Posts

Showing posts from April, 2009

Tanggungjawab Eksklusif

Image
Apakah yang kita faham sebenarnya tentang tanggungjawab ? Tanggungjawab adalah sinonim dengan perkataan amanah, tanggungjawab adalah tugas yang dibebankan ke atas individu sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya dalam melaksanakan tugas tersebut. Dalam istilah agama disebut sebagai taklif, iaitu dibebankan dengan tanggungjawab. Orang yang menerima bebanan dipanggil mukallaf. Tentu kita pernah dengar usia mukallaf ?Iaitu usia dimana seseorang itu dianggap boleh menerima bebanan, dan hal ini dikecualikan kepada mereka yang dibawah umur dan mereka ini tidak dibebani dengan tanggunjawab. Kita dah kenal apa itu tanggungjawab, apakah sama tanggungjawab antara kita dengan individu yang lain ? Kalau dilihat pada takrifnya, tanggungjawab itu sebenarnya relatif ianya tidak sama antara individu dan individu yang lain. Contohnya tanggungjawab keselamatan, tidak mungkin kita akan meletakkan keseluruhan tanggungjawab keselamatan itu di atas kesemua bahu individu yang ada dalam sesebuah organisasi a