Ulasan Buku: Tasauf Menurut Ibnu Taimiyyah
Assalamualaikum;
Buku Tasauf Menurut Ibnu Taimiyyah adalah sebuah karya tulisan Dr. Thiblawy Mahmoud Sa'ad dan diterjemahkan oleh Ahmad Fauzi Hamid. Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk membetulkan tanggapan atau menafikan tuduhan oleh sesetengah pihak tentang berlakunya permusuhan atau penolakan antara Syeikhul Islam Taqiyuddīn Abu 'l-ʿAbbās Ahmad ibn ʿAbd al-Halīm ibn ʿAbd as-Salam Ibn Taymiya al-Harrani dengan ahli tasawwuf dan ilmu tasawwuf itu sendiri.Method penolakan dan penafian melalui jalan kajian bagaimana pandangan Ibnu Taimiyyah rhm terhadap golongan sufi melalui karya-karya tulis peninggalan beliau tentang tasawwuf dan golongan sufi.
Buku ini dimulakan dengan pengertian "salaf", ini sangat menghairankan kerana yang hendak dibicarakan adalah tentang tasawwuf dan seharusnya pengertian tasawwuf patut diberi tumpuan.Kenapa demikian ?
Alhamdulillah ! Setelah membaca buku ini, sedikit sebanyak saya dapat gambarannya tentang hal ini bahawa salaf adalah methodologi atau kaedah sedangkan tasawwuf adalah ilmu tentang pembangunan akhlak dan jiwa. Penulis memulakan dengan pengertian "salaf" adalah bertujuan pertamanya untuk mencari kesepakatan dalam pengertiannya bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul akibat kesalahfahaman dan ketidakseragaman dalam memahami pengertiannya (kebanyakan itulah yang terjadi) dan keduanya, sebarang ilmu tanpa methodologi yang betul akan mengakibatkan kerosakkan pada bukan hanya terhadap ilmu bahkan kepada mereka yang mengambilnya.
Dalam bab pertama penulis memaparkan latarbelakang kehidupan Ibnu Taimiyyah selain sebagai seorang alim dalam pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu akidah, ilmu fiqh, ilmu kalam, ilmu falsafah dan ilmu-ilmu lainnya yang berkaitan dengan agama beliau juga sebenarnya merupakan seorang alim yang menjalani kehidupan yang zuhud dan seorang alim sufi. Kewibawaannya, keilmuwannya dan keberaniannya dalam mepertahankan Al-Quran dan As-Sunnah, kerajinannya dan ketekunannya dalam meneliti kitab-kitab karya sufi lainnya mendapat sanjungan daripada kalangan tokoh-tokoh sufi dan para ulama.Beliau juga turut bergaul bersama-sama ahli sufi dan tidak meninggalkan mereka tanpa memberi pesan-pesan agar tetap terus berpegang kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah dan menjauhi perkara-perkara yang bersalahan dengannya.
Bab ini juga membicarakan tentang karya-karya sufi beliau seperti Qa'idatun fi Wujubil Istiqamah wal I'tidaal (Prinsip Dasar Kejujuran dan Keadilan), Tasawuf, Al-Furqan baina Awliyaaullah wa Auwliya Syaithan, Arodhul Qulub wa Syifaa'uha dan banyak lagi. Beliau juga meneliti kitab-kitab karya sufi yang lainnya seperti Kitab Zuhud dan Raqa'iq karya Ibnu Mubarak, Zuhud dan Warak karangan Imam Ahmad dan lainnya.
Isi bicara buku ini dimulai dengan kegigihan kalangan mereka yang berpegang kepada methodologi salaf memperjuangkan tasauf yang sebenar diatas manhaj salafussholeh. Kesepakatan antara sufi dan ahli salaf dalam memperjuangkan Al-Quran dan As-Sunnah An-Nabiy saw. Keterkaitan diantara tokoh-tokoh sufi dengan ahli salaf salain memberi dan mepelajari ilmu antara satu sama lain. Inilah yang berlaku pada awal abad hijriyah, tiada berlaku saling cemuh mencemuh antara satu sama lain.
Pengertian "sufi" dibicarakan sebelum penulis memulakan beberapa pandangan Ibnu Taimiyyah terhadap kaum sufi dan karya mereka. Ibnu Taimiyyah menerima pengertian 'sufi' sebagai nama yang merujuk kepada mereka yang mengenakan pakaian yang diperbuat daripada wool. Pakian ini banyak dikenakan oleh orang mukmin pada saat itu. Seterusnys Ibnu Taimiyyah membahagikan mereka ini kepada 3 tingkatan iaitu pertamanya; shufiyyah al-haqa'iq, keduany; shufiyyah al-arzaq dan ketiganya; shufiyyah ar-rasmi.Juga dibicarakan tentang pandangan Ibnu Taimiyyah terhadapa karya-karya tokoh sufi seperti Imam Al-Ghazali, Abu Thalib Al-Makki, Al-Muhasibi dan sebagainya. Ada yang dipuji dan juga ada sebahagiannya dicela, ini adalah merupakan sikap beliau yang tidak fanatik terhadap seseorang.
Bab kedua membicarakan tentang kesepakatan ahli salaf dan kaum sufi dalam menghadapi ajaran-ajaran yang terkelaur daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah iaitu mengecam ilmu kalam dan mereka yang mempelajarinya. Ilmu kalam diasakan oleh golongan Muktazilah yang berpegang kuat kepada logika dalam menafsirkan syariat agama disamping pengaruh falsaha Yunani. Ramai dikalangan tokoh sufi mengecam ilmu kalam seperti As-Silmi, Al-Harwei, Al-Makki, AT-Tistari, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dan lain-lainnya. Ibnu Taimiyyah turut bersama mereka dalam mengecam ilmu kalam dan ahli kalam.
Kesepakatan mereka dalam mengecam faham al-ittihad, al-hulul dan wihdatul wujud. Kesepakatan mereka dalam mempercayai Allah dengan berlandaskan Al-Qur'an dan Al-Hadis. Kesepakatan mereka dalam kepercayaan Qadar. Kesepakatan dalam mengamalkan syariat Islam menurut ajaran Al-Qur'an dan Al-Hadis
Seterusnya bab kepercayaan mereka antara ahli salaf dan ahli sufi yang bersamaan seperti sifat-sifat Allah yang harus dipercayai dan diingkari.Persepakatan mereka tentang maksud Al-'Uluw, An-Nuzul, Al-Qurbu dan Al-Ma'iiyyah. Kesepakatan mereka tentang pengetahuan kedudukan manusia dan langkah pembinaan jiwa. Ahli salaf dan kaum sufi sebagai pengikut Nabi Muhammad saw, wali-wali Allah dan pencinta Ahli Bait.
Berhenti disini sahaja, sebenarnya itu adalah isi-isi utama yang dibincangkan dan jika nak tahu kisah lebih lanjut tentang kesatuan ahli sufi dan ahli salaf dalam menghadapi perbahasan dan pertentangan yang berlaku boleh membaca buku tersebut.Banyak benda yang tidak kita ketahui tentang Ibnu Taimiyyah dalam dunia tasawwuf. Semoga ia akan mengelakkan kekeliruan yang berlaku dan pandangan serong terhadap kedua-dua aliran ini, agar umat Islam boleh bersatu dalam menghadapi keadaan dimana berlaku perlbagai kerosakan dimuka bumi ini. Allahu musta'an.
Wallahualam

Ulasan mengikut bab tidak ada ke?
ReplyDeleteUlasan mengikut bab tidak ada ke?
ReplyDelete