Bahasa Arab: Struktur Ayat - بِنَأ الجُملَة - Syntax
Pengenalan
Kajian Tatabahasa Bahasa Arab seperti juga mana-mana bahasa dunia lainnya, ianya melibatkan kajian tentang:
- Perkataan - الكلمة - Words; ilmu morfologi ( binaan kata) - morphology- الصرف.
- Ayat - الكلام - Sentences; ilmu sintaksis (binaan ayat)- syntax - النحو.
Firman Allah Ta'ala;
قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Al Quran dalam bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan mudahan mereka bertakwa.
(Az-Zumar:39)
Bagaimanapun, pada entri ini penulis menumpukan kajian dalam ilmu sintaksis - struktur binaan ayat - nahu. Dalam tatabahasa Melayu, ayat yang diucapkan terdiri daripada pelbagai perkataan yang disusun mengikut maksud yang hendak disampaikan kepada pendengar. Sebagai contoh perhatikan ayat di bawah ini:
Dua ayat di atas tersusun daripada dua perkataan iaitu قَامَ ertinya "telah berdiri" dan زَيْدٌ ertinya "Zaid" nama seorang lelaki. Ayat ini sudah sempurna dan dapat difahami oleh pendengarnya. Ini adalah sebahagian daripada contoh struktur ayat yang ringkas dalam Bahasa Arab.
2) Ayat Tidak Lengkap
Dalam istilah Bahasa Arab dinamakan "al-jumlatu ghairul mufidati" - ejaan Arab - الجُمْلَةُ غَيْرُ المُفِيْدَةِ. Ayat yang tidak memberi pengertian sempurna kepada pembicara dan pendengarnya. Iaitu susunan perkataan yang tidak menepati syarat pengertian ayat yang lengkap sebelumnya. Contoh ayat;
1.ان قَامَ زَيْدٌ - Jika Zaid telah berdiri.
Terdapat 3 Jenis Struktur Ayat.;
Berhubungan dengan Ayat Lengkap, struktur susunan ayat terdapat 3 keadaan, dinamakan mengikut jenis perkataan pertama dalam struktur ayat tersebut iaitu terdiri:
Zaid + pergi + ke + sekolah.
Terdiri daripada;
Zaid = Kata Nama, pergi = Kata Kerja, ke = Kata Sendi, sekolah = Kata Nama
Begitu juga dalam tatabahasa Arab, "Ayat" - Sentences dalam bahasa Arab dinamakan al-Kalamu - ejaan Arab- الكَلامُ, juga dinamakan الجملة - al-jumlatu, ianya adalah terdiri daripada kata atau lafaz yang tersusun dari 2 atau lebih. "Kata" dalam bahasa Arab dinamakan "al-Kalimatu" -ejaan Arab- الكَلِمَةُ atau "al-lafzu"-ejaan Arab- اللفظ.
Sebagai maklumat, ayat terbahagi kepada dua keadaan oleh ahli nahu:
1) Ayat Lengkap
Dalam istilah Bahasa Arab dinamakan "al-jumlatul mufidatu" - ejaan Arab - الجُمْلَةُ المُفِيْدَةُ. Ayat yang memberi pengertian yang sempurna bagi pembicara dan pendengarnya. Syaratnya iaitu susunan perkataan yang disengajakan dan terdiri lebih daripada 2 atau lebih perkataan, yang membawa pengertian yang berfaedah. Contohnya;

1. قَامَ زَيْدٌ - Zaid sudah berdiri
atau
2. زَيْدٌ قَائمٌ - Zaid yang berdiri
Dua ayat di atas tersusun daripada dua perkataan iaitu قَامَ ertinya "telah berdiri" dan زَيْدٌ ertinya "Zaid" nama seorang lelaki. Ayat ini sudah sempurna dan dapat difahami oleh pendengarnya. Ini adalah sebahagian daripada contoh struktur ayat yang ringkas dalam Bahasa Arab.
2) Ayat Tidak Lengkap
Dalam istilah Bahasa Arab dinamakan "al-jumlatu ghairul mufidati" - ejaan Arab - الجُمْلَةُ غَيْرُ المُفِيْدَةِ. Ayat yang tidak memberi pengertian sempurna kepada pembicara dan pendengarnya. Iaitu susunan perkataan yang tidak menepati syarat pengertian ayat yang lengkap sebelumnya. Contoh ayat;
1.ان قَامَ زَيْدٌ - Jika Zaid telah berdiri.
atau
2. غُلامٌ زَيْدٌ - Anak Zaid.....
atau
3. زَيْدٌ - Zaid...
Kesemua ayat contoh di atas tidak menepati syarat ayat yang lengkap, kerana yang pertama ayatnya tergantung sedangkan ia memerlukan akibat dari ان , yang kedua memerlukan keterangan lainnya dan yang ketiga perkataan tunggal atau terdiri daripada satu perkataan sahaja. Ini adalah ayat yang tidak lengkap.
Kita abaikan ayat yang tidak lengkap ini kerana ianya tiada memberi sebarang faedah untuk dikaji kerana maklumat yang dikandungnya tidak lengkap.
Kita abaikan ayat yang tidak lengkap ini kerana ianya tiada memberi sebarang faedah untuk dikaji kerana maklumat yang dikandungnya tidak lengkap.
Terdapat 3 Jenis Struktur Ayat.;
Berhubungan dengan Ayat Lengkap, struktur susunan ayat terdapat 3 keadaan, dinamakan mengikut jenis perkataan pertama dalam struktur ayat tersebut iaitu terdiri:
- Di awal ayatnya terdapat perkataan kata kerja (verb) - bahasa Arabnya al-Fi'lu (الفِعْلُ). Kategori ayat ini dinamakan sebagai "al-jumlatul fi'liyyatu" - ejaan Arabnya الجُمْلَةُ الفِعْلِيَّةُ kerana struktur ayatnya bermula dengan kata kerja . Contoh; قَامَ زَيْدٌ (Zaid sudah berdiri) - قَامَ adalah kata kerja. Ia melibatkan susunan dua kalimat iaitu kata kerja dan pelaku - فِعْلٌ dan فَاعِلُ.
- Di awal ayat, perkataan kata nama (noun) - bahasa Arabnya( الأِسْمُ). Kategori ayat ini dinamakan sebagai "al-jumlatul ismiyyatu" - ejaan Arabnya الجُمْلَةُ الأِسْمِيَّةُ kerana struktur ayatnya bermula dengan kata nama. Contoh; زَيْدٌ قَائِمٌ (Zaid yang berdiri) - زَيْدٌ adalah kata nama. Ia melibatkan susunan subjek dan prediket - مبتداء dan خبر.
- Di awal ayatnya, perkataan selain daripada kata nama dan kata kerja iaitu kata tugas - bahasa Arabnya -Harfun حَرْفٌ dan al-Zhorfu (الظَرْفُ). Kategori ayat ini dinamakan sebagai "al-jumlatul zhorfiyyatu" - ejaan Arabnya الجُمْلَةُ الظَرْفِيَّةُ kerana struktur ayatnya bermula dengan kata tugas iaitu harfun dan al-Zhorfu. Contoh ayat bagi harfun ; فِي البَيْتِ زَيْدٌ (Di dalam rumah Zaid ) - فِيْ adalah kata sendi bentuk harfun.
Bahasa Arab juga tidak terlepas daripada penggolongan kata-kata seperti bahasa Malaysia sebagai contoh dalam pelajaran Tatabahasa Melayu, perkataan digolongkan kepada 4 jenis iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif, dan Kata Tugas. Kita akan pelajari golongan atau bentuk kata-kata ini.
Insyallah ! Wasalamu'alaikum.
SYUKRAN ALA HAZIHI MAKLUMAT... saya berminat dgn huraian anda..
ReplyDeleteminta izin utk copy dan bahan tambahan utk blog saya...
ReplyDeletelawati : buhuuralilmi.blogspot.com