Jama’ah Da’wah: Jawapan Syaikh Shaleh Fauzan

Berikut adalah jawapan Syeikh Salih bin Fauzan al-Fauzan tentang mendirikan jama’ah da'wah. Posting ini tidak bermaksud apa-apa merendahkan sesiapa atau mana-mana golongan dan juga tidak dituju kepada mana-mana jama'ah.Tujuannya untuk kita berkongsi pandangan daripada seorang ulama besar di Riyadh, Arab Saudi yang merupakan komitee Penelitian dan Fatwa Islam (kibaril Ulama).

Cuma di sini hendak dijelaskan kedudukan bahawa kita adalah umat Islam mempunyai kewajipan yang satu iaitu da'wah ila Allah Ta'ala. Setiap daripada kita mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza dalam berda'wah dan masing-masing itu saling lengkap melengkapi. Tumpuan atau objek da'wah juga berbeza. Kita berhadapan dengan pelbagai serangan daripada musuh luar dan dalam, diserang dari pelbagai sudut. Ingat iktibar daripada sejarah Perang Uhud, dalam strategi peperangan tidak kesemua tentera diletakkan dibenteng hadapan dan tidak juga kesemua tentera berada di bukit Uhud, masing-masing mempunyai fungsi yang saling bantu membantu antara satu sama lain - poster.

Soalan:

Sebagian orang memandang wajib mendirikan jama'ah-jama'ah atau kelompok-kelompok ini khususnya dalam rangka dakwah kepada agama Allah ke tengah masyarakat yang tidak kelihatan tertegaknya kekuasaan Islam di dalamnya.



Jawaban :

Dakwah kepada agama Allah merupakan tuntutan kewajiban. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik" [An-Nahl : 125]

Akan tetapi memecah belah kaum muslimin menjadi berkelompok-kelompok sehingga masing-masing mendakwa kelompoknyalah yang benar sementara yang lain sesat sebagaimana realiti yang ada sekarang ini, jelas bukan merupakan manhaj dakwah yang benar. Setiap muslim yang memiliki ilmu dan kemampuan wajib berdakwah kepada agama Allah di atas petunjuk ilmu. Hendaklah ia bekerjasama dengan yang lainnya tanpa harus menjadikan manhaj khusus bagi setiap golongan yang menyelisihi manhaj golongan lainnya. Bahkan seharusnya kaum muslimin memiliki manhaj yang satu dan hendaknya mereka saling bekerja sama dan bermusyawarah di antara mereka.

Tidak perlu mendirikan jama'ah dan manhaj-manhaj baru yang saling berbeda dan berpecah belah. Karena keadaan seperti itu akan mengancam keutuhan persatuan kaum muslimin dan akan memunculkan persengkataan dan perlecehan diantara kaum muslimin sebagaimana yang dapat disaksikan pada hari ini diantara jama'ah-jama'ah yang ada di negeri-negeri Islam dan lainnya.

Mendirikan jama'ah bukanlah perkara yang sangat utama dalam berdakwah, namun yang utamanya adalah siapa saja yang memiliki ilmu, kebijaksanaan dan marifat hendaklah bangkit berdakwah kepada jalan Allah meskipun seorang diri.

Berdakwah kepada jalan Allah harus dilakukan di atas manhaj yang satu, manhaj yang tegak di atas al-haq sekalipun berbeza-beza dalam disiplin ilmu dan terpancar di berbagai negeri.

Wallahualam Bishowwab

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين

Mengenal Kata Nama الأسم