Posts

Showing posts with the label Fikrah

Pandangan Seorang Ustaz: Islam Anda Tafsiran Siapa ?

Islam anda tafsiran siapa ? Itulah pandangan yang dilontarkan oleh Al-Fadhil Ustaz Emran Ahmad hafizahullah. Beliau adalah antara salah seorang pendakwah bebas yang amat saya hormati dan kagumi. Memiliki pandangan yang kritis, tidak berpihak melainkan kepada mereka yang berpijak atas Al-Quran dan As-Sunnah serta cabang dari keduanya Ijma' dan Qiyas, luas pandangannya, seorang merdeka disisi manusia dan seorang hamba disisi Rabb-nya, tidak keterlaluan saya katakan beliau adalah seorang yang faqih dalam tingkatannya.

Ulasan Buku: Tasauf Menurut Ibnu Taimiyyah

Image
Assalamualaikum; Buku Tasauf Menurut Ibnu Taimiyyah adalah sebuah karya tulisan Dr. Thiblawy Mahmoud Sa'ad dan diterjemahkan oleh Ahmad Fauzi Hamid. Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk membetulkan tanggapan atau menafikan tuduhan oleh sesetengah pihak tentang berlakunya permusuhan atau penolakan antara Syeikhul Islam Taqiyuddīn Abu 'l-ʿAbbās Ahmad ibn ʿAbd al-Halīm ibn ʿAbd as-Salam Ibn Taymiya al-Harrani dengan ahli tasawwuf dan ilmu tasawwuf itu sendiri.Method penolakan dan penafian melalui jalan kajian bagaimana pandangan Ibnu Taimiyyah rhm terhadap golongan sufi melalui karya-karya tulis peninggalan beliau tentang tasawwuf dan golongan sufi. Buku ini dimulakan dengan pengertian "salaf", ini sangat menghairankan kerana yang hendak dibicarakan adalah tentang tasawwuf dan seharusnya pengertian tasawwuf patut diberi tumpuan.Kenapa demikian ? Alhamdulillah ! Setelah membaca buku ini, sedikit sebanyak saya dapat gambarannya tentang hal ini bahawa salaf adalah...

Belajar Bahasa Arab: Sukar atau Mudah ?

Assalamualaikum warahmatullah; Mudah atau susah nak mempelajari Bahasa Arab ? Persoalan ini adakalanya menghantui diri saya, manakan tidak ? Terngiang-ngiang di corong telinga saya gemaan dakwaan sesetengah guru-guru Bahasa Arab mempelajari Bahasa Arab sebenarnya mudah.Malah ada yang mendakwa cara-cara pembelajaran sekian-sekian mudah dipraktikkan tanpa menghafal kata-kata Arab, pola-polanya, serta tak perlu mengingat beberapa bentuk jadual kata-kata ganti nama, penjodoh bilangan, kiraan nombor dan sebagainya. Benarkah sedemikian mudahnya ? atau bagaimana ? Kadang-kadang terfikir juga, mungkinkah kesemua dakwaan ini sekadar melariskan atau menarik perhatian mereka yang hendak belajar bahasa Arab secara cepat dan mudah. Atau mungkin memang benar guru-guru Bahasa Arab ini memiliki kaedahnya tersendiri dalam menyediakan kaedah pembelajaran yang lebih efektif ? Jika dulu, saya yang pernah menjadi pelajar sekolah Arab terpaksa menghafal dan mengingat setiap bentuk atau pola-pola bagi kata-k...

Jadi siapakah Ahlul Hadith ?

Oleh Syeikh Dr Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali Mereka adalah orang-orang yang berjalan di atas jalan para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebenaran, dalam berpegangan pada Kitab dan Sunnah, menggigitnya dengan gigi geraham mereka, dan meletakkannya (yaitu Al-Qur'an dan Sunnah) lebih diutamakan daripada pernyataan atau kod dan tingkah laku - baik dalam akidah, atau ibadah seperti hubungan dan transaksi, sikap, politik atau kehidupan sosial. Mereka adalah orang-orang yang teguh dalam hal dasar-dasar agama dan furuiyyah, yang Allah turunkan dan mewahyukan kepada hamba dan Rasul-Nya Muhammad (Sallallaahu alaihi wasallam). Mereka adalah orang-orang menyahut panggilan untuk berpegang kepadanya dengan segala usaha, ketulusan dan kesungguhan yang cekal. Mereka adalah orang-orang yang membawa ilmu Nabi (shallallaahu alaihi wasallam), membersihnya daripada penyelewengan dari orang-orang yang berlebihan (dalam hal) dan dakwaan yang berlebihan daripada orang-orang yang salah ...

Jenis-jenis Rumah Tangga

Oleh: Ustaz Arifin Ilham Jenis Hotel : iaitu kehidupan keluarga hanya dapur, bilik air dan bilik tidur. Tak ada kemesraan. Jenis Pasar : iaitu keluarga yang sangat berkira-kira, kedekut dan kebendaan, kasih sayangnya diukur dengan harta. Jenis Hospital : iaitu suami-istri merasa paling berjasa, senang mengungkit jasa dan merendahkan lain. Jenis Gelanggang Tinju : iaitu keluarga yang sering ribut bahkan dalam hal yang remeh, bila bertemu pasti bertengkar. Jenis Kuburan : iaitu keluarga yang tidak ada komunikasi, sepi, tanpa gurauan dan senyuman, masing-masing asyik dengan dirinya sendiri. Jenis Sekolah : iaitu keluarga yang terdidik, cerdas, berjaya, ayah-ibu sebagai guru dan anak-anak sebagai murid-murid. Jenis Masjid : iaitu ayah sebagai imam keluarga dihiasi dengan keteladanan, jamaah, kebersamaan, kasih sayang dan saling menasihati. Inilah keluarga sakinah. Kredit: Ustaz Arifin Ilham

Di mana budi bicara ?

Assalamualaikum wrb; Berita penangkapan dan cubaan melakukan pendakwaan ke atas mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor pada 2 November 2009 menggemparkan masyarakat Islam Malaysia. Pendakwaan yang cuba dibuat ialah atas kesalahan mengajar tanpa tauliah daripada pihak berkuasa JAIS . Sebelum ini sememangnya diketahui umum mengajar agama tanpa tauliah adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 6, Akta Pentadbiran Undang-Undang Syariah . Namun di bawah Seksyen 98 , akta yang sama dimana majlis boleh mengecualikan mana-mana individu atau golongan daripada akta ini. ( Rujukan Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah, Akta Pentadbiran Undang-Undang Syariah ). Dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Syariah , di bawah; Seksyen 119: Kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah. (1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan...

Bukan Orangnya Tapi Sikapnya

Seringkali kita salah memahami apabila kita membenci orang yang berbuat salah atau mengutuk orang yang melakukan suatu dosa itu bermaksud kita membenci atau mengutuk orangnya.Tidak ! Bukan itu maksudnya, yang kita benci adalah perbuatan salahnya, yang kita kutuk adalah perlakuan dosanya, sikapnya yang tidak selaras dengan tuntutan syariat. Bukan susuk tubuhnya dan bukan kerana dia sebagai manusia. Kesalahfahaman ini akan menimbulkan beberapa siri tindakan yang sewajarnya tidak kita lakukan terhadap mana-mana manusia. Seterusnya membuat kita tidak berlaku adil kepada manusia. Jangan kerana sikapnya yang tidak baik dan suka membuat maksiat menyebabkan kita terhalang daripada menunaikan hak-haknya sebagai manusia. Ini kerana, susuk tubuhnya itu adalah ciptaan Allah Ta'ala sedangkan sikap atau perbuatan dosa adalah pilihannya samada pilihan itu dilakukan atas dasar ketidaktahuan dan atas dasar kekeliruan atau dalam keterpaksaan. Ini kerana fitrah manusia tidak menginginkan kejahatan, k...

Sebuah Jawapan: Sains Membuktikan Wanita Adalah Aurat

Image
Golongan faithfreedom ( golongan murtad dan kebebasan beragama ) yang telah menyiarkan satu artikel yang mempersendakan hukum menutup aurat bagi wanita Islam. Artikel berbentuk sebaran itu disebarluaskan dalam internet dengan tujuan untuk menggoyahkan akidah umat Islam khususnya wanita-wanita beriman dengan kata-kata yang penuh dengan ejekan dan carutan.( Faith Freedom International adalah sebuah laman internet yang ditubuhkan oleh Ali Sina, seorang bangsa Iran yang telah murtad dan kini cuba mempengaruhi umat Islam lainnya mengikuti jejak langkahnya dengan melakukan beberapa kritikan keji terhadap Islam .) Dengan bersandarkan hadis "Wanita adalah aurat. Apabila dia keluar syaitan mengekorinya” yang diambil dari kitab Mishkat al-Masabih oleh Waliuddin Abdullah Mahmud Tabrizi terjemahan Maulana Fazlul Karim. Secara tidak langsung, penghinaan ini dibuat terhadap dua pendapat jumhur ulama fiqh tentang batasan aurat wanita Islam. Mereka menulis bahawa wanita Islam yang melabuhka...

Kesibukan Di Bulan Ramadhan

Image
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah. Kedatangan bulan Ramadhan sayugianya disambut dengan penuh kegembiraan dan amalan-amalan kebaikan yang berbentuk pengabdian terhadap Allah ‘Azza wa Jal. Bulan yang memiliki keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah Ta’ala kepada umat Islam. Sehinggakan Rasulullah shollallahu’alaihiwasallam bersabda kepada para sahabatnya ketika datangnya Ramadhan, yang bermaksud: “Wahai manusia ! kamu telah dinaungi bulan yang agung penuh barakah” Bulan dimana para sahabat dan salafussholeh menyibukkan diri dengan amalan-amalan soleh yang berupa amalan wajib maupun yang sunat seperti solat, sedekah, taat kepada amalan yang makruf serta menjauhi amalan mungkar. Siangnya dihidupkan dengan puasa yang wajib, malamnya dengan solat tarawih, qiyamullail serta setiap waktunya dipenuhi dengan zikir dan membaca Al-Quran. Inilah kesibukan yang dituntut di bulan Ramadhan dan jauhilah daripada kesibukan-kesibukan yang tidak dituntut melaksanakannya didalam bulan mulia ...

H1N1 dan Babi

Image
Assalamualaikum, Entri dalam fikrah kali ini adalah tentang virus H1N1 dan kaitannya dengan babi. Ini adalah pendapat saya semata-mata, mungkin terdapat beberapa siri kesalahan fakta kerana saya bukan seorang pakar perubatan, genetik atau taxonomi (maka minta diperbetulkan fakta menerusi komen dibawah). Namun demikian, saya juga berhak untuk tahu apa yang berlaku dan mengkajinya supaya faham kenapa ianya berlaku. Jadi, mari kita lihat dan fikirkan kenapa virus yang menyerang seluruh dunia hari ini diberi nama swine flu atau selsema babi dan apa kaitannya dengan binatang bernama babi. Lihat gambar di bawah ini: Proses Perpindahan Virus Ini adalah gambarajah atau carta aliran bagaimana dikatakan ianya selsema babi. Istilah yang digunakan dalam proses perpindahan ini ialah Antigenic Shift . Sila klik pada gambar untuk membesarkannya. Hakikatnya, nama H1N1 terlalu umum untuk dirujuk kepada virus yang baru ini kerana H1N1 adalah subtype Influenza A . Influenza A adalah sejenis virus be...

Jama’ah Da’wah: Jawapan Syaikh Shaleh Fauzan

Image
Berikut adalah jawapan Syeikh Salih bin Fauzan al-Fauzan tentang mendirikan jama’ah da'wah. Posting ini tidak bermaksud apa-apa merendahkan sesiapa atau mana-mana golongan dan juga tidak dituju kepada mana-mana jama'ah.Tujuannya untuk kita berkongsi pandangan daripada seorang ulama besar di Riyadh, Arab Saudi yang merupakan komitee Penelitian dan Fatwa Islam (kibaril Ulama). Cuma di sini hendak dijelaskan kedudukan bahawa kita adalah umat Islam mempunyai kewajipan yang satu iaitu da'wah ila Allah Ta'ala. Setiap daripada kita mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza dalam berda'wah dan masing-masing itu saling lengkap melengkapi. Tumpuan atau objek da'wah juga berbeza. Kita berhadapan dengan pelbagai serangan daripada musuh luar dan dalam, diserang dari pelbagai sudut. Ingat iktibar daripada sejarah Perang Uhud, dalam strategi peperangan tidak kesemua tentera diletakkan dibenteng hadapan dan tidak juga kesemua tentera berada di bukit Uhud, masing-masing mempuny...

Dengarkan "Ghuraba"

Assalamualaikum; Berhibur tiada salahnya oleh itu, dengarkan "Ghuraba" nyanyian Syeikh Sa'id Al-Ghamidi.Ini adalah video pertama yang saya hasilkan, sebarang komen dialukan: Macam mana ? Maksud saya, siapakah "ghuraba" yang sebenarnya ? Pastinya bukan pelancong asing, sesiapa sahaja boleh menjadi orang asing, mengasingkan diri, diasingkan atau terasing. Pengasingan boleh memiliki banyak sebab, menjadi asing kerana benar atau diasingkan kerana salah. Siapakah Ghuraba ? Untuk mengenalinya marilah kita lihat kepada hadis yang disandarkan perkataan ini. Atas kelemahan diri, hadis ini ada diriwayatkan dalam Sahih Musim, dan materi hadis: عن أبي هريرة؛ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ غريبا. فطوبى للغرباء". "Daripada Abi Hurairah ra, beliau telah berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Permulaan Islam itu dalam keadaan asing, dan akan kembali sebagaimana permulaannya dalam keadaan asing jua. Maka...

Tanggungjawab Eksklusif

Image
Apakah yang kita faham sebenarnya tentang tanggungjawab ? Tanggungjawab adalah sinonim dengan perkataan amanah, tanggungjawab adalah tugas yang dibebankan ke atas individu sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya dalam melaksanakan tugas tersebut. Dalam istilah agama disebut sebagai taklif, iaitu dibebankan dengan tanggungjawab. Orang yang menerima bebanan dipanggil mukallaf. Tentu kita pernah dengar usia mukallaf ?Iaitu usia dimana seseorang itu dianggap boleh menerima bebanan, dan hal ini dikecualikan kepada mereka yang dibawah umur dan mereka ini tidak dibebani dengan tanggunjawab. Kita dah kenal apa itu tanggungjawab, apakah sama tanggungjawab antara kita dengan individu yang lain ? Kalau dilihat pada takrifnya, tanggungjawab itu sebenarnya relatif ianya tidak sama antara individu dan individu yang lain. Contohnya tanggungjawab keselamatan, tidak mungkin kita akan meletakkan keseluruhan tanggungjawab keselamatan itu di atas kesemua bahu individu yang ada dalam sesebuah organisasi a...