Pandangan Seorang Ustaz: Islam Anda Tafsiran Siapa ?
Islam anda tafsiran siapa ? Itulah pandangan yang dilontarkan oleh Al-Fadhil Ustaz Emran Ahmad hafizahullah. Beliau adalah antara salah seorang pendakwah bebas yang amat saya hormati dan kagumi. Memiliki pandangan yang kritis, tidak berpihak melainkan kepada mereka yang berpijak atas Al-Quran dan As-Sunnah serta cabang dari keduanya Ijma' dan Qiyas, luas pandangannya, seorang merdeka disisi manusia dan seorang hamba disisi Rabb-nya, tidak keterlaluan saya katakan beliau adalah seorang yang faqih dalam tingkatannya.
"Islam Anda Tafsiran Siapa ?" membawa anda memahami bagaimana Islam itu ditafsir sejak zaman Nabi Muhammad shollallahu'alaihi wasallam, para sahabat ridhuanullahu'alaihim, para tabi'en dan tabi' at-tabi'en rahimahumullah hinggalah ke era muta'akhirin. Sepanjang proses ini Islam mengalami pelbagai bentuk perang pemikiran (ghazwul fikri) hingga memberi pengaruh terhadap perkembangan pemikiran Islam sekaligus turut merubah tafsiran Islam daripada bentuk aslinya. Jadi telitilah Islam anda hari ini, tafsiran siapakah yang membentuk pemikiran Islam anda ? Tujuan daripada penulisan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk kita sama-sama memikirkan pentingnya kita mengetahui dan mengenalpasti dari mana kita ambil tafsiran Islam kita, dari ibubapa kitakah ? guru-guru atau ustaz kita ? rakan taulan ? pertubuhan ? pemimpin masyarakat atau negara ? persekitaran kita ? para ulama ? atau dari kitab-kitab ?
Moga bermanafaat.
Moga bermanafaat.
Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?