakan: “Ini tidaklah bererti dalam syariat itu terdapat hukum yang membolehkan talak, tidak ! Dalam syariat Isa al-Masih as sama sekali tidak ada talak, sedangkan apa yang diperkatakan adalah pengecualian kahwin itu kerana penzinaan, yang bererti persoalan samada sah atau tidak satu-satu perkahwinan. Walaupun secara zahirnya tidak kelihatan seperti tiada penzinaan, maka dalam keadaaan seperti itu adalah boleh seseorang lelakikan bahkan wajib dia meninggalkan isterinya”[16]

Bagaimanapun pengikut dari mazhab Protestan, membolehkan talak dalam hal-hal yang tertentu, seperti kerana isteri berzina atau mengkhianati suami dan kerana hal-hal yang lain yang tidak terdapat dalam Injil. Namun jika suami isteri telah bercerai mereka mengharamkannya untuk berkahwin lagi.

Sementara pengikut mereka dari mazhab Ortodox, kumpulan agama di Mesir membolehkan talak apabila seorang isteri berzina sebagaimana didapati di dalam Injil, dan juga dengan sebab lain seperti kemandulan selama 3 tahun, sakit yang berterusan dan kemelut rumahtangga yang berpanjangan yang tidak ada lagi jalan perdamaian. Inilah beberapa sebab luaran yang yang disebutkan dalam Injil, tetapi tokoh aliran ini yang fanatik mengingkari pandangan ini yang membolehkan talak kerana sebab-sebab yang lain selain dari penzinaan dan mereka juga mengingkari harusnya seorang lelaki yang telah mentalak isterinya atau seorang perempuan yang telah ditalak berkahwin lagi dalam keadaan bagaimanapun sekali. Oleh sebab itu, Pengadilan Agama Kristian Mesir menolak permintaan seorang perempuan Kristian yang menuntut cerai dari suaminya kerana hal itu merumitkan keputusannya: “Suatu hal yang menghairankan apabila sebahagian penegak agama dari tokoh gereja dan aggota majlis umum agama turut terikut perkembangan zaman bersama-sama dengan keinginan orang-orang yang lemah imannya, dengan membolehkan talak kerana sebab-sebab yang tidak ada dalilnya dalam Injil. Padahal syariat Nasrani itu telah menetapkan bahawa talak tidak boleh sama sekali melainkan kerana penzinaan, sehingga perkahwinan seorang lelaki yang yang telah mentalak isterinya itu adalah perkahwinan yang keji, bahkan ianya termasuk dalam perlakuan zina yang tersembunyi”[17]

2. Kesan Pengharaman Talak Berlebihan.

Kesan yang timbul dari peraturan yang kaku dalam masalah talak yang merendahkan tabiat manusia dan mengabaikan tuntutan-tuntutan dalam kehidupan yang kadang-kadang memerlukan kepada penceraian menjadikan para penganut agama Nasrani ini berani melanggar dan menerjah syariat agamanya, membebaskan diri dari ajaran Injil. Maka para sarjana barat Nasrani membuat undang-undang sivil baru yang membolehkan mereka keluar dari “penjara” yang sempit ini, sehingga ramai yang mengingkari agama sesuka hati seolah-olah mencabar syariat Injil. Mereka mentalak isteri hanya dengan sebab perkara yang paling kecil sekali sedangkan para ulama mereka mengeluh kerana berlaku kekacauan dalam sistem hubungan yang suci yang mengakibatkan kehidupan rumahtangga dan kekeluargaan mengalami kerosakan sehingga pernah seorang paderi talak membayangkan bahawa kehidupan rumahtangga akan lenyap dari negeri dan digantikan dengan pergaulan bebas dan serba boleh antara lelaki dan perempuan dalam waktu yang terdekat, sementara kehidupan rumahtangga sekarang tidak ubah bagaikan suatu kerjasama perniagaan yang boleh digagalkan sesukanya lantaran sebab yang paling kecil sekali.

3. Syariat Nasrani Bersifat Sementara Bukan Umum.

Jika benar apa yang disebutkan Injil, bahawa hukum talak adalah suatu hukum yang yang tidak mengalami perubahan pada kurun pertama, maka tidak diragukan lagi oleh mereka yang meneliti dan mempelajari Injil, akan melihat, hatta Injil yang sudah diubah, bahawa Isa al-Masih as itu diutuskan bukan bertujuan untuk menetapkan syariat yang umum abadi untuk seluruh manusia, tetapi untuk meluruskan bangsa Yahudi yang melanggar syariatnya dalam hukum yang diringankan Allah kepadanya seperti masalah talak.

Di dalam fasa 19 Injil Matius disebutkan: “Bahawa Jesus ketika berangkat dari Galilea ke daerah Yahudi sampai menyeberangi Jordan, datanglah kepadanya orang-orang Parsi untuk menguji dia. Mereka berkata “Apakah diperbolehkan orang menceraikan isterinya dengan alasan tertentu ?” Dia menjawab: “Tidakkah kamu baca, bahawa Dia menciptakan manusia sejak mula, menjadikan mereka laki-laki dan perempuan ? dan firman-Nya: “Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah ibunya dan menetap bersama isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging. Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu, sebab itu apa yang dipersatukan Allah tidak boleh diceraikan manusia”. Maka mereka berkata kepadanya: “Jika demikian, mengapa Musa as berpesan agar wanita diberi surat cerai talak”? Jesus berkata: “Kerana kekerasan hatimu, Musa mengizinkan kamu mencerai isterimu yang pada awalnya tidaklah demikian, tetapi aku katakana kepadamu: “Barangsiapa menceraikan isterinya, kecuali kerana zina, lalu dia berkahwin dengan perempuan lain, bererti dia berbuat zina”. Murid-muridnya berkata kepadanya: “ Kalau begitu keadaannya, lebih baik tidak kahwin.” (Matius 19:1-10)
Dari percakapan Jesusu di atas kita dapati bahawa dia ingin membatasi kezaliman dan perlanggaran kaum Yahudi dalam menggunakan keizinan talak yang diberikan Musa. Jadi dia menghukum mereka dengan mengharamkan talak, kecuali kerana zina. Peraturan ini merupakan penyelesaian bersifat sementara sampai dating syariat yang umum kekal abadi dengan kebangkitan Muhammad SAW.

Juga tidaklah menjadi rasional, kalau Jesus menginginkan ini sebagai syariat yang abadi bagi umat manusia seluruhnya, kerana kaum Hawariyyin dan murid-muridnya sendiri yang paling fanatik menyatakan keberatannya terhadap hukum yang keras dan kaku ini. Mereka berkata: “Kalau demikian keadaan suami isteri, maka lebih baik tidak kahwin.”

Anggapan mereka berkahwin dengan perempuan, menjadi beban yang memeayahkan kerana tidak dapat dicerai dalam keadaan bagaimanapun, walaupun dia benci dan kerana tiada keselarasan untuk meneruskan perkahwinan tersebut.

Pernah seorang bijaksana berkata: “Sesungguhnya bencana paling besar adalah bergaul dengan orang yang tidak sesuai degannya tetapi tidak boleh berpisah darimu.”

Seorang ahli syair Arab berkata:
Orang yang menyusahkan orang yang merdeka adalah musuh yang selalu harus berteman dengan dia…”


Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda ?

Senarai Teratas