Pengenalan Surah al-Jin


Dinamakan surah al-Jin kerana didalamnya disebut sifat-sifat jin, hal ehwal mereka dan  kumpulan-kumpulan mereka. Begitu juga dipanggil surah قل أوحي إلي (qul uuhiya ilayya).

Diturunkan di Mekah selepas surah al-'Araaf. Dalam kategori surah al-mufashhal iaitu bahagian al-Quran yang banyak pemisahan antara surah-surah. Terdapat sebanyak 28 ayat dan dari tertib surah yang ke 72, pada juzu ke 29, hizb ke 58 dan Rubu' ke 5.

Kandungan surah  tentang ushul aqidah iaitu ke-Esaan Allah, pengutusan Rasul, hari kebangkitan dan juga pembalasan. Berkisar tentang jin serta yang berkaitan dengannya secara khusus. Bermula dengan jin mendengarkan al-Qur'an kemudiannya mereka beriman. Surah ini mengambil sebahagian dari berita-berita yang menakjubkan seperti jin mengintip mendengar berita langit, dilontar panahan berapi, menzahirkan sebahagian rahsia-rahsia ghaib mereka hinggalah selain dari itu dari khabar-khabar jejak mereka.

Surah ini diturunkan disebabkan suatu ketika sedang Nabi saw dan sahabat berangkat ke pasar Ukaz pada masa itu syaitan-syaitan terhalang dari berita langit, mereka dilontar dengan panah lalu mereka pulang ke pangkuan kaum mereka dan bertanya puncanya. Mereka merasakan ada sesuatu yang berlaku lalu bertebaranlah mereka di timur dan barat mencari apa yang menjadi punca terhalangnya mereka dari berita langit. Segolongan dari mereka bergerak ke Tihamah dan ketika itu Nabi saw dan sekumpulan sahabat berada diantara lembah menuju ke pasar Ukaz sedang mengerjakan solat fajar mereka terdengarkan bacaan al-Quran Nabi saw lantas mereka mengatakan inilah yang menjadi puncanya terhalang mereka dari berita dari langit. Lalu mereka kembvali kepada kaum mereka dan mengatakan "sesungguhnya kami mendengarkan suatu bacaan yang menakjubkan lalu kami beriman dengannya dan tidak kami sesekali  mempersekutukan Tuhan kami dengan seorangpun". Allah Ta'ala lalu menurunkan wahyu tentang perbicaraan kaum jin ini kepada Nabi saw.

Wallahu'alam bisshowwab


Comments

Post a Comment

Pandangan Anda ?

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين