Tanggungjawab Eksklusif

Apakah yang kita faham sebenarnya tentang tanggungjawab ? Tanggungjawab adalah sinonim dengan perkataan amanah, tanggungjawab adalah tugas yang dibebankan ke atas individu sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya dalam melaksanakan tugas tersebut. Dalam istilah agama disebut sebagai taklif, iaitu dibebankan dengan tanggungjawab. Orang yang menerima bebanan dipanggil mukallaf. Tentu kita pernah dengar usia mukallaf ?Iaitu usia dimana seseorang itu dianggap boleh menerima bebanan, dan hal ini dikecualikan kepada mereka yang dibawah umur dan mereka ini tidak dibebani dengan tanggunjawab.

Kita dah kenal apa itu tanggungjawab, apakah sama tanggungjawab antara kita dengan individu yang lain ? Kalau dilihat pada takrifnya, tanggungjawab itu sebenarnya relatif ianya tidak sama antara individu dan individu yang lain. Contohnya tanggungjawab keselamatan, tidak mungkin kita akan meletakkan keseluruhan tanggungjawab keselamatan itu di atas kesemua bahu individu yang ada dalam sesebuah organisasi atau masyarakat, kerana sebenarnya bukan semua diantara kita mampu mengambil tanggungjawab terhadap keselamatan diri kita seumpamanya budak-budak, orang gila, wanita yang lemah, orang tua dan orang yang cacat.








Mampukah robot ini berfungsi jika setiap komponen didalamnya tidak menjalankan tugasnya?




Ini adalah perbandingan yang ingin saya tampilkan untuk kita fikirkan bersama bahawa sebenarnya kita telah diberi tugas masing-masing dalam sesebuah organisasi dan sekecil-kecil organisasi ini adalah keluarga, dan setiap kehidupan mempunyai organisasi tersendiri termasuklah sistem badan manusia itu sebenarnya adalah sebuah organisasi yang kompleks, hasil ciptaan Allah SWT dan kita lihat setiap organ dalam tubuh kita memiliki tugas dan tanggungjawab yang khusus dimainkan oleh organ tersebut, sesuai dengan qadar atau ketetapan yang telah Allah SWT tentukan untuknya.Hal ini sepatutnya menjadi iktibar dalam upaya kita mewujudkan sebuah badan, kelompok atau keluarga yang sejahtera dan selamat.

Kita lihat dimana-mana sahaja, asas-asas sebegini tidak akan lari dari kehidupan kita hatta komputer yang sekarang kita sedang gunakanpun, tidak mungkin tercapai tujuannya untuk menyalurkan fungsinya jika setiap dari komponennnya tidak memainkan peranan sebagaimana yang sepatutnya mereka diarahkan atau diberi tugas untuk melaksanakannya. Apakah yang akan terjadi jika, peranan memaparkan skrin diambil alih oleh keyboard, atau komponen resistor yang menghadkan aliran arus diambil alih oleh diode yang berfungsi mengawal aliran arus ? Bisakah komputer berfungsi degan baik ? atau akan berlaku apa yang disebut dalam istilah teknikal sebagai shortcircuit atau malfunctioned dimana keadaan ini menjelaskan kegagalan berfungsi sesebuah sistem elektronik. Boleh komputer digunakan ? Tidak !

Dalam kesemua bandingan ini tidak pernah berlaku konflik organ atau komponen dalam melaksanakan tugas mereka masing-masing, melainkan mereka diserang virus atau kuman yang mengganggu fungsi masing-masing. Inilah tanggungjawab dan ini adalah kerjasama yang dikehendaki, iaitu menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang telah diberikan secara sistematis bukan ikut keperluan dan sesuka hati hendak dijalankan tugas-tugas tersebut, atau menyerahkan tanggungjawab yang diberikan secara eksklusif itu kepada individu lain atau meletakkannya dibahu semua anggota yang lain.Ini bukan tanggungjawab, tetapi lari dari melakukan tanggungjawab...amat mendukacitakan. Hal sebeginilah yang merosakkan perjalanan sesebuah organisasi tanpa kita sedari dan kita menyangka perbuatan kita itu melambangkan tanggungjawab bersama dan kerjasama yang positif, malangnya sikap kita ini....lebih malang jika kita tahu tapi kita berdegil dengan sikap sebegini.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang tanggungjawab ini,yang mana setiap dari kita memiliki tanggungjawab yang begitu eksklusif yang kita tidak boleh melepaskan diri darinya dengan menggunakan slogan tanggungjawab bersama, sedangkan keinginan kita semata-mata kita hendak berlepas diri dari bebanan persoalan yang dipertanggungjawabkan ke atas kita. Hadis dari Ibnu Umar ra:

أن عبد الله بن عمر يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: كلكم راع، وكلكم مسؤول عن رعيته، الإمام راع ومسؤول عن رعيته، والرجل راع في أهله وهو مسؤول عن رعيته، والمرأة راعية في بيت زوجها ومسؤولة عن رعيتها، والخادم راع في مال سيده ومسؤول عن رعيته

Bahawa 'Abdullah bin 'Umar berkata, aku mendengar Rasullullah bersabda yang bermaksud : Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang di bawah pimpinan kamu. Seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya, seseorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan kadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya- (Hadith Riwayat Bukhari)

Hadis ini menjelaskan, setiap daripada kita mempunyai tugas-tugas khas yang eksklusif menurut apa yang telah diberikan kepada kita seumpamanya jika kita dilantik sebagai ketua sesebuah jabatan, maka kita bertanggungjawab penuh dan akan diambil keterangan dan dipersoalkan ke atas kita terhadap mereka yang dibawah pimpinan kita. Kita tidak boleh melepaskan tanggungjawab ini dengan mengatakan "Saya dilantik sebagai ketua, tetapi tanggungjawab pengurusan ini adalah semuanya dibawah tanggungjawab kita semua, dan kita kena pikul bersama...", ini adalah ucapan yang benar tetapi digunakan secara batil dan tidak sah kerana hukumnya kita telah diberi tugas dan tanggungjawab itu maka hendaklah kita melakukannya dengan sebaik-baiknya tanpa melibatkan mereka yang tidak dibebani tugas tersebut.

Ini bukan bermaksud kita seorang sahaja yang berperanan, kerana peranan anggota dibawah kita pula adalah taat dan setia dengan arahan kita bukan turut serta kita bebani dengan tanggungjawab kita ke atasnya. Apabila kita dilantik sebagai ketua keselamatan, maka keselamatanlah yang menjadi agenda utama kita dan hendaklah kita jalankan sebaik-baiknya dan tidak meletakkan tanggungjawab ini dibahu orang lain dengan alasan kerjasama, kerana cukuplah apabila kita tidak melaksanakan tugas kita itu menandakan kita tidak berkerjsama.

Perhatikan, bertanggungjawablah dan jika tidak mampu katakan tidak mampu kerana tanggungjawab itu dibebankan mengikut kebolehan dan kemampuan kita jika diluar kemampuan kita, maka itu bermaksud kita menzalimi diri sendiri atau kita dizalimi.

Wassalamualaikum

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين