Apakah dia "AQIDAH" ?
Perkataan "aqidah", sering disebut-sebut apabila membicarakan soal pokok dan asas-asas Islam. Ia merupakan satu perkataan yang jelas begitu penting, teramat penting dalam membicarakan soal agama. Apakah dia "aqidah" ? Aqidah berasal dari kalimat Arab yang dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu iaitu - عَقِيدَةٌ -. Dalam al-Mu'jam al-Wasith - العَقِيدَةُ - bermaksud sesuatu hukum yang tidak menerima syak padanya bagi orang yang berpegang padanya. Jelasnya, suatu ketetapan yang memberi keyakinan yang teguh pada seseorang tanpa sebarang syak. Jika dilihat secara zahir akan lafaz العَقِيدَةُ ini, tidak didapati ianya disebut secara jelas di dalam al-Qur'an. Namun, kata asalnya dapat dilihat di dalam beberapa ayat seperti firman Allah;