Di mana budi bicara ?

Assalamualaikum wrb;

Berita penangkapan dan cubaan melakukan pendakwaan ke atas mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor pada 2 November 2009 menggemparkan masyarakat Islam Malaysia. Pendakwaan yang cuba dibuat ialah atas kesalahan mengajar tanpa tauliah daripada pihak berkuasa JAIS . Sebelum ini sememangnya diketahui umum mengajar agama tanpa tauliah adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 6, Akta Pentadbiran Undang-Undang Syariah. Namun di bawah Seksyen 98, akta yang sama dimana majlis boleh mengecualikan mana-mana individu atau golongan daripada akta ini. (Rujukan Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah, Akta Pentadbiran Undang-Undang Syariah).

Dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Syariah, di bawah;

Seksyen 119: Kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah.

(1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi-

(a) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 121 Enakmen ini;atau

(b) mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.

Pengecualian ini diterangkan pada Seksyen 121, apa seksyen 121 kata:

Seksyen 121. Pengecualian.

Majlis boleh mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana peruntukan Bahagian ini.

Seksyen ini diterangkan/diperjelaskan oleh Peraturan 22(Peraturan Tauliah megenai orang-orang yang boleh dikecualikan), apa yang terdapat dalam Peraturan 22 ?

Peraturan 22. Pengecualian
Jawatankuasa boleh, melalui notis bertulis, mengecualikan mana-mana orang yang berikut dari kehendak mendapatkan Tauliah:


(a) Alim Ulama atau tokoh agama tempatan tertentu atau Alim Ulama atau tokoh agama luar negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, jabatan atau agensinya;

(b) Mufti-mufti Negeri dan ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri;

(c) Hakim-hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-Negeri;

(d) Menteri atau ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua Jabatan Agama Islam Negeri atau ahli Majlis Agama Islam Negeri-Negeri; dan

(e) Pegawai Hal Ehwal Islam atau pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-universiti tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri.


Ini menunjukkan terdapat ruang yang disediakan oleh kerajaan bagi menggunakan budi bicara majlis Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama dalam isu sebegini. Persoalannya dimana letaknya budibicara ini ? Penulis berhenti setakat ini sahaja dalam isu ini.



Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين

Mengenal Kata Nama الأسم