Perbezaan Syariah dan Fiqh

Assalamua'alaikum warahmatullahi wabaraktuh;

Dikalangan penulis terutamanya mereka yang berfahaman liberal memahami bahawa hukum syariah dan hukum fiqh itu berbeza. Mereka mendakwa hukum fiqh adalah produk akal manusia bukan datang daripada Allah Ta'ala dan hukum syariah itulah sebenarnya hukum-hukum yang datang daripada Allah Ta'ala. Benarkah dakwaan mereka ini ? Mereka juga berjaya mempengaruhi sebahagian daripada orang-orang awam dengan kefahaman ini. Lantas berlakunya penolakan terhadap hukum-hukum fiqh oleh mereka dan mencukupkan diri dengan hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran sahaja atau Al-Quran dan As-Sunnah sahaja. Ini adalah sesuatu yang tidak benar sama sekali. Menolak hukum-hukum fiqh secara tidak langsung sebenarnya menolak syariat Allah itu sendiri.


Kitab Al-Umm, kitab fiqh mazhab Al-Imam As-Syafi'e
Sebelum mengupas lebih lanjut fenomena ketidakfahaman ini,marilah kita sama-sama menelaah sedikit maksud istilah syariah dan fiqh itu sendiri.

Maksud syariah sebagaimana yang telah saya tulis dientri yang lalu ialah segala sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepada para hamba-Nya berupa agama dan perintah-Nya, seperti solat, puasa, zakat dan haji dan seluruh amalan yang berupa peribadatan kepada Allah Ta'ala dan juga amal-amal kebajikan lainnya. Cara penetapan Allah Ta'ala ini ialah melalui kalam-Nya yang disampaikan kepada Nabi Muhammad shallallahua'alihiwasallam iaitu kitab suci Al-Qur'an dan juga melalui perkataan, perbuatan dan taqrir Nabi Muhammad shallallahu'alaihiwasallam serta cabang dari keduanya iaitu ijma' dan qiyas serta lain-lainnya.

Maksud fiqh pula ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan cara mengambil dan menyimpulkan seperangkat hukum yang berbentuk amalan dari ketetapan Allah Ta'ala melalui dalil-dalilnya secara terperinci.

Jelasnya disini syariah itu adalah hukum Allah Ta'ala dan fiqh itu adalah ilmu menggali, memahami dan menyimpul hukum Allah Ta'ala. Jadi, syariah itu adalah tujuan sedangkan fiqh adalah cara.

Bila dikatakan hukum syara' disini maka ianya terbahagi kepada 2:

1) Hukum yang ditetapkan secara jelas dan terang oleh nas-nas Al-Quran dan Sunnah.

2) Hukum yang ditetapkan secara tidak jelas dan terang atau hukum yang tidak disentuh langsung oleh nas-nas Al-Qur'an dan Sunnah melainkan dapat diambil darinya melalui ijtihad para ulama dan fuqaha secara ijma' dan qiyas serta Istishlah, istihsan, istishab dan lain-lain dengan tetap berpandukan Al-Qur'an dan As-Sunnah.


Bahagian ke-2 inilah didakwa oleh mereka sebagai produk akal manusia. Ini merupakan satu bentuk kekeliruan samada disengajakan atau tidak sengajakan oleh mereka, semata-mata bertujuan menolak sebahagian daripada hukum-hukum syariat dan membebaskan diri mereka daripada tuntutan-tuntutan agama menurut hawa nafsu mereka.

Prof. Yusof Al-Qardhawi menguraikan kekeliruan ini dengan menyatakan didalam kitabnya "Madkhal Li Dirasat As-Syari'ah Al-Islamiyyah" bahawa, syariat itu tidak berdiri sendiri dan bergantung di awang-awang, tetapi ianya masuk ke dalam lingkaran fiqh Islami. Kecuali kejadian atau kes-kes yang baru terjadi, maka hukum syariatnya ialah menurut apa yang disimpulkan oleh para fuqaha zaman tersebut menurut dasar-dasar dan maqashid atau tujuan-tujuan syariat serta masih berada dalam pengawasan fiqh Islami.Manakala dalam kitab Fiqhul Manhaji, fiqh itu sendiri bermaksud hukum-hukum syari'at itu sendiri.

Seluruh bahagian ini dirangkumkan menjadi satu iaitu hukum-hukum syariat atau juga hukum-hukum fiqh kerana puncanya atau sumber pengambilannya satu sahaja iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Dasar pembahagian hukum syara' kepada dua seperti di atas iaitu hukum secara langsung daripada dalil-dalil nas dan hukum melalui ijtihad para ulama fuqaha ialah bertujuan untuk membezakan antara hukum yang pasti dan putus (hukum qathie) dan hukum yang tidak pasti (hukum dzanni). Contoh hukum qatie, solat itu wajib ini adalah secara langsung daripada Al-Quran tetapi bagaimana melakukannya ia adalah ijtihad para ulama kerana nasnya dzanni. Termasuk dalam kategori ini ialah masalah yang tiada disentuh langsung oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah. Kategori ini termasuk dalam wilayah ijtihad yang memerlukan kepada dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan secara umum untuk menetapkan dalil melalui qiyas dan menurut maqashid syariah. Namun kedua-duanya tetap berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber pengambilan dan penetapan hukum. Sebaliknya, peranan akal adalah menyelidik, memahami dan menyimpulkan hukum sedangkan akal itu tidak lepas bebas begitu sahaja malah terikat dengan dasar-dasar Al-Qur'an dan As-Sunnah. Jadi, menolak hukum fiqh yang datang dari ijtihad ulama merupakan satu penolakan secara tidak langsung ke atas syariat itu sendiri.

Bagaimanapun, apa yang berlaku dan diterima di sini ialah pembaruan fiqh dan perkembangannya atau Tajdid al-Fiqhi wa tatwiruhu iaitu menghidupkan ijtihad samada ijtihad Intiqa'iy iaitu memilih pendapat yang terkuat dari salah satu pendapat yang ada berdasarkan dalil ataupun ijtihad insya'i iaitu mengemukakan pendapat dalam masalah-masalah baru menurut kacamata nas-nas yang muhkamah dan maqashid syari'ah tanpa taksub (fanatik) kepada pendapat lama dan tanpa menahan pendapat baru.

Wallahualam

Comments

Post a Comment

Pandangan Anda ?

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين

Mengenal Kata Nama الأسم