Tasrif (تصريف): Pengenalan
Entri kali ini, setelah sekian lama tak aktif blogging, saya hendak berkongsi salah satu cabang ilmu Bahasa Arab yang paling menarik minat saya iaitu Ilmu Saraf, bukan urat saraf, dan bukan juga ilmu perang saraf tapi sebutan betulnya sorfun, dalam bahasa moden kita dinamakan Ilmu Morfologi iaitu satu ilmu yang mengkaji tentang pembentukan perkataan. InshaAllahu Ta'ala !.
Pengenalan
Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang ilmu tasrif, terdapat beberapa perkara pokok mesti diperkenalkan terlebih dahulu, bermula dengan
pengertian tasrif, selok belok pengajian
ini dan sedikit istilah yang akan berguna dalam entri kali ini.
Pengertian Tasrif
Dalam
Bahasa Arab, tasrif secara bahasa bermaksud mengembangkan, mengubah, mengguna
dan lain-lain.
Sudut pengertiannya, tasrif adalah proses mengubah rupa dan bentuk satu-satu perkataan bagi tujuan menghasilkan maksud yang berbeza.
Perkataan yang sinonim dengan tasrif ialah sarf (ٌٌُصَرْف). Tasrif juga disebut sebagai morfologi. Pengajian tentang tasrif melibatkan pengajian beratus-ratus rupa dan bentuk perkataan yang dijumpai dalam Bahasa Arab yang berhubung dengan asal usul, terbitan, binaan dan pemaknaannya.

Kebanyakan
perkataan Arab mampu melepasi proses penghasilan perkataan yang prolifik, dimana satu akar kata
boleh menjadi sumber kepada beratus-ratus perkataan-perkataan terbitan secara literal.
Perkataan terbitan ini memiliki acuan dan bentuk tertentu yang membezakan mereka
dari akar kata.
Untuk memudahkan contohnya, dari satu akar kata ini: عِلْمٌ (pengetahuan), kaedah tasrif boleh digunakan untuk menghasilkan kata kerja seperti berikut:
Untuk memudahkan contohnya, dari satu akar kata ini: عِلْمٌ (pengetahuan), kaedah tasrif boleh digunakan untuk menghasilkan kata kerja seperti berikut:
Maksudnya telah berubah kepada: Dia telah mengetahui sesuatu; Dia mengetahui sesuatu;
Ketahuilah !; Ia pernah diketahui; Ia diketahui; Untuk diketahui, mengikut
susunan di atas.
Tanpa melakukan perubahan yang besar, enam patah perkataan
baru telah berjaya dibentuk yang kesemuanya adalah kata kerja. Akar katanya adalah kata
nama dan darinya kedua-dua kata nama dan kata kerja boleh dihasilkan.
Seterusnya, kebanyakan daripada bentuk-bentuk kata kerja ini juga boleh digabungkan menurut subjek dan bilangannya. Dalam kajian akhirnya lebih dari 76 bentuk lain daripada kata kerja ini boleh dihasilkan daripada 6 kata kerja ini secara bersendirian.

Proses penghasilan perkataan juga boleh berlaku di dalam kata nama, walaupun kurang sedikti
daripada kata kerja.
Sebagai contoh, perkataan: رَجُلٌ (Seorang lelaki) boleh diubah acuannya dengan mengubah maksudnya kepada kata bilangan banyak, kata bilangan dua dan kata panggilan (diminutive):
Sebagai contoh, perkataan: رَجُلٌ (Seorang lelaki) boleh diubah acuannya dengan mengubah maksudnya kepada kata bilangan banyak, kata bilangan dua dan kata panggilan (diminutive):
Seorang
lelaki; Dua orang lelaki; Ramai lelaki; Si lelaki kecil.
Faedah Mempelajari Tasrif
Bahasa
Arab mempunyai sistem penghasilan perkataan-perkataan yang sangat tersusun. Ia menjadi
tarikan penting bagi yang mempelajari tasrif agar dapat membiasakan diri secara mendalam
dengan perkataan Arab dan kepelbagaian maksudnya.
Tasrif adalah tapak asas seorang pelajar bagi memulakan pemahaman dalam usahanya menguasai Bahasa Arab. Dengan pengajian yang teliti, hafalan dan latihan, pengetahuan yang kuat dalam Bahasa Arab adalah objektif yang akan dapat dicapai. Dengan tapak asas ini, pengajian tentang sintaksis atau nahu, iaitu tahap yang seterusnya dalam bahasa Arab akan menjadi lebih mudah lagi. Dengan dua cabang tatabahasa ini iaitu ilmu sarf dan ilmu nahu, seorang pelajar mampu memperolehi pengetahuan yang komprehensif dalam Bahasa Arab.

Topik Dalam Tasrif
Topik atau sasaran kajian utama dalam pengajian tasrif adalah perkataan Arab atau kalimah (ُكَلِمَة).(Kita akan gunakan nama Kalimah merujuk kepada perkataan Arab dalam kajian ini.) Dalam tasrif, kalimah diteliti dari sudut pandangan asal-usulnya, binaannya dan ketentuannya
dalam penggunaan dan pemaknaan.
Dalam entri akan datang, kita akan bawa jenis-jenis kalimah dan maknanya. Sekian sahaja serba sedikit pengenalan tasrif kali ini. Sebarang tambahan atau pembetulan, amat dialu-alukan.
Sekian.
Dalam entri akan datang, kita akan bawa jenis-jenis kalimah dan maknanya. Sekian sahaja serba sedikit pengenalan tasrif kali ini. Sebarang tambahan atau pembetulan, amat dialu-alukan.
Sekian.
Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?