Kelebihan Surah Al-Baqarah

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta para pengikutnya dan para sahabat ra. Amma ba'd;

Didalam Musnad Ahmad, Sahih Muslim, at-Tarmidzi dan an-Nasa’I merakamkan bahawa Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad saw bersabda;

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا فَإِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ لَا يَدْخُلُهُ الشَّيْطَان

“Jangan menjadikan rumah kamu satu kubur. Sesungguhnya rumah yang didalamnya dibaca surah al-Baqarah tidak akan dimasukinya syaitan” Tarmidzi berkata, “Hasan Sahih”

Juga telah berkata, Abdullah bin Mas’ud, “Syaitan terbang lari dari rumah dimana surah al-Baqarah didengari”. Hadis ini dikumpulkan oleh an-Nasa’i dalam al-Yaumu wal Lailah, dan al-Hakim di dalam Mustadrak, dan mengatakan rantaian periwayatannya adalah sahih, walaupun tidak dikumpul dalam shahihain (Bukhari dan Muslim).

Dalam Musnadnya, ad-Darimi merakamkan bahawa Ibn Mas’ud berkata, “Syaitan meninggal pergi rumah dimana surah al-Baqarah diperdengarkan, dan sebaik sahaja dia pergi, dia melepaskan gas.” Ad-Darimi juga merakamkan bahawa ash-Sha’bi berkata bahawa Abdullah bin Mas’ud berkata, “Barangsiapa memperdengarkan 10 ayat dari surah al-Baqarah pada malam hari, setelah itu syaitan tidak akan memasuki rumahnya pada malam itu. Empat ayat permulaan, ayat ke 255 (ayat Kursi), dua ayat yang berikut (256-257) dan tiga ayat yang terakhir.”

Dalam riwayat yang lain, Ibnu Mas’ud berkata, “Kemudian syaitan tidak akan menghampirinya atau keluarganya, tidak pula dia akan disentuh oleh sesuatu yang tidak disukainya. Juga, jika Ayat ini diperdengarkan kepada orang yang tidak sedar, akan membangkitkannya.”

Seterusnya, Sahl bin Sa’d berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامًا، وَإِنَّ سَنَامَ الْقُرْآنِ الْبَقَرَةُ، وَإِنَّ مَنْ قَرَأَهَا فِي بَيْتِهِ لَيْلَةً لَمْ يَدْخُلْهُ الشَّيْطَانُ ثَلَاثَ لَيَالٍ، وَمَنْ قَرَأَهَا فِي بَيْتِهِ نَهَارًا لَمْ يَدْخُلْهُ الشَّيْطَانُ ثَلَاثَةَ أَيَّام

“Setiap sesuatu memiliki puncak, dan kemuncak al-Quran adalah al-Baqarah, sesungguhnya sesiapa membacanya di dalam rumahnya malam hari, kemudian syaitan tidak akan masuk ke rumah itu untuk tiga malam. Sesiapa yang membacanya pada siang hari di dalam rumahnya, kemudian syaitan tidak akan masuk rumah itu untuk tiga hari”.

Hadis ini dikumpul oleh Abu Qasim at-Tabarani, Abu Hatim Ibn Hibban dalam sahihnya dan Ibnu Marduwaih.

At-Tarmidzi, an-Nasa’I dan Ibnu Majah merakamkan bahawa Abu Hurairah berkata, “Rasulullah menghantar expedisi ketenteraan dianggotai ramai lelaki dan bertanya setiapnya tentang apa yang dihafal dari al-Quran. Nabi mendatangi kepada salah seorang lelaki yang termuda dari kalangan mereka dan bertanya dia, “Apakah yang engkau hafal, wahai orang muda?” Dia berkata, “Saya telah hafal ini dan itu surah dan juga al-Baqarah.” Nabi bersabda, “Engkau hafal surah al-Baqarah” Dia berkata, “Ya”. Nabi bersabda, “Demikian engkaulah komander”. Salah seorang dari lelaki yang mengetuai memberi komen, “Demi Allah ! Aku tidak mempelajari surah al-Baqarah, kerana takut bahawa aku tidak akan mampu melaksanakannya. Rasulullah saw bersabda,

تَعَلَّمُوا القُرْآنَ وَاقْرَءُوهُ، فَإِنَّ مَثَلَ الْقُرْآنِ لِمَنْ تَعَلَّمَهُ فَقَرَأَ وَقَامَ بِهِ كَمَثَلِ جِرَابٍ مَحْشُوَ مِسْكًا يَفُوحُ رِيحُهُ فِي كُلِّ مَكَانٍ، وَمَثَلُ مَنْ تَعَلَّمَهُ فَيَرْقُدُ وَهُوَ فِي جَوْفِهِ كَمَثَلِ جِرَابٍ أُوكِيَ عَلى مِسْك

“Mempelajari al-Quran dan membacanya, maka sesungguhnya perumpamaan al-Quran sesiapa yang mempelajarinya, membacanya dan melaksanakannya, adalah seumpama bagasi yang dipenuhi dengan wangian yang baunya memenuhi ruang pada setiap tempat. Perumpamaan sesiapa yang mempelajari al-Quran dan kemudian tidur sementara al-Quran itu didalam hafalannya, adalah seumpama bagasi yang ada wangian tetapi tertutup rapat.”

Ini adalah perkataan yang dikumpulkan oleh at-Tarmidzi, yang mengatakan hadis in Hasan. Dalam riwayat lainnya, at-Tarmidzi merakamkan hadis yang sama ini dalam keadaan mursal, wallahu’alam.

Juga, al-Bukhari merakamkan bahawa Usaid bin Hudair berkata bahawa dia pernah suatu ketika membaca surah al-Baqarah sementara kudanya diikat berhampiran dengannya. Kuda itu mula berbunyi. Apabila Usaid berhenti membaca, kuda itu berhenti. Apabila dia kembali membaca, kuda itu mula bergerak kembali. Sementara itu, anaknya Yahya dekat dengan kuda, dan dia takut jika kuda itu mungkin memijak atasnya. Apabila dia mengalihkan anaknya kembali, dia melihat ke langit dan menyaksikan awan menyinari dengan cahaya yang kelihatan seperti lampu. Pada paginya, dia pergi kepada Nabi saw dan memberitahunya apa yang telah berlaku dan kemudian berkata, “Wahai Rasulullah saw! Anakku Yahya ketika berada dekat dengan kuda itu dan saya takut yang ia mungkin akan memijak atasnya. Apabila saya mendatanginya dan mendongak ke atas langit, saya menyaksikan awan dengan cahaya seperti lampu. Jadi saya pergi, tetapi tidak dapat melihatnya.” Nabi saw bersabda, “Tahukah engkau apakah itu sebenarnya” Dia berkata, “Tidak” Nabi saw bersabda,

تِلْكَ الْمَلَائِكَةُ دَنَتْ لِصَوْتِكَ وَلَو قَرَأْتَ لَأَصْبَحْتَ يَنْظُرُ النَّاسُ إِلَيْهَا، لَا تَتَوارَى مِنْهُم
“Itu adalah malaikat-malaikat, mereka datang mendekati mendengari suara engkau, dan jika engkau tetap membaca, orang itu akan bisa melihat malaikat-malaikat apabila subuh menjelang, dan malaikat-malaikat itu tiada terlindung dari mata mereka.”

Riwayat ini dikhabarkan oleh Imam Abu Ubaid Al-Qasim bin Salam dalam bukunya Fadha’il Quran.

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين