Akidah Imam Muhammad ibnu Idris As-Syafie (wafat. 204H).
Berkata Imam as-Syafie rahimahullah ,” Iman ialah perkataan dan perbuatan. Ia bertambah dan berkurang.” Seorang lelaki bertanya , “Manakah perbuatan yang paling baik menurut pandangan Allah?” Jawab beliau, “Perbuatan yang tanpanya perbuatan lain tidak diterima.” Lelaki itu berkata, “ Dan apakah dia perbuatan itu?.” Beliau menjawab, “ Beriman kepada Allah bahawa tiada tuhan lain disisi-Nya,yang layak disembah ,adalah perbuatan yang tertinggi dalam tingkatan dan termulia antaranya dalam kedudukan dan paling banyak antaranya dalam peruntukkan”
Lelaki itu berkata, “Bolehkah engkau beritahu kepada aku tentang iman; adakah perkataan itu bersamaan dengan perbuatan, atau perkataan tanpa perbuatan?” Beliau menjawab, “Iman ialah perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana Allah, dan perkataan adalah sebahagian daripada perbuatan tersebut. Sesungguhnya, iman mempunyai syarat, tingkatan dan kedudukan. Antaranya ialah yang cukup sempurna, mencapai puncak batasan kesempurnaan. Demikian juga ada iman berkurangan, yang jelas kekurangannya. Demikian juga ada iman yang boleh diterima dalam penampakkannya.”
Lelaki itu berkata, “Jadi iman itu boleh jadi sempurna, berkurang dan bertambah?” Jawab As-Syafie,” Benar” Lelaki itu bertanya, “ Apakah dalilnya tentang hal itu?” Beliau berkata, “Sesungguhnya Allah Azza wa jalla telah mewajibkan iman ke atas anggota anak-anak Adam alaihissalam. Justeru, Allah membahagikan antara meraka dan membezakan mereka dengannya. Jadi tiada aggota daripada setiap anggota itu, melainkan ianya telah diamanahkan dengan sesuatu daripada iman yang tidak diwajibkan dengannya makhluk lain oleh Allah Ta’ala. Maka barangsiapa bertemu Allah sedangkan sentiasa menjaga solatnya dan anggotanya dan menjalankan kewajipan pada setiap anggota, apa saja yang Allah telah wajibkan dengannya dan menjadikannya fardhu ke atasnya, maka dia bertemu Allah dengan iman yang sempurna dan dia akan menjadi ahli syurga. Dan barangsiapa meninggalkan sesuatu yang Allah perintahkan dengan sengaja maka dia bertemu Allah dengan iman yang kurang”.
Lelaki itu berkata, “Sesungguhnya aku telah mengetahui tentang kekurangan dan kesempurnaannya, tetapi bagaimana pula ia boleh bertambah?” Jadi as-Syafie berkata, “ Allah Azza wa Jalla berfirman,
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا
“Sedangkan bagi orang yang beriman, ianya (Al-Quran) menambah iman mereka.” (At-Taubah:124)
Jika iman itu hanya satu keadaan sahaja, tidak bertambah dan tidak juga berkurang. Maka tiada seorangpun yang akan mendapat sebarang tingkatan iman yang lebih tinggi , manusia semuanya akan sama tingkatannya dalam keimanan dan jenis-jenis tingkatan iman itu tidak akan diperakui.
Bagaimanapun, dengan kesempurnaan imanlah bahawa orang beriman masuk syurga. Dan dengan bertambahnya iman maka orang beriman memperolehi pelbagai kedudukan menurut ketentuan Allah di dalam syurga. Dan dengan kekurangan dalam iman juga seseorang yang engkar masuk neraka.”
Berkenaan dengan firman Allah Ta’ala;
كَلاَّ إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ
“Sekali-kali tidak! sungguh mereka pada hari itu adalah orang-orang yang dihijab dari Tuhan mereka”. Al-Mutoffifin :15
Imam as-Syafie menyatakan , “Ini adalah dalil bahawa orang yang mulia akan melihat Allah pada hari penentuan. Jadi apabila orang-orang yang dihijab itu dianggap sebagai satu azab, maka ini adalah dalil menunjukkan orang-orang lain yang boleh melihat Allah adalah sebagai satu nikmat.”
Beliau berkata lagi, “ Allah punya Nama dan Sifat yang mana didatangkan di dalam Kitab-Nya dan Nabi-Nya telah sampaikan kepada umatnya tentang hal itu. Tiada seorangpun ketika hujjah telah ditegakkan sesukahati menolaknya, kerana Quran diturunkan bersamanya. Telah diriwayatkan secara sahih bahawa Rasulullah saw telah bercakap mengenainya. Jadi jika dia mengingkari hal itu setelah hujjah ditegakkan atasnya, maka dia adalah kafir. Jika hujjah belum lagi ditegakkan atasnya, dia dikecualikan kerana kejahilan, kerana pengetahuan tentang hal itu tidak dapat diperolehi melalui akal, tidak juga dengan saja-saja dan pmerhatian. Kami tidak mengisytiharkan seseorang sebagai kafir kerana kejahilan, sehingga maklumat tentang hal itu telah sampai kepada mereka. Kami berpegang teguh dengan sifat-sifat ini dan menjauhkan diri dari menyerupakannya dengan makhluk, sebagaimana Allah menjauhkan diri dari hal sedemikian terhadap diri-Nya sendiri. Sebagaimana Allah berfirman,
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (As-Syura:11)
Beliau seterusnya berkata, “Al-Quraan adalah percakapan Allah, ianya bukan makhluk.”
Dia berkata lagi, “Kehendak seorang hamba itu bergantung atas kehendak Allah. Mereka tiada berkehendak melainkan Allah, Tuhan Rabul ‘Alamin yang berkehendakkannya. Jadi manusia tidak mencipta perbuatan mereka sendiri, tetapi ianya adalah ciptaan dari ciptaan Allah. Sesungguhnya, qadar yang baik dan yang buruk datang daripada Allah Azza wa jalla. Sesungguhnya, seksa kubur itu benar, soalan kepada orang di dalam kubur itu benar, kiamat itu benar dan kebangkitan itu benar dan Syurga dan Neraka dan selainnya apa yang datang daripada sunan, demikian itu yang lahir atas ucapan para ulama dan pengikut-pengikut mereka daripada pelbagai negara muslim itu adalah benar”.
Dan beliau berkata, “Manusia yang terbaik selepas Rasulullah saw ialah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali ridhwaanullahi’alaihim”.
Seterusnya beliau berkata, “Sesungguhnya, Allah memuji para sahabat Rasulullah saw di dalam Al-Qur’an. Dilanjutkan atas lidah Rasulullah saw tentang keutamaan yang mana tidak pernah dinyatakan kepada sesiapapun selepas mereka. Mereka menyampaikan kepada kita Sunan Rasulullah saw dan telah menyaksikan ketika wahyu diturunkan atasnya. Jadi mereka telah mengetahui apa yang Rasulullah saw maksudkan, secara umum, secara khusus, secara pasti dan dalam bimbingan. Mereka telah mengetahui dari Sunnahnya yang mana kita tidak tahu dan jahil mengenainya. Mereka berada diatas kita dalam setiap pengetahuan dan ijtihad. Pendapat mereka lebih dipercayai bagi kita dan lebih berhak daripada pendapat kita yang kita sendiri pegang”
Dan dia berkata, “Tiada satupun perkataan yang terikat dalam setiap keadaan melainkan terikat dengan kitab Allah atau Sunnah Rasulullah saw dan semua selain daripada dua perkara ini mesti sejalan dengan keduanya. Sesiapa yang berkata-kata atas kitab dan Sunnah, maka dia perlu tetap berada dalam lingkungannya, yang itu menjadi wajib. Dan setiap orang yang berkata-kata atas selain daripada asas kitab atau tidak juga sunnah maka dia adalah gila.
Wallahualam.”

Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?