Posts

Showing posts with the label Tafsir Al-Quran

Pengenalan Surah al-Jin

Dinamakan surah al-Jin kerana didalamnya disebut sifat-sifat jin, hal ehwal mereka dan  kumpulan-kumpulan mereka. Begitu juga dipanggil surah قل أوحي إلي (qul uuhiya ilayya). Diturunkan di Mekah selepas surah al-'Araaf. Dalam kategori surah al-mufashhal iaitu bahagian al-Quran yang banyak pemisahan antara surah-surah. Terdapat sebanyak 28 ayat dan dari tertib surah yang ke 72, pada juzu ke 29, hizb ke 58 dan Rubu' ke 5. Kandungan surah  tentang ushul aqidah iaitu ke-Esaan Allah, pengutusan Rasul, hari kebangkitan dan juga pembalasan. Berkisar tentang jin serta yang berkaitan dengannya secara khusus. Bermula dengan jin mendengarkan al-Qur'an kemudiannya mereka beriman. Surah ini mengambil sebahagian dari berita-berita yang menakjubkan seperti jin mengintip mendengar berita langit, dilontar panahan berapi, menzahirkan sebahagian rahsia-rahsia ghaib mereka hinggalah selain dari itu dari khabar-khabar jejak mereka. Surah ini diturunkan disebabkan suatu ketika sedang ...

Pandangan Seorang Ustaz: Islam Anda Tafsiran Siapa ?

Islam anda tafsiran siapa ? Itulah pandangan yang dilontarkan oleh Al-Fadhil Ustaz Emran Ahmad hafizahullah. Beliau adalah antara salah seorang pendakwah bebas yang amat saya hormati dan kagumi. Memiliki pandangan yang kritis, tidak berpihak melainkan kepada mereka yang berpijak atas Al-Quran dan As-Sunnah serta cabang dari keduanya Ijma' dan Qiyas, luas pandangannya, seorang merdeka disisi manusia dan seorang hamba disisi Rabb-nya, tidak keterlaluan saya katakan beliau adalah seorang yang faqih dalam tingkatannya.

Yang Benar Itu Hanya Satu, Yang Batil Itu Banyak

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Firman Allah Ta'ala: اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ “Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan . Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” – Al-Baqarah:257 Allah Ta’ala menyebut bahawa Dia memberi petunjuk ke jalan selamat kepada orang yang mengikuti jalan yang diredhai-Nya . Demikian Dia mengeluarkan hamba-hamba-Nya yang beriman dari kegelapan, kekufuran dan keraguan menuju kepada cahaya yang hak yang jelas lagi terang, mudah, bersinar. Manakala orang-orang kafir penolong mereka adalah syaithan. Syaithanlah yang menghiasi mereka dengan kebodohan dan kesesata...

Sifat Amanah Dalam Al-Qur’an

Image
Antara akhlak yang mulia dan dipandang besar keutamaannya di dalam Al-Quran adalah sifat amanah. Kepentingan sifat amanah amat dititk beratkan dan melaksanakannya adalah sesuatu yang amat berat sehingga Al-Quran menerangkan perihal amanah ini sebagaimana firman-Nya Azza wa Jal: إِنَّا عَرَضْنَا الأمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإنسان إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً (سورة الأحزاب الآية 72) "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh." Lawan bagi sifat amanah adalah khianat . Amanah melibatkan berberapa aspek dalam kehidupan, jika dikhianati akan amanah tersebut maka kehidupan akan pincang. Amanah dalam penjagaan harta dan menunaikan haknya hendaklah dibuat dengan sempurna tanpa ...

Rezeki: Kepada Siapa Patut Dibelanjakan ?

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Firman Allah Ta'ala: يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلْ مَا أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ (البقرة:215 ) “Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” Ketika saya membaca Al-Quran dengan meneliti setiap maksud ayat-ayat yang dibaca, saya tertarik dengan firman Allah Ta'ala di atas...mmmm bukan bermaksud ayat-ayat lain tidak menarik dan tidak ada pengajarannya, tetapi ayat 215 dari Surah Al-Baqarah ini tentang bagaimana membelanjakan harta. Masya Allah ! Cantiknya Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi, hinggakan bab membelanjakan harta t...

Pendirian Yang Teguh Adalah Sifat Orang Beriman

Image
Hati yang teguh, tetap pada pendiriannya adalah antara sifat-sifat yang baik pada diri seorang mukmin. Hal itu meliputi teguh atas perkataan yang hak dan iktikadnya. Firman Allah: " يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ" (سورة إبراهيم الآية 27). “Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang teguh dalam kehidupan dunia dan juga dalam kehidupan akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah memperbuat apa yang dikehendaki” Seterusnya keteguhan hati yang terpuji adalah bersabar apabila bertemu dengan musuh. Firman Allah : " يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيراً لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ " (سورة الأنفال الآية 45). “Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka teguhkanlah hati kamu dan sebutlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu...

Latarbelakang Surah Al-Baqarah

Surah Al-Baqarah Diturunkan Di Madinah. Tiada perselisihan pandangan tentang keseluruhan al-Baqarah diturunkan di Madinah. Lebih lagi al-Baqarah adalah surah pertama yang diturunkan di Madinah, semasa, Allah swt berfirman, وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ “Dan takutlah kamu pada hari kamu dikembalikan padanya kepada Allah” adalah ayat yang akhir yang diturunkan dari al-Quran. Juga ayat tentang usury adalah antara ayat yang akhir diturunkan. Khalid bin Ma’dan pernah memanggil al-Baqarah sebagai fustat al-Quran. Ada ulama berkata bahawa ia mengandungi beribu insiden baru, beribu suruhan dan beribu larangan. Mereka yang membilang mengatakan bahawa jumlah bilangan ayat al-Baqarah adalah 287, dan perkataannya 6,221 patah perkataan. Seterusnya, hurufnya adalah 25,500 huruf. Wallahualam. Ibnu Juraij meriwayatkan bahawa ‘Ata berkata bahawa Ibnu Abbas berkata, ‘ Surah al-Baqarah diturunkan di Madinah’ . Juga berkata Khasif dari Mujahid bahawa Abdullah bin Zubair berkata; ‘Su...

Kelebihan Surah al-Baqarah dan al-Imran

Bismillahirrahmanirrahim; Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ! Aku memuji-Nya dan aku memohon pertolongan dan keampunan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada sesembahan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah. Amma ba’d: Ini adalah terjemahan yang saya nukilkan dari kandungan kitab tafsir Ibnu Katsir, Tafsir fi Quranil 'Adzim dalam tafsir surah al-Baqarah dalam bab Kelebihan surah al-Baqarah dan al-Imran: Imam Ahmad berkata bahawa Abu Nu’aim mengkhabarkan kepada mereka bahawa Bishr bin Muhajir berkata bahawa Abdullah bin Buraidah meriwayatkan kepadanya dari ayahnya, “Aku duduk bersama dengan Nabi saw dan aku mendengar beliau bersabda, تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَة “Pelajarilah surah al-Baqarah maka sesungguh darinya barakah, meninggalkannya adalah kedukaan, dan tidak mampu baginya kebatilannya” Dia tetap berdiam sebentar dan kemudian bersabda, تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْب...

Kelebihan Surah Al-Baqarah

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta para pengikutnya dan para sahabat ra. Amma ba'd; Didalam Musnad Ahmad, Sahih Muslim, at-Tarmidzi dan an-Nasa’I merakamkan bahawa Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad saw bersabda; لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا فَإِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ لَا يَدْخُلُهُ الشَّيْطَان “Jangan menjadikan rumah kamu satu kubur. Sesungguhnya rumah yang didalamnya dibaca surah al-Baqarah tidak akan dimasukinya syaitan” Tarmidzi berkata, “Hasan Sahih” Juga telah berkata, Abdullah bin Mas’ud, “Syaitan terbang lari dari rumah dimana surah al-Baqarah didengari”. Hadis ini dikumpulkan oleh an-Nasa’i dalam al-Yaumu wal Lailah, dan al-Hakim di dalam Mustadrak, dan mengatakan rantaian periwayatannya adalah sahih, walaupun tidak dikumpul dalam shahihain (Bukhari dan Muslim). Dalam Musnadnya, ad-Darimi merakamkan bahawa Ibn Mas’ud berkata, “Syaitan meninggal pergi rumah dimana su...