Posts

Showing posts from June, 2008

Sejarah Timbulnya Khawarij

Image
Bismillahirrahmanirrahim; Alhamdulillah ! Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW beserta para pengikutnya dan seluruh para sahabat baginda. Setelah itu; Pada saat Ali karramallahu wajhah mendapat bai’ah dari penduduk Madinah dan memegang tampuk pimpinan di Madinah, beliau melihat bahawa ada beberapa pejabat pemerintah yang diangkat oleh Khalifah Usman bin ‘Affan ra yang menduduki jabatan tersebut tidak perlu dikekalkan, ini termasuk Mu’awiyah ra yang memegang jawatan sebagai Gabenor Syam sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab ra hingga zaman Khalifah Usman bin Affan ra yang terbunuh. Namun, Muawiyah ra yang selama ini menjawat jawatan Gabenor Syam enggan berbai’ah kerana beliau berpendapat selagi tuntutan perlaksanaan hukum qisas terhadap pembunuh Khalifah Usman ra belum dilunaskan, beliau berkeras tidak akan membai’ah Ali kaw. Khalifah Ali kaw berpendapat, urusan perlaksanaan qisas ke atas Khalifah Usman ra boleh dita’khirkan. Perselisihan ini akhirnya,