Posts

Kesukaran Dipermudahkan Dalam menjalani kehidupan, manusia tidak dapat lari dari menghadapi rintangan. Rintangan ini boleh jadi datang dalam keadaan yang mudah dan juga dalam keadaan yang sukar. Begitu di dalam kehidupan beragama, dalam melaksanakan perintah dan larangan Allah Ta'ala, Pencipta kita dan kehidupan ini, pasti tidak terlepas dari dua hal ini. Atas dasar ini, saya cuba membawa tajuk khusus berkenaan dengan hal ini untuk saya jelajahi dan selami hakikatnya. Ungkapan ini diterjemahkan dari salah satu kaedah umum dalam Islam iaitu  المشقة تجلب التيسر - al-masyaqqah tajlibu at-taisir. Ia membawa maksud kesukaran yang dihadapi itu menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan urusan tersebut. Pengertian المشقة , al-masyaqqah  kalau kita tinjau dari sudut bahasa adalah suatu keadaan yang menyukarkan lebih dari kebiasaan. Berdasarkan pengertian ini, yang dikehendaki dengan kesukaran di sini ialah kesukaran yang dihadapi dalam melaksanakan kehidupan seharian diluar kemampua

Pembahagian Hukum Al-E'raab.

3. PEMBAHAGIAN E’RAAB Pembahagian e’raab disini bermaksud jenis-jenis atau hukum-hukum perubahan yang berlaku diakhir kalimat dalam ayat. Hukum-hukum e’raab itu ada empat jenis iaitu: i. Rafa’ ii. Nasab iii. Khafad atau Jar iv. Jazm Pembahagian-pembahagian ini berdasarkan penelitian dan kajian para ulama terhadap ayat-ayat bahasa Arab dan mereka mendapatinya tidak lepas dari empat hukum ini. Bagi kalimat isim, hukum e’raabnya menerima rafa’, nasab dan jar sahaja. Bagi kalimat fi’el pula  dapat menerima hukum rafa’ , nasab dan jazm sahaja. Bagaimanapun bagi kalimat huruf ia tidak memiliki hukum e’raab kerana ia adalah kalimat mabni. Bahkan semua kalimat isim dan fi’el yang mabni terhalang dari e’raab dan kita katakan sebagai e’raab mahalli, lihat penjelasan تغيير أواخر الكلم    dalam bab definisi. Kesimpulannya, isim dan fi’el bersekutu pada menerima hukum rafa’ dan nasab, manakala jar khusus bagi isim dan jazm khusus bagi fi’el.

Al-E'RAAB الإعراب

1. PENGENALAN Al-E’raab adalah suatu bab dalam perbahasan ilmu nahu. Ia adalah suatu ilmu yang menjelaskan kedudukan suatu kalimat atau jumlah dalam binaan ayat dan bagaimana ia dilafazkan bagi menunjukkan maksud yang ingin disampaikan. 2. DEFINISI Al-E’raab dari sudut bahasa ialah  أفصح عنه   afsaohu ‘anhu, mengungkapkan sesuatu. Apabila kita hendak mengungkapkan sesuatu maka kita katakan أعربت عما في نفسي   , aku mengungkapkan tentang sesuatu dalam diriku. Menurut istilah, الإعراب هو تغيير أواخر الكلم لاختلاف العوامل الداخلة عليها لفظا أو تقديرا  , ialah perubahan diakhir kalimat atau perkataan kerana perbezaan fungsi yang masuk ke atasnya secara nyata atau pada anggapan sahaja. Kita perhatikan istilah ini, تغيير أواخر الكلم   , iaitu perubahan bacaan pada akhir huruf pada satu kalimah. Maksudnya, perubahan yang berlaku pada hujung sebuah kalimat, samada dibaca dhammah, fathah, kasrah atau jazam. Perhatikan, akhir kalimat, jadi perubahan pada pertengahan  dan awal sebuah

Kaedah Dalam Al-Asma was Sifaat.

Ini adalah kaedah-kaedah yang amat penting berhubungan dengan al-asma was sifaat. Apabila berbicara tentang al-asma was sifaat samada menetapkan atau menafikan atau bersikap neutral terhadapnya hendaknya berdasarkan kaedah-kaedah ini agar kita tidak terpesong dari akidah yang yang benar. Kaedah Pertama: Berhubungan dengan dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah hendaklah menetapkannya menurut zahirnya tanpa mengubahnya keluar dari makna tersebut tanpa dasar ilmu. Asasnya adalah firman Allah subhanahuwata'ala : بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ  (Dengan bahasa Arab yang terang) al-Syu'ara:195 Maka wajib menetapkan makna firman Allah dan sabda Rasul-Nya sebagaimana didalam bahasa tersebut kerana merubah maknanya adalah merupakan keceluparan terhadap nama Allah tanpa ilmu. Dalilnya firman Allah ; قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالْإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّل

Pengenalan Surah al-Jin

Dinamakan surah al-Jin kerana didalamnya disebut sifat-sifat jin, hal ehwal mereka dan  kumpulan-kumpulan mereka. Begitu juga dipanggil surah قل أوحي إلي (qul uuhiya ilayya). Diturunkan di Mekah selepas surah al-'Araaf. Dalam kategori surah al-mufashhal iaitu bahagian al-Quran yang banyak pemisahan antara surah-surah. Terdapat sebanyak 28 ayat dan dari tertib surah yang ke 72, pada juzu ke 29, hizb ke 58 dan Rubu' ke 5. Kandungan surah  tentang ushul aqidah iaitu ke-Esaan Allah, pengutusan Rasul, hari kebangkitan dan juga pembalasan. Berkisar tentang jin serta yang berkaitan dengannya secara khusus. Bermula dengan jin mendengarkan al-Qur'an kemudiannya mereka beriman. Surah ini mengambil sebahagian dari berita-berita yang menakjubkan seperti jin mengintip mendengar berita langit, dilontar panahan berapi, menzahirkan sebahagian rahsia-rahsia ghaib mereka hinggalah selain dari itu dari khabar-khabar jejak mereka. Surah ini diturunkan disebabkan suatu ketika sedang

Isim al-makaaan ( Kata Tempat)

Isim al-Makaan ialah kata nama terbitan yang menunjukkan tempat dimana suatu perbuatan  itu terjadi. Contoh مَصْنَعٌ   kilang dari kata kerja صَنَعَ  bermakna buat atau usaha,  bermakna tempat mengusahakan sesuatu. Kata nama ini diambil dari kata kerja mujarrad dan juga kata kerja mazidu fih. Dari kata kerja mujarrad tiga huruf asli, boleh didapati dalam acuan berikut: 1) Maf’il مَفْعِلٌ 2) Maf’al  مَفْعَلٌ Maf’il digunakan untuk kalimat tiga huruf aslinya sahih dan dalam bentuk fi’il mudhari’ yang huruf asli keduanya berbaris bawah. Contoh, مَضْرِبٌ   dari ضَرَبَ   kata kerja tiga huruf aslinya sahih dan bentuk fi’il mudhari’nya pada huruf asli yang keduanya berbaris bawah يَضْرِبُ Jika kalimat yang huruf aslinya mu’tal dengan huruf sakitnya pada huruf pertama dan huruf sakit itu dibuang dan diganti dengan ي apabila menjadi fi’il mudhari’. Maka apabila dijadikan isim al-makaan huruf sakit dikembalikan seperti وَعَدَ يَعِدُ   menjadi مَوْعِدٌ Maf’al digunakan tanpa pengecual

Isim al-Mubalaghah

Isim al-mubalaghah ialah kata nama yang menunjukkan suatu perbuatan atau keadaan yang dimaksudkan itu keluar dari batasan atau bersangatan. Terdapat banyak acuan bagi isim al-mubalaghah dan sebahagian besarnya hanya dapat diketahui melalui kaedah sama’i iaitu dari pertuturan orang arab sendiri, antaranya yang dapat disenaraikan: فَعَّالٌ، فَعُّولٌ، فَعِيلٌ، فَعُولٌ، مِفْعِيلٌ، مِفْعَالٌ، فُعُولٌ Kebanyakan isim al-mubalaghah diambil dari kata kerja mujarrad yang huruf aslinya tiga dan sangat sedikit yang diambil dari kata kerja mazidu fih.