Isim al-Mubalaghah

Isim al-mubalaghah ialah kata nama yang menunjukkan suatu perbuatan atau keadaan yang dimaksudkan itu keluar dari batasan atau bersangatan.
Terdapat banyak acuan bagi isim al-mubalaghah dan sebahagian besarnya hanya dapat diketahui melalui kaedah sama’i iaitu dari pertuturan orang arab sendiri, antaranya yang dapat disenaraikan:
فَعَّالٌ، فَعُّولٌ، فَعِيلٌ، فَعُولٌ، مِفْعِيلٌ، مِفْعَالٌ، فُعُولٌ

Kebanyakan isim al-mubalaghah diambil dari kata kerja mujarrad yang huruf aslinya tiga dan sangat sedikit yang diambil dari kata kerja mazidu fih.

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين

Mengenal Kata Nama الأسم