Posts

Showing posts from September, 2010

Kenali Ulama: Imam Az-Zanji, Ahli Feqah Mekah & Guru Imam As-Syafie

Nama beliau ialah Muslim bin Khalid Al-Makhzumi Al-Makki , dikenali dikalangan ulama sebagai Imam Az-Zanji . Terdapat beberapa alasan yang diriwayatkan kenapa beliau digelar "Az-Zanji ". "Az-Zanji" secara literal bermakna ' hitam ' dan istilah ini telah digunakan dalam bahasa Arab moden merujuk kepada seseorang yang berbangsa negro. Abdullah ibn Ahmad ibn Hanbal bertanya Suwayd ibn Sa'id, " Mengapa beliau dipanggil 'Az-Zanji' ?" Beliau berkata, "Kerana beliau tersangatlah hitam!" Al-Hafiz Ibnu Hajar juga menyebut beliau digelar Az-Zanji kerana beliau tersangat sukakan kurma. Seorang hamba perempuan pernah berkata kepadanya, " Engkau ini tidak lain melainkan Zanji kerana kesukaan engkau kepada buah kurma!' Lalu gelaran tersebut melekat pada dirinya. Imam Az-Zanji amat terkenal di kalangan ahli feqah kerana menjadi guru pertama dalam ilmu fekah kepada Imam As-Syafie yang ketika itu berusia 15 atau 16 tahun.