Pengantar Al-Fiqhul Manhaji (Bhg:2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Amma ba'd, rasanya lama dah terhenti sekejap posting Pelajaran Fiqh ini. Insyallah ! Saya sambung lagi dengan izin Allah Ta'ala:

Sumber-Sumber Fiqh Islami
Kami katakan sesungguhnya Fiqh Islami adalah himpunan hukum-hukum syariat yang berupa suruhan kepada hamba-Nya, dan himpunan hukum-hukum ini kembali kepada sumber-sumber yang empat:
  1. Al-Quran Al-Karim
  2. As-Sunnah
  3. Al-Ijma’
  4. Al-Qiyas

[Tidak dinafikan sememangnya terdapat sedikit perselisihan ulama ushul tentang perletakan al-Ijma dan al-qiyas sebagai sumber hukum syara’ . Saya tidak akan membicarakan perbahasan ulama dalam hal ini, cukuplah dinyatakan bahawa menurut Prof. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya “Al-Qur’an dan As-Sunnah Rujukan Tertinggi”, bahawa dalam kitabnya Ushul 20 al-Ustaz Hasan al-Bana tidak menyatakan Al-Ijma’ dan Al-Qiyas sebagai sumber rujukan tertinggi pada Ushul Kedua-nya kerana:

  1. Al-Ijma’ dan Al-Qiyas sudah termasuk dalam Al-Quran dan As-Sunnah dalam kaitannya dengan hukum-hukum masalah furu’iyyah yang praktikal, yang menjadi kajian ilmu fiqh.
  2. Al-Ijma’ dan Al-Qiyas ketetapannya didasarkan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Sehingga ketetapan yang dihasilkan olehnya bersandar kepada dua landasan tersebut dan tidak berdiri sendiri.
  3. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan dua sumber hokum yang definitif dan terjaga dari kesalahan dimana tidak boleh menentang kehujahan kedua buah sumber tersebut yang sudah tentu sangat berbeza dengan al-Ijma’ dan al-Qiyas.
Bagaimanapun kedudukan al-Ijma’ dan al-Qiyas sebagai sumber selepas al-Quran dan as-Sunnah adalah merupakan pendapat jumhur ulama. Ini bermaksud majoriti ulama meletakkan al-Ijma dan al-Qiyas sebagai sumber hukum syara’.- Rujukan (Al-Quran dan Assunnah Rujukan Tertinggi- Dr.Yusuf Al-Qardhawi) ( Ushul Fiqh – Haji Hasan Ahmad) dan (Syarah Ushul 20 Hasan Al-Banna- Muhammad Abdullah al-Khatib)]
Al-QuranAl-Karim:
Al-Quran adalah perkataan Allah Ta’ala diturunkan ke atas Nabi Muhammad saw bertujuan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya dan ia terhimpun dalam lembaran. Al-Quran adalah sumber dan rujukan bagi hukum-hukum fiqh Islami. Maka apabila dibentangkan masalah tertentu kita rujuk kepada kitab Allah ‘Azza wa Jal untuk dibahaskan di dalamnya tentang hukumnya. Jadi, apabila didapati ada ketetapannya kita mengambilnya dan jika tidak, kita rujuk selain daripadanya.
Apabila ditanya kepada kami tentang hukum arak, judi, memuliakan batu-batu dan bertenung nasib, kita rujuk dalam kitab Allah “azza wa Jal dan kita dapati perkataan Allah Ta’ala:
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
[المائدة:90]
Demikian Al-Quran Al-Karim itu menjadi sumber pertama hukum-hukum fiqh Islami. Akan tetapi ayat-ayat Al-Quran tidak menumpukan setiap semua bahagian-bahagian masalah itu dan menjelaskan setiap hukum-hukumnya dan mempunyai nas ke atas setiap masalah, sekiranya berlaku sebegitu pasti nya Al-Quran itu berganda-ganda dengan apa yang ada sekarang.
Sesungguhnya nas Al-Quran dalam perkara akidah bersifat terperinci, dan dalam perkara ibadat dan mualamat bersifat umum, dituliskan jalan-jalan yang umum bagi kehidupan insan dan dijadikan perinciannya itu pada sunnah Nabi saw. Seumpama suruhan Al-Quran untuk mengerjakan solat tetapi tidak dinyatakan bagaimana caranya dan tidak dihitung rakaatnya. Ini adalah kerana Al-Quran itu berhubungan dengan As-Sunnah untuk menjelaskan jalan-jalan bersifat umum itu dan perincian-perincian apa yang padanya daripada ringkasan masalah-masalah.
As-Sunnah Yang Mulia
As-Sunnah itu adalah setiap apa yang diambil daripada Nabi Muhammad saw daripada perkataan atau perbuatan atau perakuannya.
Kedudukan As-Sunnah
As-Sunnah berada ditangga kedua selepas Al-Quran dari mana padanya rujukan itu: Iaitu sesungguhnya kamu rujuk pertamanya kepada Al-Quran, dan jika tiada kami dapati padanya kita rujuk kepada As-Sunnah, maka sekiranya kita mendapatinya padanya kita beramal dengannya sebagaimana Al-Quran. Disyaratkan ianya sabit dari Rasul dengan sanad sahih.
Peranan As-Sunnah
Peranan As-Sunnah An-Nabawiyyah adalah sebagai menjelaskan dan menyampaikan apa yang datang daripada Al-Quranul Karim, kerana Al-Quran sebagaimana kami katakan- nas bagi solat dengan bentuk umum, maka datang As-Sunnah memerincikan bagaimana perkataan dan perbuatan solat. Sahihnya daripada Nabi saw:
:" صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُوني أُصَلَّي"( رواه البخاري:605).
Begitu juga as-sunnah mensyariatkan apa yang didiamkan oleh Al-Quran dan tidak dinyatakan hukumnya. Seperti, mengharamkan emas dan pakaian sutera bagi lelaki.
Kesimpulannya, sesungguhnya as-sunnah adalah sumber kedua selepas dari Al-Quran, mengamalkannya adalah wajib dan ianya penting untuk memahamkan dan mengamalkan Al-Quran.
Al-Ijmak
Ijma’ bermaksud kesepakatan ulama mujtahidin dari kalangan umat Nabi Muhammad saw dalam satu masa dari masa-masa tertentu ke atas hukum syari’e. Apabila telah bersepakat ulama-ulama ini – dalam masa sahabat atau selepasnya – atas satu hukum daripada hukum-hukum syari’at dan kesepakat an mereka ini secara keseluruhan dan beramal dengan apa yang telah mereka ijma’kan atasnya adalah wajib. Dalilnya, bahawa An-Nabiy saw telah memberitahu bahawa ulama dari kalangan orang-orang Islam tidak berhimpun atas kesesatan, apa yang telah disepakatinya adalah benar.
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya:
Daripada Abi Bashrah al-Ghaffari radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda
" سَأَلْتُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ لاَ يَجْمَعَ أُمَّتي عَلى ضَلالَةٍ فَأَعْطَانيها"
“Aku memohon Allah ‘Azza wa Jal agar umatku tidak berhimpun dalam kesesatan, maka Dia memberikannya kepada aku”
Kedudukan Al-Ijma’
Al-Ijma’ menempati martabat ke 3 sebagai tempat diambil rujukan, apabila tidak didapati hukum dalam Al-Quran, dan juga tiada dalam As-Sunnah,maka kami melihat adakah terdapat ulama muslimin melakukan ijma’ atasnya, maka jika didapatinya ada ijma’ atasnya, kami akan mengambilnya dan beramal dengannya.
Al-Qias
Al-Qias ialah diserupakan sesuatu masalah yang tiada dalam hukum syara’ dengan masalah lain yang ada nas hukumnya dengan menyamai keduanya pada ‘ilat. Al-Qias ini dirujuk apabila tidak didapati nas pada sesuatu hukum masalah daripada masalah-masalah yang dinyatakan dalam Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijma’.
Rukun Al-Qiyas ada empat:
  1. Asal yakni masalah yang ada dijelaskan dalam Al-Qur’an, As-Sunnah dan Al-Ijma’ yang dijadikan qiyasan atasnya.
  2. Far’un yakni masalah yang tiada dijelaskan dalam Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijma’ yang hendak diqiyaskan.
  3. Hukum Asal bagi masalah yang dijelaskan dalam Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijma’ yang dijadikan pendalilan atasnya.
  4. ‘Illat yakni sifat yang menjadi sebab kepada Hukum Asal bagi masalah Asal yang dihimpunkan bersama dengan ‘illat pada masalah Far’un.

Contoh Al-Qiyas:
Sesungguhnya Allah telah mengharamkan al-khamar dengan nas Al-Quran Al-Karim dan ‘illat (sifat yang menjadi sebab) dalam pengharamannya: Ianya memabukkan dan menghilangkan fungsi akal, apabila kami dapati minuman yang lain itu nama selain daripada al-khamar, dan kami mendapati minuman ini memabukkan kami hukumkan dengan mengharamkannya dengan qiyas atas al-khamar kerana ‘illat pengharaman – ianya memabukkan – yang terdapat pada minuman ini. Maka haramnya bersamaan dengan al-khamar.
Ini adalah sumber-sumber perundangan yang dirujuk kepadanya hukum-hukum al-fiqh al-Islamiy telah kami sebutkannya secara ringkas untuk diambil faedahnya, perinciannya terdapat pada kitab ushul fiqh Islami.
Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين