Apakah dia "AQIDAH" ?
Perkataan "aqidah", sering disebut-sebut apabila membicarakan soal pokok dan asas-asas Islam. Ia merupakan satu perkataan yang jelas begitu penting, teramat penting dalam membicarakan soal agama.
Apakah dia "aqidah" ?
Aqidah berasal dari kalimat Arab yang dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu iaitu - عَقِيدَةٌ-.
Apakah dia "aqidah" ?
Aqidah berasal dari kalimat Arab yang dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu iaitu - عَقِيدَةٌ-.
Dalam al-Mu'jam al-Wasith -العَقِيدَةُ- bermaksud sesuatu hukum yang tidak menerima syak padanya bagi orang yang berpegang padanya. Jelasnya, suatu ketetapan yang memberi keyakinan yang teguh pada seseorang tanpa sebarang syak.
Jika dilihat secara zahir akan lafaz العَقِيدَةُ ini, tidak didapati ianya disebut secara jelas di dalam al-Qur'an. Namun, kata asalnya dapat dilihat di dalam beberapa ayat seperti firman Allah;
وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَالِيَ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَالَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَانُكُمْ فَآتُوهُمْ نَصِيبَهُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيداً (النساء:33)
وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَالِيَ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَالَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَانُكُمْ فَآتُوهُمْ نَصِيبَهُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيداً (النساء:33)
Lafaz عَقَدَتْ dalam ayat di atas membawa maksud perjanjian, dari akar kata al-aqdu - العقد -. Jadi, maksud ayat di atas ialah ;
"Dan bagi setiap ahli waris kami jadikan daripada apa yang ibubapa dan kerabat mereka tinggalkan dan orang-orang yang membuat perjanjian antara sesama mereka maka berilah mereka bahagian mereka, sesungguhnya Allah menjadi saksi atas setiap sesuatu" (an-Nisa':33)
Perkataan العَقِيدَةُ secara bahasanya diambil dari lafaz عَقَدَ yang membawa maksud perbuatan menyimpulkan, seperti ayat عقد الحبل "dia menyimpul tali". Dari lafaz ini, dijadikan kata nama العقد iaitu simpulan. Dari kata nama ini diperluaskan penggunaannya kepada pengertian secara ma'nawiyah yang membawa maksud ikatan perjanjian (aqad) seperti aqad jualbeli dan aqad nikah. Maka akidah itu secara ma'nawi adalah bermaksud simpulan perjanjian antara manusia dan Allah Ta'ala.
Secara istilah, menurut ulama tauhid ialah keimanan yang tidak mengandungi perkara yang membatalkannya.Perkara yang membatalkan ialah keraguan, syubahat dan bid'ah-bid'ah yang membatalkan atau menguraikan simpulan keimanan seperti ragu terhadap kewujudan Allah Tuhan yang disembah, serangan syubahat terhadap tauhid oleh firqah-firqah sesat seumpama syi'ah dan murji'ah, bid'ah-bid'ah syirik dan seumpamanya.
Secara istilah, menurut ulama tauhid ialah keimanan yang tidak mengandungi perkara yang membatalkannya.Perkara yang membatalkan ialah keraguan, syubahat dan bid'ah-bid'ah yang membatalkan atau menguraikan simpulan keimanan seperti ragu terhadap kewujudan Allah Tuhan yang disembah, serangan syubahat terhadap tauhid oleh firqah-firqah sesat seumpama syi'ah dan murji'ah, bid'ah-bid'ah syirik dan seumpamanya.
Dilihat pada pengertian ini, akidah mengandungi dua elemen yang penting iaitu pengukuhan dan pertahanan. Mengukuhkan keimanan di dalam jiwa dan menangkisnya daripada serangan-serangan musuh dari kalangan jin dan manusia. Ini kerana nama aqidah biasa digunakan oleh ulama bagi menamakan kitab-kitab mereka yang menjawab tuduhan dan syubahat firqah sesat seumpama kitab Aqidatu as-Salaf wa Ashaabu al-Hadis karya Imam as-Shabuni rahimahullah mengandungi penjelasan tentang akidah yang benar dan menjelaskan kesalahan-kesalahan orang-orang kafir serta pelaku bid'ah ketika itu dan menjawab syubahat-syubahat mereka.
Terdapat nama-nama lain bagi aqidah, seperti tauhid, iman, ushuluddin, syari'at , sunnah, tasawwur, dan fiqh al-akbar. Nama ini sebenarnya mempunyai pengertian yang lebih spesifik maksudnya dan kesemuanya adalah komponen yang membentuk aqidah. Perbezaannya boleh kita lihat pada keterangan bagi setiap nama tersebut:
- Al-Tauhid - ialah ilmu yang membicarakan wahdaniyah - ke-Esa-an - Allah 'Azza wa Jall samada zat-Nya, sifat-Nya, nama-nama-Nya dan perbuatan-Nya. Sebenarnya, al-tauhid dan al-aqidah adalah sinonim bagaimanapun jika dilihat pada sisi perbahasannya maka al-aqidah adalah lebih umum bsedangkan al-tauhid adalah lebih khusus. Ianya adalah komponen yang terpenting dalam aqidah, para ulama biasa menggunakan nama al-tauhid dalam kitab-kitab yang membincangkan tentang keesaan Allah seperti Kitab al-Tauhid oleh Abu 'Abbas al-Baghdadi rahimahullahuta'ala.
- Al-Iman - ialah ilmu tentang keyakinan di dalam hati, diucapkan di lisan, beramal dengan anggota badan seperti menurut perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. Iman sebagaimana yang terdapat dalam hadis Jibril alaihissalam datang berjumpa dengan Nabi Muhammad shallallahu'alaihiwasallam bertanyakan tentang Iman, maka jawab Nabi: Iman itu kamu beriman dengan Allah, malaikat dan kitab-Nya, rasul utusan-Nya, hari kiamat dan beriman dengan qadha dan qadar baik dan buruk-Nya. Inilah yang dijadikan sebagai rukun iman yang enam. Para ulama menamakan kitab-kitab dengan nama al -iman merujuk kepada perbahasan enam rukun ini merangkumi isu-isu tauhid dan permasalahan i'tiqad.Di antaranya ialah Kitab al-Iman karya al-Hafiz Ibnu Abi Syaibah al-'Abbasi rahimahullah.
- Al-Sunnah - dinamakan al-sunnah kerana i'tiqad yang terdapat padanya adalah mengikuti jalan Nabi Muhammad shallallahu'alaihiwasallam dan para sahabat secara khusus. Berpegang dengan sunnah adalah dasar pegangan yang amat penting dalam aqidah ahli sunnah. Perkataan as-sunnah digunakan oleh para ulama kurun 3 hijrah bagi membezakan mereka dengan i'tiqad para ahli bid'ah kerana tiada yang lebih baik bagi menggambarkan pertentangan dengan mereka melainkan dengan nama as-sunnah. Maka Imam Ahmad rahimahullah menamakan kitab yang membahaskan aqidah dengan nama al-Sunnah.
- Ushul al-Din - secara istilah ia adalah sejumlah hukum-hukum i'tiqad (aqidah-aqidah) yang sekira menyifati Allah dengannya daripada sifat-sifat dan juga hukum-hukum amali yang berkaitan dengan ibadah kepada-Nya. Nama ini merujuk kepada prinsip-prinsip umum dan kaedah-kaedah utama yang berkaitan dengan ketaatan kepada Allah Ta'ala dan Rasul-Nya dan menyerah kepada perintah dan larangan-Nya. Para ulama menggunakan nama ini menulis kitab aqidah seperti Abu Hasan al-Asya'ari rahimaullah dengan nama Al-Ibanatu 'an Ushuli al-Diaanah.
- Al-Syari'at - secara istilah ialah apa yang disyari'atkan oleh Allah kepada hamba-Nya dari hukum-hukum yang didatangkan dengan utusan para nabi-Nya cara beramal dan beraqidah. Syari'at itu terdiri dari dua iaitu perkara ushul aqidah dan amalan ketaatan. Jadi aqidah juga membawa maksud syari'at sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam surah as-Syuara:13 mafhum-Nya, "disyari'atkan bagi kamu agama apa yang diwasiatkan kepada Nabi Nuh alaihissalam dan Kami wahyukan kepadamu (Muhammad saw) apa yang kami juga wasiatkan kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa alaihimussalam agar kamu menegakkan agama ini". Sebahagian ulama ada menulis kitab aqidah dengan menggunakan nama al-Syari'at seperti Abu Bakr al-Aajiri rahimahullah.
- Al-Fiqhu al-Akbar - Dinamakan al-fiqhu al-akbar - yang besar - kerana membezakannnya dengan fiqh cabangan atau furu'iyyah iaitu fiqh al-ashghar- yang kecil -. Amalan i'tiqad ialah perkara pokok yang paling besar dan lebih baik berbanding dengan fiqh amalan biasa kerana ia adalah berkaitan kefahaman seseorang dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya. Ulama yang menggunakan istilah ini ialah Imam Abu Hanifah rahimahullah dengan menamakan kitabnya yang membahaskan aqidah dengan nama al-Fiqhu al-Akbar.
Demikian, nama-nama yang sempat saya paparkan di sini. Terdapat lagi nama-nama lain seperti at-tasawwur, ilmu kalam dan ilmu falsafah ketuhanan. Bagaimanapun, nama-nama tersebut ada perbahasannya yang lebih luas.
Inshaa Allah ! Diharapkan persoalan aqidah ini menjadi jelas bagi kita kenapa ianya amat penting dalam agama Islam. Semoga mendapat manafaat dari posting ini dan jika terdapat sebarang kesilapan diharap turunkan sebarang komen di bawah.
Wallahu'Alam.
Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?