Posts

Showing posts with the label Pelajaran Fiqh

Muqaddimah Pembelajaran Ushul al-Fiqh.

Image
Inshaa' Allah ! Dalam entri kali dan seterusnya, saya cuba meletakan beberapa siri nota pengajian daurah ushul al-fiqh yang disyarah oleh Ustaz Dzulqarnain hafizahullahuta'ala dari kitab al-Ushul min Ilmi al-Ushul karya ulama besar Arab Saudi, al-'Allamah Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimeen rahimahullahuta'ala - semoga Allah Ta'ala memberi rahmat kepada ruhnya serta menempatkannya dikalangan para solehiin-. Kitab ini ditulis secara ringkas dan padat pengisiannya, sebagai kitab mukhtashar yakni kitab yang diringkaskan tulisannya tetapi penuh dengan isi yang penting dan menjadi teras kepada ilmunya yang bercabang-cabang. Dari sudut pembelajaran, kitab yang disusun seperti ini amat sesuai untuk ditelaah oleh para pencari ilmu yang baru hendak memulakan sessi pencarian ilmu fiqh sebagai pintu masuk kepada ilmu syara' yang lebih terperinci dan mendalam perbahasannya. Justeru, Syaikh Ibn Uthaimeen rahimahullah menamakan kitabnya dengan al-Ushul min 'Ilm...

Pandangan Seorang Ustaz: Islam Anda Tafsiran Siapa ?

Islam anda tafsiran siapa ? Itulah pandangan yang dilontarkan oleh Al-Fadhil Ustaz Emran Ahmad hafizahullah. Beliau adalah antara salah seorang pendakwah bebas yang amat saya hormati dan kagumi. Memiliki pandangan yang kritis, tidak berpihak melainkan kepada mereka yang berpijak atas Al-Quran dan As-Sunnah serta cabang dari keduanya Ijma' dan Qiyas, luas pandangannya, seorang merdeka disisi manusia dan seorang hamba disisi Rabb-nya, tidak keterlaluan saya katakan beliau adalah seorang yang faqih dalam tingkatannya.

Pengantar Al-Fiqhul Manhaji (Bhg:2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; Amma ba'd, rasanya lama dah terhenti sekejap posting Pelajaran Fiqh ini. Insyallah ! Saya sambung lagi dengan izin Allah Ta'ala: Sumber-Sumber Fiqh Islami Kami katakan sesungguhnya Fiqh Islami adalah himpunan hukum-hukum syariat yang berupa suruhan kepada hamba-Nya, dan himpunan hukum-hukum ini kembali kepada sumber-sumber yang empat: Al-Quran Al-Karim As-Sunnah Al-Ijma’ Al-Qiyas [ Tidak dinafikan sememangnya terdapat sedikit perselisihan ulama ushul tentang perletakan al-Ijma dan al-qiyas sebagai sumber hukum syara’ . Saya tidak akan membicarakan perbahasan ulama dalam hal ini, cukuplah dinyatakan bahawa menurut Prof. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya “Al-Qur’an dan As-Sunnah Rujukan Tertinggi”, bahawa dalam kitabnya Ushul 20 al-Ustaz Hasan al-Bana tidak menyatakan Al-Ijma’ dan Al-Qiyas sebagai sumber rujukan tertinggi pada Ushul Kedua-nya kerana: Al-Ijma’ dan Al-Qiyas sudah termasuk dalam Al-Quran dan As-Sunnah dalam ka...

Pengantar Al-Fiqhul Manhaji (Bhg:1)

بسم الله الرحمن الرحيم [ Alhamdulillah ! Insyallah kini tiba masanya sebagaimana yang dirancangkan oleh saya untuk memulakan satu entri khusus dalam pelajaran fiqh ini. Kitab Fiqh Manhaji dimulakan dengan pengenalan kepada maksud fiqh dan kepentingannya. Membahaskan sumber-sumber yang menjadi dalil-dalil kepada hukum-hukum syariat. Seterusnya mengenali istilah-istilah yang diguna pakai oleh fuqaha dalam menetapkan hukum-hukum berbentuk suruhan dan larangan. Pelajaran ini diletakkan dibawah tajuk "madkhalun" iaitu "pengantar". Terjemahan secara bahasanya adalah "tempat masuk", dan ini dapat kita fahami bahawa sebelum mengetahui perihal hukum-hukum yang berbentuk amalan atau sebelum meneruskan mengambil isi-isi hukum fiqh hendaklah kita masuk dahulu melalui pintunya iaitu mengetahui asas terbinanya hukum-hukum syariat yang berbentuk amaliyah. Ini kerana memahami asas-asas kepada terbinanya sesuatu hukum itu akan memudahkan kita beramal dengannya secara...

Pelajaran Fiqh Di Blog

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Segala pujian bagi Allah, kami memuji-Nya, meminta pertolongan-Nya, memohon keampunan-Nya. Dan kami berlindung dengan Allah daripada kejahatan diri kami dan daripada kejelekan amalan perbuatan kami. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad (shallallahu'alaihiwasallam) itu Pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (shallallahu'alaihiwasallam) juga ke atas keluarganya, para sahabat dan kepada mereka yang mengikutnya seluruhnya. Selepas daripada ini, saya berniat untuk memulakan satu label bagi entri baru yang dikhususkan untuk pelajaran fiqh. Rujukan bagi pelajaran fiqh ini adalah Fiqhul Manhaji 'Ala Mazhab Al-Imamu As-Syafi'e tulisan bersama tiga orang pakar fiqh iaitu Syaikh Mustafa Al-Khin rahimahullah, Syaikh Mustafa Al-Bugha  hafizahullah dan Ustaz Ali As-Syurbaji  hafizahullah. Ketiga-tiga ulama ini merupakan ulama bermazhab Syafi'e dan pakar fiqh zaman ini. (S...