Posts

Showing posts with the label Pelajaran Bahasa Arab

Isim al-makaaan ( Kata Tempat)

Isim al-Makaan ialah kata nama terbitan yang menunjukkan tempat dimana suatu perbuatan  itu terjadi. Contoh مَصْنَعٌ   kilang dari kata kerja صَنَعَ  bermakna buat atau usaha,  bermakna tempat mengusahakan sesuatu. Kata nama ini diambil dari kata kerja mujarrad dan juga kata kerja mazidu fih. Dari kata kerja mujarrad tiga huruf asli, boleh didapati dalam acuan berikut: 1) Maf’il مَفْعِلٌ 2) Maf’al  مَفْعَلٌ Maf’il digunakan untuk kalimat tiga huruf aslinya sahih dan dalam bentuk fi’il mudhari’ yang huruf asli keduanya berbaris bawah. Contoh, مَضْرِبٌ   dari ضَرَبَ   kata kerja tiga huruf aslinya sahih dan bentuk fi’il mudhari’nya pada huruf asli yang keduanya berbaris bawah يَضْرِبُ Jika kalimat yang huruf aslinya mu’tal dengan huruf sakitnya pada huruf pertama dan huruf sakit itu dibuang dan diganti dengan ي apabila menjadi fi’il mudhari’. Maka apabila dijadikan isim al-makaan huruf sakit dikembalikan seperti وَعَدَ يَعِدُ   menjadi مَوْ...

Isim al-Mubalaghah

Isim al-mubalaghah ialah kata nama yang menunjukkan suatu perbuatan atau keadaan yang dimaksudkan itu keluar dari batasan atau bersangatan. Terdapat banyak acuan bagi isim al-mubalaghah dan sebahagian besarnya hanya dapat diketahui melalui kaedah sama’i iaitu dari pertuturan orang arab sendiri, antaranya yang dapat disenaraikan: فَعَّالٌ، فَعُّولٌ، فَعِيلٌ، فَعُولٌ، مِفْعِيلٌ، مِفْعَالٌ، فُعُولٌ Kebanyakan isim al-mubalaghah diambil dari kata kerja mujarrad yang huruf aslinya tiga dan sangat sedikit yang diambil dari kata kerja mazidu fih.

Isim Tafdhil

Isim Tafdhil Isim tafdhil ialah isim yang memberi sifat kelebihan seseorang atau sesuatu melebihi dari yang lain. Tasrif isim ini berada di atas dua acuan : 1) أَفْعَلُ  Af’alu bagi muzakkar 2) فُعْلَى  Fu’laa bagi mu’annath Kaedah tasrifnya: Isim tafdhil adalah termasuk isim musytaq yang diambil dari akar kata kerja aktif (ma’lum) yang asli hurufnya (mujarrad). Berikut adalah kata kerja yang tidak dijadikan sebagai Isim Tafdhil; 1) Kata kerja yang tidak sempurna. 2) Kata kerja yang tidak boleh ditashrif. 3) Kata kerja yang berkaitan dengan warna atau kecacatan. 4) Kata kerja yang maknanya tidak sepatutnya untuk menyatakan sifat kelebihan. Kaedah penggunaannya: Berikut adalah peraturan dalam menggunakannya: 1)  Isim tafdhil diikuti selepasnya harf. 2)  Isim tafdhil digandingkan dengan kata nama nakirah dengan makna idhaafah. 3)  Isim tafdhil diselit dengan alif lam makrifah. 4)  Isim tafdhil diganding dengan kata nama makrifah. Apabila i...

Perubahan Akhir Kalimat

Saya hendak menyentuh tentang perubahan akhir kalimat Bahasa Arab. Tentu kita semua pernah ketemu sesuatu kalimat yang sama di dalam al-Qur'an tetapi akhir kalimatnya berbeza. Kita ambil contoh tiga ayat al-Qur'an bagi menjelaskan keadaan ini. وَ أَنْزلْنا إليك الكتابَ و من أهل الكتابِ ذالك الكتابُ Perhatikan kalimat الكتاب  , terdapat tiga variasi bacaan akhir kalimat tersebut. Pertamanya bacaan dengan baris atas, keduanya bacaan dengan baris bawah dan ketiganya dengan bacaan baris depan. Kalimat yang sama tetapi bacaan akhir kalimatnya berbeza antara satu sama lain. Inilah yang saya katakan sebagai perubahan akhir kalimat. Dalam pelajaran bahasa arab, perubahan akhir kalimat ini dinamakan al-'iraab, ejaan Arab الإعراب . Secara istilah, al-'iraab ialah perubahan  diakhir kalam disebabkan perbezaan faktor-faktor yang mendahuluinya secara tertulis atau secara anggapan sahaja. Kalimat tunggal atau bersendirian tanpa bersatu dalam ayat tidak memili...

Tanda Al-Ismu: Baris Bawah

Kita telah mengetahui " ال " dan " التنوين " sebagai tanda untuk mengenali al-ismu. Kali ini, kita masuk tanda yang ke 2 dari tanda-tanda mengenali al-ismu. Tanda yang  ke 2 bagi al-ismu ialah huruf terakhirnya berbaris bawah . Baris bawah dalam Bahasa Arab ialah " kasrah " ejaan Arabnya كَسْرَة . Jika baris dua di bawah atau  التنوين disebut " kasrataani " , ejaan Arabnya  كَسْرَتَانِ .

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين

"ا ل" dan   التنوين  sebagai tanda al-Ismu. Dikatakan " ا ل " sebagai tanda al-Ismu ialah pada setiap perkataan diapit awalannya dengan huruf " ال ", biasa kita sebut dengan " al ", contoh paling dekat ialah " al - ismu ". Contoh arabnya; ال  + اسم = الإسمُ ِJangan ragu-ragu bahawa perkataan yang bermula dengan  " ا ل " adalah sebuah kata nama. " ا ل " adalah huruf yang menjadikan kalimat tersebut kata nama khas yang menentukan kata nama itu memiliki ketentuannya. Contoh, perkataan "kitab" ia membawa makna umum yang tidak memiliki ketentuannya, apakah kitab itu ? milik siapakah kitab itu ? kitab yang mana ?. Apabila diapitkan diawal kalimat dengan "al", maka jadi "al-kitab", itu bermaksud jelas ketentuan kitab tersebut yang sebelumnya tidak diketahui ketentuannya. Mungkin boleh terjemahkan sebagai "kitab itu" atau "kitab tersebut" atau seumpamanya yang ada...

Mengenal Kata Nama الأسم

Image
Sebagaimana perbincangan lepas dalam post  Bahasa Arab: Pembahagian Kata , saya ada memberi maksud 'al-ismu' atau kata nama. Pada bab kali ini, saya cuba bincangkan dengan lebih terperinci tentang Kata Nama   الأسم. Mengenal al-Ismu Bagaimana kita hendak mengenal al-Ismu atau Kata Nama ? Umumnya istilah bagi al-ismu ialah kata yang menunjukkan makna pada diri kata itu sendiri yang tidak diikat dengan masa. Contoh; الشَّجَرَةُ , ertinya dalam Bahasa Melayu ialah "pokok", kata ini menunjukkan makna diri "pokok" itu sendiri dan makna kata ini tidak tertakluk dengan masa seperti "pokok" sekarang, "pokok" lepas atau "pokok" akan datang.

Tasrif (تَصْرِيف): Binaan Kalimah ( بنية الكلمة )

Sebagaimana yang dijanjikan, sebelum ini kita kenal pengertian kalimah dan pembahagiannya kepada Kalimah Tunggal dan Kalimah Terbitan, dan juga kita kenali huruf-huruf yang asli dan huruf-huruf yang menjadi tambahan dalam satu-satu kalimah. Selanjutnya dalam entri kali ini, kita akan lihat binaan kalimah berdasarkan huruf-huruf tersebut. Binaan Kalimah Berasaskan kepada Huruf Aslinya, kalimah mempunyai tiga jenis binaan: Kalimah yang mengandungi tiga Huruf Asli dipanggil at-Thulathi ( الثلاثيُّ ) atau Tiga Huruf . Kalimah yang mengandungi empat Huruf Asli dipanggil ar-Ruba’I ( الرُّبَاعِيُّ ) atau Empat Huruf . Kalimah yang mengandungi lima Huruf Asli dipanggil al-Khumasi ( الخُماسيُّ ) atau Lima Huruf .

Tasrif (تَصْرِيف): Kalimah

Sambungan daripada entri sebelumnya, iaitu pengenalan tentang ilmu tasrif. Kini kita masuk pula tentang topik perbincangan tentang perkataan Arab yang menjadi tulang belakang pada kajian ilmu tasrif. Pengertian Kalimah. Tatkala seseorang bercakap, pertuturannya atau sebutannya ( الفاظ ) samada ia membawa pengertian atau tidak membawa pengertian . Kalimah itu adalah lafaz tunggal (mufrad) menunjukkan maksud yang khusus. Kalimah adalah lafaz tunggal iaitu perkataan yang bukan ayat.  Dalam tasrif, lafaz yang membawa pengertian dipanggil lafaz dalam penggunaan ( لفظ مستعمل ).

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Image
Entri kali ini, setelah sekian lama tak aktif blogging, saya hendak berkongsi salah satu cabang ilmu Bahasa Arab yang paling menarik minat saya iaitu Ilmu Saraf, bukan urat saraf, dan bukan juga ilmu perang saraf tapi sebutan betulnya sorfun, dalam bahasa moden kita dinamakan Ilmu Morfologi iaitu satu ilmu yang mengkaji tentang pembentukan perkataan. InshaAllahu Ta'ala !. Pengenalan Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang ilmu tasrif, terdapat beberapa perkara pokok mesti diperkenalkan terlebih dahulu, bermula dengan pengertian tasrif ,  selok belok pengajian ini dan sedikit istilah yang akan berguna dalam entri kali ini. Pengertian Tasrif Dalam Bahasa Arab, tasrif secara bahasa bermaksud mengembangkan, mengubah, mengguna dan lain-lain.  Sudut pengertiannya, tasrif adalah proses mengubah rupa dan bentuk satu-satu perkataan bagi tujuan menghasilkan maksud yang berbeza .  Perkataan yang sinonim dengan tasrif ialah sarf (ٌٌُ صَرْف ). Tasrif juga...

Belajar Bahasa Arab: Sukar atau Mudah ?

Assalamualaikum warahmatullah; Mudah atau susah nak mempelajari Bahasa Arab ? Persoalan ini adakalanya menghantui diri saya, manakan tidak ? Terngiang-ngiang di corong telinga saya gemaan dakwaan sesetengah guru-guru Bahasa Arab mempelajari Bahasa Arab sebenarnya mudah.Malah ada yang mendakwa cara-cara pembelajaran sekian-sekian mudah dipraktikkan tanpa menghafal kata-kata Arab, pola-polanya, serta tak perlu mengingat beberapa bentuk jadual kata-kata ganti nama, penjodoh bilangan, kiraan nombor dan sebagainya. Benarkah sedemikian mudahnya ? atau bagaimana ? Kadang-kadang terfikir juga, mungkinkah kesemua dakwaan ini sekadar melariskan atau menarik perhatian mereka yang hendak belajar bahasa Arab secara cepat dan mudah. Atau mungkin memang benar guru-guru Bahasa Arab ini memiliki kaedahnya tersendiri dalam menyediakan kaedah pembelajaran yang lebih efektif ? Jika dulu, saya yang pernah menjadi pelajar sekolah Arab terpaksa menghafal dan mengingat setiap bentuk atau pola-pola bagi kata-k...

Bahasa Arab: Pembahagian Kata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; Pada entri yang lepas kita membicarakan tentang ayat dan struktur ayat dalam bahasa Arab. Sebagai ulangan yang lepas, kita buat kesimpulan: 1) Ayat itu ada dua keadaan: Ayat Lengkap dalam Bahasa Arabnya, "al-jumlatul mufidati" - ejaan Arab - الجُملةُ المُفِيدَةُ Ayat Tidak Lengkap dalam Bahasa Arabnya, "al-jumlatu ghairul mufidati" - ejaan Arab - الجُمْلَةُ غَيْرُ المُفِيْدَةِ Tinggalkan ayat yang tidak lengkap kerana ayat ini tidak memberi sebarang faedah kepada pembaca dan pendengar. Disebutkannya disini sebagai pengetahuan semata-mata. Teruskan tumpuan kepada perbincangan ayat lengkap. Struktur ayat lengkap ini dibahagikan kepada 3 mengikut kata-kata yang pertama digunakan disusun dalam ayat samada kata nama, kata kerja dan kata tugas. Memandangkan, binaan struktur ayat secara asasnya terdiri daripada susunan kata-kata ini, maka mengenali dan memahami setiap daripada kata-kata ini adalah merupakan asas yan...

Bahasa Arab: Struktur Ayat - بِنَأ الجُملَة - Syntax

Pengenalan Kajian Tatabahasa Bahasa Arab seperti juga mana-mana bahasa dunia lainnya, ianya melibatkan kajian tentang: Perkataan - الكلمة - Words; ilmu morfologi ( binaan kata) - morphology- الصرف. Ayat - الكلام - Sentences; ilmu sintaksis (binaan ayat)- syntax - النحو. Kedua-dua ilmu amat penting untuk dikuasai oleh sesiapa yang hendak menguasai Bahasa Arab Standard - Fushah. Walaupun penguasaan terhadap kedua-duannya tidak menjamin seseorang dapat bertutur Bahasa Arab dengan lancar atau memahami perbicaraan bahasa Arab tetapi sudah pastinya ilmu ini dapat membantu pengamalnya dalam memahami kalam Allah secara benar menurut kaedah-kaedah bahasa Arab. Firman Allah Ta'ala; قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ Al Quran dalam bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan mudahan mereka bertakwa. (Az-Zumar:39) Bagaimanapun, pada entri ini penulis menumpukan kajian dalam ilmu sintaksis - struktur binaan ayat - nahu. Dalam tatabahasa Mela...