Yang Benar Itu Hanya Satu, Yang Batil Itu Banyak

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Firman Allah Ta'ala:


اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan . Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” – Al-Baqarah:257

Allah Ta’ala menyebut bahawa Dia memberi petunjuk ke jalan selamat kepada orang yang mengikuti jalan yang diredhai-Nya . Demikian Dia mengeluarkan hamba-hamba-Nya yang beriman dari kegelapan, kekufuran dan keraguan menuju kepada cahaya yang hak yang jelas lagi terang, mudah, bersinar. Manakala orang-orang kafir penolong mereka adalah syaithan. Syaithanlah yang menghiasi mereka dengan kebodohan dan kesesatan. Syaithan mengeluarkan mereka dan menyesatkan mereka daripada perkara yang hak kepada kekufuran dan kebohongan.

Lafaz “ٱلنُّور” diungkapkan oleh Allah Ta’ala dalam bentuk bilangan tunggal, sedangkan lafaz “ٱلظُّلُمَاتِ” (lawan bagi lafaz ٱلنُّور) diungkapkan oleh Allah Ta’ala dalam bentuk bilangan ganda (banyak). Maksudnya, perkara yang hak itu hanyalah satu, sedangkan perkara keingkaran itu banyak ragamnya, semua adalah bathil. Ini disokong oleh ayat lainnya;


وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيماً فَٱتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan bahwa adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan , karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.” – Al-An’am:153

.....وَجَعَلَ ٱلظُّلُمَٰتِ وَٱلنُّورَ......

“Dan Dia menjadikan kegelapan dan terang” – Al-An’am:1

عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ عِزِينَ
Daripada kanan dan daripada kiri dengan berkumpulan” – Al-Ma’arij:37

Juga ayat lain yang lafaznya membawa maksud kebenaran itu satu dan kebatilan itu bertebaran; dan juga bahawa yang hak itu satu, sedangkan yang batil itu banyak jenisnya.

Ibnu Abi Hatim berkata, ayah aku memberitahu kami, bahawa Ali Ibnu Maisarah telah mengkhabarkan kepada kami , bahawa Abdul Azizi ibnu Abu Usman telah mengkhabarkan kepada kami, bahawa daripada Musa Ibnu Ubaidah, daripada Ayyub bin Khalid yang mengatakan bahawa kelak seluruh umat manusia akan dibangkitkan. Maka barangsiapa yang suka keimanan, maka wajahnya tampak putih bersinar, sedangkan orang yang suka kekufuran maka wajahnya nampak hitam lagi gelap. Lalu beliau membacakan firman-Nya tersebut :

اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ - البقرة:257
(Tafsir Ibnu Katsir)

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين