Posts

Showing posts from August, 2011

Akidah Imam Muhammad ibnu Idris As-Syafie (wafat. 204H).

Berkata Imam as-Syafie rahimahullah ,” Iman ialah perkataan dan perbuatan. Ia bertambah dan berkurang.” Seorang lelaki bertanya , “ Manakah perbuatan yang paling baik menurut pandangan Allah?” Jawab beliau, “Perbuatan yang tanpanya perbuatan lain tidak diterima.” Lelaki itu berkata, “ Dan apakah dia perbuatan itu?.” Beliau menjawab, “ Beriman kepada Allah bahawa tiada tuhan lain disisi-Nya,yang layak disembah ,adalah perbuatan yang tertinggi dalam tingkatan dan termulia antaranya dalam kedudukan dan paling banyak antaranya dalam peruntukkan ” Lelaki itu berkata, “ Bolehkah engkau beritahu kepada aku tentang iman; adakah perkataan itu bersamaan dengan perbuatan, atau perkataan tanpa perbuatan?” Beliau menjawab, “ Iman ialah perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana Allah, dan perkataan adalah sebahagian daripada perbuatan tersebut. Sesungguhnya, iman mempunyai syarat, tingkatan dan kedudukan. Antaranya ialah yang cukup sempurna, mencapai puncak batasan kesempurnaan. Demiki

Sebelum Membaca Al-Qur'an

Setibanya Ramadhan, ramai umat Islam mula memusatkan perhatian pada Al-Qur’an, mengadakan aktiviti pembacaan al-Quran samada bersendirian atau berkumpulan, saling memperdengarkan atau menyemak bacaan antara satu sama lain, mula memerhatikan akan maksud-maksud yang hendak disampaikan oleh Allah Ta’ala menerusi Al-Qur’an. Aktiviti sedemikian amat-amat dianjurkan oleh Islam , termasuk ibadah yang akan diberikan ganjaran oleh Allah Ta’la kepada yang mengamalkannya dengan kemurnian niat kerana Allah Ta’la dan mengikut sunnah Rasullullah saw. Apatah lagi dibulan Ramadhan yang mulia ini, bulan yang diturunkan Al-Quran pada satu malam yang tiada padanya dibulan-bulan yang lain digandakan pahala amalan setiap orang. Samada mereka yang telah lama beristiqamah mengamalkannya, atau mereka yang timbul-tenggelam , atau mereka yang baru hendak bermula dan berazam melakukannya dikesempatan Ramadhan mengharapkan ganjaran pahala, hidayah dan rahmat Tuhannya, semua itu dinilai oleh Allah Ta’ala untuk