Rezeki: Kepada Siapa Patut Dibelanjakan ?
بسم الله الرحمن الرحيم
Firman Allah Ta'ala:
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلْ مَا أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلْ مَا أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
(البقرة:215 )
“Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”
“Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”
Ketika saya membaca Al-Quran dengan meneliti setiap maksud ayat-ayat yang dibaca, saya tertarik dengan firman Allah Ta'ala di atas...mmmm bukan bermaksud ayat-ayat lain tidak menarik dan tidak ada pengajarannya, tetapi ayat 215 dari Surah Al-Baqarah ini tentang bagaimana membelanjakan harta. Masya Allah ! Cantiknya Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi, hinggakan bab membelanjakan harta turut Allah Ta'ala dan Nabi-Nya berikan sebagai panduan. Jadi kemudiannya saya, merujuk beberapa kitab tafsir mu'tabar tentang tafsirannya. Ingin saya kongsikan bersama anda semua:
Kenapa ayat ini diturunkan ?
Berkata Ibnu ‘Abbas dalam riwayat Abi Solih: Diturunkan kepada ‘Amru bin Al-Jamuh Al-Ansori, seorang yang tersangat tua dan memiliki harta yang amat banyak. Maka dia berkata kepada Rasulullah SAW “Apakah yang patut kami sedekahkan ? dan kepada siapakah patut kami belanjakan ? Kemudian ayat ini diturunkan."
Dalam riwayat Atha’, Ibnu Abbas berkata: Ayat ini diturunkan berkenaan seorang lelaki datang kepada Rasululllah SAW lalu bertanya: Sesungguhnya aku memiliki satu dinar emas ? Jawab Rasulullah SAW: “Belanjakannya untuk diri kamu sendiri.”. Lelaki itu berkata lagi: “ Sesungguhnya aku ada dua dinar emas.” Maka jawab Nabi: “Belanjakan keduanya itu kepada ahli kamu”. Berkata lagi: Sesungguhnya aku memiliki tiga dinar emas”. Jawab Nabi:”Belanjakannya kepada khadam kamu”. Berkata lagi: “Sesungguhnya aku ada 4 dinar.” Jawab Nabi: “Belanjakannya kepada kedua ibubapa kamu”. Berkata lagi:” Sesungguhnya aku memiliki 5 dinar emas”. Jawab Nabi:”Belanjakannya kepada kerabat kamu”. Kemudian berkata lagi:”Sesungguhnya aku memiliki 6 dinar”. Jawab Nabi SAW:” Belanjakannya dijalan Allah, dan itulah dia yang terbaik dalam membelanjakannya”.
Apa tafsiran ulama tafsir ?
Tafsir Jalalain:
“Mereka menanyakan engkau” wahai Muhammad “tentang apa yang mereka belanjakan” iaitu yang mereka belanjakannya dan yang bertanya adalah ‘Amru bin al-Jamuh seorang tua yang memiliki harta ketika bertanyakan SAW tentang apa yang dia belanjakan dan kepada siapa yang dia belanjakan. “Katakan” kepada mereka “Apa yang dibelanjakan kamu dari yang terbaik” Penjelasan yang termasuk dalamnya perkara kecil dan besar dan penjelasan kepada orang yang membelanjakan itu pecahan mengikut keutamaan seperti kedua ibu dan bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang yang dalam jalan, mereka itulah yang lebih diutamakan. Membelanjakan selain darinya maka hal sedemikian turut mendapat balasan dari Allah Ta’ala atasnya.
Tafsir Ibnu Katsir:
Telah berkata Muqatil bin Hayyan: Ayat ini berkenaan perbelanjaan dalam ketaatan. Telah berkata As-Sudi: Dinasakhkannya dengan zakat dan ini dalam perdebatan. Makna ayat: “Mereka bertanya engkau bagaimana hendak membelanjakan ? Berkata Ibnu ‘Abbas dan Mujahid: “Maka diantaranya itu berfirman Yang Maha Tinggi: “ Katakanlah apa yang kamu belanjakan daripada yang terbaiknya adalah untuk ibubapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang dalam perjalanan” iaitu membelanjakannya dalam keadaan-keadaan sebegini. Sebagaimana didatangkan sebuah hadis : " أمك وأباك وأختك وأخاك ثم أدناك أدناك " (Ibumu, bapamu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu kemudian yang terdekat dan yang terjauh).
Pernah Maimun bin Mihran membaca ayat ini kemudian dia berkata: “Ini adalah peruntukan perbelanjaan. Tiada disebut dalamnya gendang, paip, gambar ukiran kayu dan bukan kiswah dinding (kain menutup dinding)”. Kemudian Allah berfirman: “Dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, sesungguhnay Allah mengetahui tentangnya” bermaksud apa sahaja perbuatan kebaikan yang kamu kerjakan maka sesungguhnya Allah SWT mengetahuinya dan Dia akan membalas ke atas perkara itu atau memberi balasan yang setimpal kerana sesungguhnya Dia tidak menzalimi seseorang seberat zarah.
Kesimpulanku:
Begitulah, jika dapat saja gaji atau memperolehi rezeki yang melimpah ruah, sebelum membelanjakannya tanpa apa-apa perancangan, marilah kita fikirkan kepada siapa patut kita belanjakan dan siapakah yang terlebih dahulu patut diutamakan berdasarkan panduan dari Allah Ta'ala dan Rasul-Nya. Percayalah yang benar adalah Allah dan Rasul-Nya.
Wallahualam
Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?