Posts

Showing posts with the label Sejarah

Kenali Ulama: Ibnu Hajar al-Asqalani

Kitab " Bulughul Maram min Adillatil Ahkam " atau ringkasnya yang biasa kita sebut kitab " Bulughul Maram " adalah kitab hukum-hakam bersumberkan hadis-hadis Nabi shallallahu'alaihiwasallam. Pengarang kitab ini adalah seorang ulama yang tiada tolok banding ketokohannya dalam pelbagai bidang ilmu di zamannya, ketokohannya tetap terserlah hinggalah ke hari ini. Beliau ialah; Syaikhul Islam al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullahuta'ala. Siapakah Ibnu Hajar al-Asqalani rhm ?

Pandangan Seorang Ustaz: Islam Anda Tafsiran Siapa ?

Islam anda tafsiran siapa ? Itulah pandangan yang dilontarkan oleh Al-Fadhil Ustaz Emran Ahmad hafizahullah. Beliau adalah antara salah seorang pendakwah bebas yang amat saya hormati dan kagumi. Memiliki pandangan yang kritis, tidak berpihak melainkan kepada mereka yang berpijak atas Al-Quran dan As-Sunnah serta cabang dari keduanya Ijma' dan Qiyas, luas pandangannya, seorang merdeka disisi manusia dan seorang hamba disisi Rabb-nya, tidak keterlaluan saya katakan beliau adalah seorang yang faqih dalam tingkatannya.

Kenali Ulama: Imam Abu Hanifah, 80-150 Hijrah

Imam Abu Hanifah ,nama sebenarnya Nu’man bin Thabit , di Kufah, Selatan Iraq pada tahun 80 Hijrah bersamaan 700 Masihi pada masa kekhalifahan Abdul Malik bin Marwan (Bani Umayyah). Imam Abu Hanifah datang daripada keluarga pedagang pakaian. Imam Abu Hanifah membesar sebagai seorang pemuda yang kuat beragama, dan dia menghafal Al-Quran ketika masih muda lagi. Dia juga mempelajari hadis agar dia mengetahui bagaimana menguruskan kehidupan dan perniagaannya mengikut panduan Islam kerana dia pasti bahawa dia bakal meneruskan perniagaan keluarganya yang sekian lama mendatangkan rezeki untuk keluarganya.

Kenali Ulama: Imam Az-Zanji, Ahli Feqah Mekah & Guru Imam As-Syafie

Nama beliau ialah Muslim bin Khalid Al-Makhzumi Al-Makki , dikenali dikalangan ulama sebagai Imam Az-Zanji . Terdapat beberapa alasan yang diriwayatkan kenapa beliau digelar "Az-Zanji ". "Az-Zanji" secara literal bermakna ' hitam ' dan istilah ini telah digunakan dalam bahasa Arab moden merujuk kepada seseorang yang berbangsa negro. Abdullah ibn Ahmad ibn Hanbal bertanya Suwayd ibn Sa'id, " Mengapa beliau dipanggil 'Az-Zanji' ?" Beliau berkata, "Kerana beliau tersangatlah hitam!" Al-Hafiz Ibnu Hajar juga menyebut beliau digelar Az-Zanji kerana beliau tersangat sukakan kurma. Seorang hamba perempuan pernah berkata kepadanya, " Engkau ini tidak lain melainkan Zanji kerana kesukaan engkau kepada buah kurma!' Lalu gelaran tersebut melekat pada dirinya. Imam Az-Zanji amat terkenal di kalangan ahli feqah kerana menjadi guru pertama dalam ilmu fekah kepada Imam As-Syafie yang ketika itu berusia 15 atau 16 tahun....

Sejarah Perkembangan Takwim Hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; Amma ba'd, sekarang kita berada dalam bulan 23 Zulhijjah 1430, menandakan kita berada di penghujung tahun Hijrah 1430 dan menyusul tahun 1431, genaplah usia penghijrahan umat Islam Mekah ke Madinah selama 1431 tahun yang lalu. Sempena tibanya tahun baru dalam Islam mengikut kiraan tahun qamariyah di sini saya ketengahkan sejarah perkembangan takwim hijrah sebagai pengetahuan buat diri saya dan juga pengunjung blog saya samada yang sengaja datang mengunjung atau yang tersesat. Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam,Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka'b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W. OrangArab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun nama itu tidak lagi tepat sebaga...

Kenali Ulama: Al-Khatib Al-Baghdadi.

Nama sebenarnya, Abu Bakr Ahmad bin Ali bin Thabit bin Ahmad bin Mahdi As-Syafi’e . Beliau dilahirkan pada 24 Jamadil Akhir 392 Hijrah bersamaan 10 May 1002 Masihi di sebuah tempat, Ghaziyah, Selatan Baghdad. Dikenali dengan nama Al-Khatib Al-Baghdadi ( الخطيب البغدادي‎ ( bermaksud, Pengkhutbah Baghdad. Baghdad ketika itu merupakan ibukota pemerintahan Bani Abbasiyyah dan beliau hidup pada zaman pemerintahan dua khalifah iaitu Al-Qadir dan Al-Qa’im. Al-Khatib Al-Baghdadi adalah seorang ulama ahli sunnah , seorang ahli sejarah, seorang imam yang tiada tara di zamannya, seorang ulama hadis yang meneliti dan menjaga hadis, seorang mufti dan penulis. Minat utamanya lebih menjurus kepada bidang hadis dan sejarah. Beliau mengadakan perjalanan pertama kalinya ke Baghdad kemudian ke Naisabur untuk mendengar dan mengumpul hadis kemudian kembali ke Baghdad. Selepas itu beliau mengadakan perjalanan ke Isfahan, Ray, Dinawar, dan Hamadhan kemudian kembali ke Baghdad. Beliau amat rapat dengan mente...

Sekilas Isteri-Isteri Nabi SAW

Assalamualaikum; Alhamdulillah, segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarganya dan juga para sahabat baginda. Allah tidak melantik seorang utusan-Nya untuk manusia dari kalangan malaikat dan jin kerana antara tujuan perutusan Rasul adalah membimbing manusia melalui suri tauladan, bagaimana malaikat dan jin dapat melakukan perkara seumpama itu sedangkan fizikal dan kejadian serta keperluan mereka amat berbeza dari manusia. Kehidupan Rasulullah saw tidak lebih biasa daripada kita dari segi keperluan fizikal seperti makan minum, berpakaian, berumahtangga, dan segalanya yang berkaitan dengan keinginan seorang manusia. Ini adalah kisah rumahtangga Nabi Muhammad SAW, yang boleh kita mengambil pelajaran daripadanya, cuma jangan nikah lebih dari 4...ye ! 1) Siti Khadijah binti Khuwailid – Ummul Mukminin “Allah tidak memberi kepadaku pengganti isteri yang lebih baik dari dia (Khadijah ra). Dia beriman ke...

Sejarah Timbulnya Khawarij

Image
Bismillahirrahmanirrahim; Alhamdulillah ! Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW beserta para pengikutnya dan seluruh para sahabat baginda. Setelah itu; Pada saat Ali karramallahu wajhah mendapat bai’ah dari penduduk Madinah dan memegang tampuk pimpinan di Madinah, beliau melihat bahawa ada beberapa pejabat pemerintah yang diangkat oleh Khalifah Usman bin ‘Affan ra yang menduduki jabatan tersebut tidak perlu dikekalkan, ini termasuk Mu’awiyah ra yang memegang jawatan sebagai Gabenor Syam sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab ra hingga zaman Khalifah Usman bin Affan ra yang terbunuh. Namun, Muawiyah ra yang selama ini menjawat jawatan Gabenor Syam enggan berbai’ah kerana beliau berpendapat selagi tuntutan perlaksanaan hukum qisas terhadap pembunuh Khalifah Usman ra belum dilunaskan, beliau berkeras tidak akan membai’ah Ali kaw. Khalifah Ali kaw berpendapat, urusan perlaksanaan qisas ke atas Khalifah Usman ra boleh dita’khirkan. Perselisihan ini akhirnya, ...