Kenali Ulama: Imam Az-Zanji, Ahli Feqah Mekah & Guru Imam As-Syafie



Nama beliau ialah Muslim bin Khalid Al-Makhzumi Al-Makki, dikenali dikalangan ulama sebagai Imam Az-Zanji. Terdapat beberapa alasan yang diriwayatkan kenapa beliau digelar "Az-Zanji". "Az-Zanji" secara literal bermakna 'hitam' dan istilah ini telah digunakan dalam bahasa Arab moden merujuk kepada seseorang yang berbangsa negro. Abdullah ibn Ahmad ibn Hanbal bertanya Suwayd ibn Sa'id, "Mengapa beliau dipanggil 'Az-Zanji' ?" Beliau berkata, "Kerana beliau tersangatlah hitam!"
Al-Hafiz Ibnu Hajar juga menyebut beliau digelar Az-Zanji kerana beliau tersangat sukakan kurma. Seorang hamba perempuan pernah berkata kepadanya, "Engkau ini tidak lain melainkan Zanji kerana kesukaan engkau kepada buah kurma!' Lalu gelaran tersebut melekat pada dirinya.


Imam Az-Zanji amat terkenal di kalangan ahli feqah kerana menjadi guru pertama dalam ilmu fekah kepada Imam As-Syafie yang ketika itu berusia 15 atau 16 tahun. Imam Ibnu Katsir menulis dalam kitabnya Thabaqat As-Syafi'iyyin;


"Dalam pengajian ilmu fiqh, Imam As-Syafie belajar buat pertama kalinya dibawah ajaran Muslim ibn Khalid Az-Zanji di Mekah, sedangkan Az-Zanji mengambil pelajaran fiqh daripada Ibnu Juraij dan beliau juga mengambilnya daripada 'Ata ibn Abi Rabbah dan beliau mengaji dibawah ajaran Abdullah ibn Abbas dan Ibnu Zubair dan selainnya daripada kalangan sahabah…"


Ibn Hibban menyatakan dalam kitanya At-Thiqat,


"Beliau ialah ahli fiqh Hijaz, dan beliau mengajar Imam As-Syafie sebelum As-Syafie mengikuti pengajian Malik. Dalam keadaan tertentu (dalam Hadis), Muslim ibn Khalid juga akan berbuat kesilapan. Beliau wafat samada dalam tahun 179H atau 180H."


Ibn Sa'ad menyebut bahawa beliau wafat semasa kekhalifahan Harun Ar-Rashid.


Kedudukan Beliau Dalam Hadis


Dalam disiplin ilmu fiqh beliau adalah Imam di Hijaz dan juga di Mekah. Bagaimanapun, dalam disiplin ilmu hadis beliau dikritik oleh ramai ulama hadis. Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan dengan terang dalam kitabnya Taqrib, "Seorang ahli fiqh ! Saduq (jujur), ada banyak kelemahan (dalam periwayatan hadis)."


Dalam Talkhis Al-Habir, Ibnu Hajar menerangkan setelah meriwayatkan hadis berikut:



Uthman ibn Affan telah berkata: "Jangan kamu memaksa hamba perempuan mencari rezeki melainkan dia memiliki kemahiran. Jika kamu memaksa mereka melakukan hal demikian, dia akan mendapatkan rezeki dengan melacur. Jangan memaksa anak kecil mencari rezeki. Jika dia tidak mendapatkannya, dia akan mencuri. Ampunilah kerana Allah akan mengampuni kamu, dan berilah mereka makan dengan makanan yang baik." Ini diriwayatkan oleh Malik dalam Muwatto dan Imam As-Syafie daripada Imam Az-Zanji daripada Abu Suhail daripada ayahnya bahawa dia mendengar Usman berkata sedemikian. Al-Baihaqi berkata, 'Setengah ulama mengangkat riwayat ini sebagai datangnya Nabi Muhammad saw tetapi ianya tidak secara sahih dinyatakan daripada Nabi secara marfu'. Bagaimanapun dia meriwayatkannya dari jalan Muslim ibn Khalid daripada Al-Ala daripada ayahnya daripada Abu Hurairah secara marfu, dan Muslim telah menyatakan dhaif menurut setengah daripada mereka." (Jilid 5 m/s: 2596-2597 diterbitkan oleh Adwa'us Salaf dan diedit oleh Dr. Muhammad At-Thani)

Dalam syarah mereka atas Taqrib li Ibn Hajar, Syeikh Shu'aib Al-Arnauth dan B.A. Ma'ruf memberi komentar atas perkataan Al-Hafiz,


"Bahkan beliau lemah dan periwayatan yang menyokong harus dicari. Beliau dinyatakan lemah oleh Abu a'far An-Nufaili, Abu Daud, Ali bin Al-Madini, An-Nasai, Al-Bukhari yang telah mengatakan Mungkarul Hadis Dhahibul Hadis, Abu Hatim Ar-Razi, Abu Zur'ah Ar-Razi, Ibnu Numayr, Al-Bazzar, dan Ad-Dhahabi….dan terdapat penyataan yang sebaliknya daripada Ibn Ma'in dan Ad-Daraquthni, menyatakan beliau adalah thiqah pada suatu tempat dan lemha pada bahagian lainnya. Ibnu 'Adi menyatakan, " Baik dalam hadis dan aku berharap tiada apa yang membahayakan padanya." Ibn Sa'ad menyatakan, "Dia memiliki banyak hadis, dan banyak kritikan dan banyak kesilapan dalam periwayatan."

Imam Ad-Daruquthni berkata dalam kitab Sunannya,


"Muslim ibn Khalid adalah thiqah (boleh dipercayai), walaupun beliau ada kesilapan dalam hafalan, dalam hadis ini dia beliau membawa pelbagai jalan periwayatan (idtirab)."


Perihal perbezaan penyataan daripada Ibn Ma'in, lalu Ibn Al-Junaid menceritakan bahawa seorang lelaki bertanyakan Yahya Ibn Ma'in tentang Az-Zanji yang dikatakan thiqah dan dia berkata, "Beliau sebenarnya tidaklah benar kuat dalam hadis'. Lalu Ibn Al-Junaid mengatakan bahawa dia bertanyakan Ibn Main tentang beliau dan dia berkata kepadanya, "Tiada yang mudarat dalam periwayatannya.'
Ibn Ghllabi berkata, "Aku hanya melihat bahawa dia ditinggalkan dalam bidang hadis yang mana Ibn Ma'in berkata, "Tidak!


Ad-Dawri menceritakan dalam Tarikhnya bahawa Ibn Ma'in menyatakan Muslim ibn Khalid adalah thiqah. Al-Bazzar sebenarnya tidak menyatakan beliau tersangat dhaif sebagaimana dakwaan oleh Arnaut dan Ma'ruf. Apa yang dia katakan adalah,"Beliau bukanlah Hafiz dalam Hadis".


Apa yang boleh disimpulkan melalui kenyataan-kenyataan pakar-pakar dalam pengajian hadis, Az-Zanji ada kesalahan dalam hafalannya. Beliau adalah pakar rujukan yang amat baik dalam fiqh yang tidak menjadi lebih kuat dalam ilmu hafalan. Allah merahmati beliau dan menerangi kuburnya. Amin !

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين

Mengenal Kata Nama الأسم