Sebelum Membaca Al-Qur'an
Setibanya Ramadhan, ramai umat Islam mula memusatkan perhatian pada Al-Qur’an, mengadakan aktiviti pembacaan al-Quran samada bersendirian atau berkumpulan, saling memperdengarkan atau menyemak bacaan antara satu sama lain, mula memerhatikan akan maksud-maksud yang hendak disampaikan oleh Allah Ta’ala menerusi Al-Qur’an. Aktiviti sedemikian amat-amat dianjurkan oleh Islam , termasuk ibadah yang akan diberikan ganjaran oleh Allah Ta’la kepada yang mengamalkannya dengan kemurnian niat kerana Allah Ta’la dan mengikut sunnah Rasullullah saw.
Apatah lagi dibulan Ramadhan yang mulia ini, bulan yang diturunkan Al-Quran pada satu malam yang tiada padanya dibulan-bulan yang lain digandakan pahala amalan setiap orang. Samada mereka yang telah lama beristiqamah mengamalkannya, atau mereka yang timbul-tenggelam , atau mereka yang baru hendak bermula dan berazam melakukannya dikesempatan Ramadhan mengharapkan ganjaran pahala, hidayah dan rahmat Tuhannya, semua itu dinilai oleh Allah Ta’ala untuk diberi ganjaran tanpa mensia-siakannya walau sebesar zarah.
Melihat fenomena ini berlaku pada setiap kali Ramadhan, atas dasar nasihat beragama sebagaimana hadis Nabi kita Muhammad saw ialah nasihat berkaitan dengan kitab-Nya iaitu Al-Qur’an. Termasuk didalamnya ialah berkaitan dengan membaca Al-Qur’an. Perkara yang berkaitan dengan membaca Al-Qur’an adalah keadaan-keadaan yang dikehendaki atau peraturan-peraturan atau hukum-hukum bagi pembaca ketika sebelum, sedang dan setelah membaca Al-Qur’an. Pembacaan ini termasuk yang dibaca menerusi hafalan tanpa menyentuh Al-Qur’an, membaca dengan menyentuh Al-Quran dan membacanya diluar solat. Membaca Al-Qur’an ketika didalam solat mempunyai perbahasan yang tersendiri dan tidaklah cukup diruangan kecil sebegini untuk diperbahaskan. Insyallah akan dibahaskan secara khusus di masa lainnya.
Adab-adab membaca Al-Qur’an perlu diberi perhatian oleh kita semua baik ketika di bulan Ramadhan, atau dibulan- bulan lainnya, di dalam solat atau di luar solat kerana apa yang kita hadapi, yang kita baca bukanlah kitab karangan manusia, bukan karangan seorang nabi, bukan juga seorang ulama, tidak juga jin dan para malaikat bahkan ianya adalah percakapan Tuhan Rabbul ‘Alamin. Selari dengan apa yang kita imani bahawa Al-Qur’an itu bukan makhluk oleh itu sewajarnyalah kalam Allah Ta’ala ini diperlakukan selayak dengan sifat-Nya yang maha agung dalam keadaan yang amat sempurna.
Justeru itu, para ulama terdahulu dan kini telah memberikan panduan kepada yang hendak membaca Al-Qur’an agar meletak kedudukan Al-Qur’an itu dengan penghormatan yang selayaknya. Lalu dingatkan kepada kita supaya berhati-hati untuk memeliharanya serta memuliakannya dan berusaha untuk tetap menghormatinya.
Antara keadaan-keadaan yang perlu diperhatikan sebelum membaca Al-Qur’an:
1) Membersihkan Mulut.
Masyhur sunnahnya adalah dengan bersugi tetapi jika tiada kayu sugi, berus gigi sudah memadai kerana sudah mencapai maksud sunnah membersih mulut. Membersih mulut dengan memberus gigi luar dan dalam, kesemua hujung giginya termasuk sekitar dalam rongga pipi, gusi, lidah dan lelangit. Pastikan berus gigi hendaklah tidak terlalu lembut dan tidak terlalu kasar iaitu pilihlah jenis medium yang terdapat di pasaran. Jika mulut atau gusi berdarah basuhlah terlebih dahulu kerana hukumnya adalah makruh ketika membaca Al-Qur’an dalam keadaan sedemikian.
2) Mengambil Wudhu
Jika MEMBACA TANPA MENYENTUH AL-QUR’AN hendaklah berwudhu terlebih dahulu kerana ianya lebih afdhal dari berada dalam keadaan hadas kecil walaupun hukumnya dibolehkan membacanya ketika berhadas kecil. Bagi wanita yang beristihadhah hukumnya setelah dibersihkan darah istihadah adalah jatuh sebagaimana berhadas kecil iaitu boleh membaca Al-Qur’an dan afdhalnya berwudhu terlebih dahulu. HARAM MEMBACA Al-Qur’an ketika berhadas besar iaitu berjunub, haid dan nifas sehinggalah suci dan setelah mandi junub. Bagaimanapun mereka BOLEH melihat dan membaca dalam hati dan ayat-ayat yang berbentuk zikir seperti basmallah, tahlil, tahmid, takbir, tasbih tanpa berniat membaca Al-Qur’an. Jika tiada air boleh bertayammum kemudian membaca Al-Qur’an. Jika mereka berhadas kecil selepas bertayammum maka hukumnya jatuh seperti orang yang tidak berjunub dan berhaid dan nifas tetapi berhadas kecil iaitu haram bersolat tetapi dibolehkan membaca Al-Quran. Jika mereka mendapati air ketika itu maka wajib bersegera mandi junub dan jika tidak maka haram bagi mereka membaca Al-Qur’an ketika itu.
Jika MEMBACA MENYENTUH AL-QUR’AN maka jumhur ulama menghukumkan haram menyentuh Al-Qur’an dalam keadaan berhadas kecil tanpa berwudhu terlebih dahulu manakala ada segelintir daripada kalangan ulama membolehkannya. Ini adalah khilaf ulama bagaimanapun sebagai jalan keluar hendaklah kita sentiasa berada dalam keadaan berwudhu. HARAM membaca dan menyentuh Al-Qur’an ketika berhadas besar.
3) Mencari tempat yang bersih.
Digalakkan mencari tempat yang bersih suci dan baik keadaannya tidak hingar bingar mengganggu bacaan, bukan tempat pembuangan najis. Membaca Al-Qur’an ditempat-tempat sedemikian adalah makruh hukumnya. Boleh membaca Al-Qur’an ketika dalam perjalanan samada berjalan kaki atau berkenderaan dengan syarat seperti diatas dan tidak dalam keadaan mengantuk dan letih, kerana hukumnya makruh kerana ditakuti tersalah bacaan. Sebaik-baik tempat yang terjamin kebersihannya dan suasananya ialah di masjid.
4) Memilih Waktu
Secara asasnya tiada waktu yang dilarang atau waktu yang dimakruhkan membaca Al-Qur’an . Bagaimanapun jika hendak memilih waktu-waktu yang aula ialah diantara waktu maghrib dan isya’, waktu malam dan paling baik diwaktu akhir malam. Jika disiang hari waktu yang utama ialah sesudah solat subuh. Jika mahu memilih hari maka hari utama ialah hari Jumaat, hari Isnin, hari Khamis dan hari Arafah, sepuluh hari akhir Ramadhan, sepuluh hari awal Dzulhijjah. Jika memilih bulan maka yang utama di bulan Ramadhan.
5) Mengadap Kiblat
Digalakkan menghadap kiblat ketika membaca Al-Qur’an dengan penuh rendah diri dihadapannya terutama ketika bersendirian tetapi dibolehkan berdiri, berbaring atau berada di atas katil berbaring atau membentuk lingkaran berkumpulan apa-apa stail sekalipun dan perbuatan-perbuatan tersebut mendapat ganjaran pahala yang setimpal dari AllahTa’ala.
6) Memilih Qiraat
Hukumnya harus membaca Al-Qur’an dengan mana-mana qiraat yang disepakati ulama namun demikian sebagai jalan keluar hendaklah tetap dengan kebanyakan umat Islam hari ini dengan qiraat riwayat Hafs menurut jalan Syatibiyyah iaitu Al-Qur’an Rasm Uthmani.
7) Membaca Ta’awwudz
Disunatkan dengan galakkan membaca ta’awwudz menurut pendapat jumhur ulama ketika memulakan bacaan Al-Qur’an. Cara membacanya, jika bersendirian hendaklah dengan suara yang perlahan jika berkumpulan pembaca pertama hendaklah membacanya dengan nyaring dan giliran pembaca berikutnya hendaklah memperlahankan suara.
8) Membaca Basmallah
Membaca basmallah adalah sunat pada setiap awal surah, atau mana-mana bahagian ayat dalam Al-Qur’an melainkan pada surah At-Taubah dan wajib dibaca pada surah Al-Fatihah kerana basmallah adalah salah satu ayat Al-Fatihah. Hendaklah memerhatikan dengan baik hal ini ketika membaca surah-surah dalam Al-Qur’an kerana sesetengah ulama menghukum wajib setiap surah yang tertulis basmallah diawalnya, khilaf haram dan makruh pada awal surah At-Taubah dan makruh dengan sunat setelah awal surah.
Seutama-utama persediaan awal sebelum membaca Al-Qur’an ialah memasang niat hendak mencari keredhaan Allah Subhanahuwata’ala. Bersihkan niat dari tujuan-tujuan yang kotor seperti ingin meninggikan diri kepada rakan-rakan, mengharapkan puji-pujian dan mendapat tempat dan pengaruh di dalam masyarakat. Bagaimanapun janganlah kita terpedaya dengan tipudaya syaithan lantaran ingin menjaga niat lalu meninggalkan amalan membaca Al-Qur’an. Mungkin kata-kata masyhur daripada seorang ulama tasawwuf Al-Fudhail bin Iyadh ra boleh dijadikan pengajaran buat kita semua;
“Meninggalkan sesuatu amalan kerana takut orang lain melihatnya ialah tanda riak, dan amalan yang dibuat supaya dilihat orang itu adalah syirik”
Wallahu’alam

Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?