Bukan Orangnya Tapi Sikapnya
Seringkali kita salah memahami apabila kita membenci orang yang berbuat salah atau mengutuk orang yang melakukan suatu dosa itu bermaksud kita membenci atau mengutuk orangnya.Tidak ! Bukan itu maksudnya, yang kita benci adalah perbuatan salahnya, yang kita kutuk adalah perlakuan dosanya, sikapnya yang tidak selaras dengan tuntutan syariat. Bukan susuk tubuhnya dan bukan kerana dia sebagai manusia. Kesalahfahaman ini akan menimbulkan beberapa siri tindakan yang sewajarnya tidak kita lakukan terhadap mana-mana manusia. Seterusnya membuat kita tidak berlaku adil kepada manusia.
Jangan kerana sikapnya yang tidak baik dan suka membuat maksiat menyebabkan kita terhalang daripada menunaikan hak-haknya sebagai manusia. Ini kerana, susuk tubuhnya itu adalah ciptaan Allah Ta'ala sedangkan sikap atau perbuatan dosa adalah pilihannya samada pilihan itu dilakukan atas dasar ketidaktahuan dan atas dasar kekeliruan atau dalam keterpaksaan. Ini kerana fitrah manusia tidak menginginkan kejahatan, keburukan dan kemaksiatan. Maka dari situ timbullah konsep da'wah, menyeru manusia kepada kebaikan dengan ilmu, yakin dan hak.
Sedangkan ciptaan Allah Ta'ala tidak dapat kita ubah, maka jika kehendak biologinya memerlukan makanan atau minuman untuk menghilangkan lapar dan dahaga hendaklah kita tunaikan, kehendak fizikalnya yang memerlukan untuk terus melangsungkan kehidupan hendaklah kita sama-sama bantu. Kerana ini adalah fitrah kemanusia, tiada yang salah pada fitrah manusia. Yang salahnya apabila dia memilih sikap untuk berbuat maksiat, memilih untuk berbuat dosa dan kejahatan.
Kita membencinya bukan kerana kulitnya hitam, kita membencinya bukan kerana dia bermuka hodoh dan jelek, kita membencinya bukan kerana dia berbangsa lain tetapi kita membencinya kerana sikapnya. Jangan kerana sikapnya kita membenci keseluruhan yang berkaitan tentang dirinya, hinggakan sesetengah ucapan orang yang melampaui batas seperti kata-kata, "Kalau dia aku tak suka, seluruh keturunannya juga aku tidak suka"....begitulah ungkapan kalau dah benci keterlaluan. Sikap begini tidak rasional dan sepatutnya kita kena bezakan antara sikap dan orangnya.Hendaklah kita jauhi daripada bersikap sedemikian, yang kita cari adalah keredhaan Allah Ta'ala bukannya keredhaan manusia.
Seharusnya kita bersikap adil dalam hal ini,kena bezakan antara membenci sikap dan membenci orangnya. Janganlah kita pandang serong terhadap mereka yang bertungkus lumus mengajak manusia ke jalan yang diredhai oleh Allah Ta'ala. Kadang-kadang timbul dibenak kita, menganggap mereka ini cakap tak serupa bikin apabila mengutuk sesuatu perbuatan salah orang itu tiba-tiba boleh pulak berkawan, bermesra dan bercakap-cakap dengan orang yang sama. Seharusnya kita faham, "bukan orangnya tapi sikapnya". Jika kita berfikir sedemikian, bahawa mereka yang berbuat salah hendaklah kita jauhi dan pulaukan dia dan jangan memberi sebarang bantuan kepadanya, maka fikiran sedemikian akan melemahkan usaha da'wah dan kita telah berbuat tidak adil kepada manusia. Sedangkan perbuatan jahatnya atau sikapnya yang tidak baik boleh kita ubah dengan secara hikmah dan pengajaran yang baik dari dalam diri kita sendiri. Oleh itu fahamilah.....

Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?