Sekilas Isteri-Isteri Nabi SAW
Assalamualaikum;
Alhamdulillah, segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarganya dan juga para sahabat baginda.
Allah tidak melantik seorang utusan-Nya untuk manusia dari kalangan malaikat dan jin kerana antara tujuan perutusan Rasul adalah membimbing manusia melalui suri tauladan, bagaimana malaikat dan jin dapat melakukan perkara seumpama itu sedangkan fizikal dan kejadian serta keperluan mereka amat berbeza dari manusia.
Kehidupan Rasulullah saw tidak lebih biasa daripada kita dari segi keperluan fizikal seperti makan minum, berpakaian, berumahtangga, dan segalanya yang berkaitan dengan keinginan seorang manusia. Ini adalah kisah rumahtangga Nabi Muhammad SAW, yang boleh kita mengambil pelajaran daripadanya, cuma jangan nikah lebih dari 4...ye !
1) Siti Khadijah binti Khuwailid – Ummul Mukminin
“Allah tidak memberi kepadaku pengganti isteri yang lebih baik dari dia (Khadijah ra). Dia beriman kepadaku dikala semua orang mengingkari kenabianku. Dia membenarkan kenabianku di kala semua orang mendustakan diriku. Dia menyantuni diriku dengan hartanya di kala semua orang tidak mahu menolongku. Melalui dia Allah menganugerahi anak kepadaku, tidak dari isteri yang lain” - (Ibnu Abdil Barr:Al-Isti’ab)
2) Saudah binti Zam’ah ra – Janda Muhajir
“Demi Allah, aku sama sekali tidak ingin bersuami lebih dari satu kali, akan tetapi aku ingin agar pada hari kiamat kelak Allah akan menghidupkan aku kembali sebagai isteri anda.” – Saudah binti Zam’ah (Al-Ishabah)
3) Aisyah binti Abu Bakar ra – Isteri Tersayang
“Anakku, tak usah engkau risaukan urursan itu. Demi Allah, tidak sedikit isteri cantik yang disayangi suaminya, dan mempunyai beberapa orang madu, ia tentu banyak dibicarakan mereka.” – Ummi Ruman dari Hadisul Ifk Sahih Bukhari dan Sahih Muslim
4) Hafshah binti Umar ra – Penyimpan Mushaf
“..Hai anakku, jangan engkau iri hati kepada perempuan yang berbangga kerana kecantikannya dan kerana kecintaan Rasulullah saw kepadanya ! Demi Allah, engkau tentu tahu bahwa Rasulullah tidak mencintaimu, dan kalau bukan kerana aku engkau tentu sudah dicerai.” – Umar Al-Khattab (Sahih Bukhari dan Muslim)
5) Zainab Binti Khuzaimah – Ummul Masakin
“Ia diberi gelaran ummul masakin kerana kasih sayangnya kepada kaum fakir miskin” – Ibnu Ishaq dalam As-Sirah Nabawiyah
6) Ummi Salamah ra – Binti Zadir Rakb
“ Ketika Rasulullah saw nikah dengan Ummi Salamah, aku sangat sedih kerana banyak orang menyebut kecantikan parasnya.Aku bersikap baik-baik agar dapat melihatnya sendiri, dan ternyata dia jauh lebih cantik daripada apa yang dikatakan orang” – Aisyah binti Abu Bakar “Thabaqat Ibnu Sa’ad”.
7) Zainab binti Jahsy –Wali Nikahnya Paling Muda
“Ya Rasulullah, aku tidak seperti isteri-isteri anda yang lain. Masing-masing mereka dinikahkan oleh ayahnya, oleh saudaranya, atau oleh keluarganya..aku lain.. Allah menikahkan anda denganku dari langit!” - Zainab binti Jahsy (al-Ishabah)
Nama beliau sebenar adalah Barrah binti Jahsy bin Riab bin Ya’mar Al-Asadiy, kemudian diberi nama Zainab oleh Rasulullah saw. Zainab seorang wanita muda berparas cantik dan berdarah bangsawan. Ibunya ialah Umaimah binti Abdul Muttholib bin Hasyim, jelas nyata Zainab ra mempunyai talian darah dengan Rasulullah saw, iaitu saudara sepupu sebelah ibunya.
Rasulullah saw mengaturkan pernikahan Zaid bin Haritsah (budak pelayan Rasulullah saw yang dimerdekakan Rasulullah saw dan dijadikan anak angkat baginda saw) dengan Zainab tetapi ditolak oleh Zainab atas alasan tidak sekufu dari segi kedudukan dan keturunan, Zainab keturunan bangsawan Arab, sedangkan Zaid adalah bekas seorang budak pelayan. Rasulullah saw tidak dapat memaksa Zainab, akhirnya turun ayat 36 dari surah al-Ahzab yang menjelaskan sebagai seorang yang beriman mereka harus menerima pilihan Allah dan Rasul-Nya. Zainab mengubah pendiriannya kerana didorong keimanan yang kuat mengikut apa yang telah diputuskan Allah dan Rasul-Nya, dan menyedari bahawa yang membezakan antara manusia adalah ketakwaan bukan darah keturunan.
Namun demikian mereka berdua tetap merasa ketidakserasian antara satu sama lain selama bergelar suami dan isteri, akhirnya setelah beberapa kali cuba mempertahankan keutuhan rumahtangga mereka , mereka mengadakan perceraian. Ternyata akhirnya, lelaki mana yang mampu bertahan dengan sikap seorang isteri yang merasa lebih baik dari suaminya, akhirnya terjadilah penceraian Zainab dan Zaid.
Setelah berlakunya perceraian yang tidak dapat lagi dielakkan itu, lalu turun ayat 4: Surah al-Ahzab yang membawa hukum zhihar dan tabanni (anak angkat). Hakikatnya selama ini Allah swt merancang agar Rasulullah saw menjadi orang yang pertama memecah tradisi jahiliah yang sudah berakar umbi tentang zhihar dan tabanni. Maka disusuli dengan turunnya ayat 37:Surah Al-Ahzab agar Rasulullah saw melaksanakan perkara tersebut namun didalam hati baginda tetap merasa takut akan berhadapan dengan masyarakat. Rasulullah saw tetap melaksanakan perintah Allah Ta’ala agar menjadi ikutan bagi umatnya.
Ketika diadakan walimah pernikahan tersebut, berlakulah satu peristiwa yang tidak menyenangkan baginda saw apabila ada dua pemuda yang masih belum beredar walaupun walimah telah berakhir. Peristiwa ini adalah sebab turunnya ayat hijab, iaitu surah Al-Ahzab:53.
Bermulanya kehidupan Zainab ditengah-tengah keluarga Rasulullah saw, kehadiran beliau juga disambut dengan perasaan cemburu oleh isteri-isteri lainnya, apatah lagi Aisyah ra yang kuat cemburunya. Zainab adalah diantara isteri yang paling disayanginya selepas Aisyah ra.Ini membuatkan Zainab menjadi madu yang paling kuat saingannya. Walaupun demikian, Zainab seorang tekun beribadah dan seorang yang gemar berbuat kebajikan lebih dari kadarnya. Beliau seorang yang jujur, solehah, banyak berpuasa, rajin berkarya dan menginfakkan pendapatannya kepada kaum fakirmiskin. Beliau adalah isteri Nabi saw yang membela Aisyah ra ketika terjadinya cerita bohong yang mencemar kehormatan dan kesuciannya. Ini diakui sendiri oleh Aisyah ra dalam Sirah Ibnu Hisham, dan riwayat az-Zuhri dalam Sahih Bukhari dan Muslim.
Zainab ra merupakan ummul mukminin yang pertama menyusul wafat setelah kewafatan Rasulullah saw pada 21 Hijrah.
8) Juwairiyah binti Al-Harits ra – Puteri Pemimpin Bani Musthaliq
“Pada waktu Rasulullah saw membagi tawanan perang wanita bani Musthaliq, Juwairiyah binti Al-Harits jatuh ke tangan Tsabit bin Qais, atau saudara sepupunya. Wanita itu kemudian berusaha keras hendak menebus dirinya. Dia seorang wanita berwajah manis dan elok. Tiap pria yang melihatnya pasti tertarik. Dia datang menghadap Rasulullah Saw minta pertolongan mengenai upaya penebusan dirinya. Demi Allah, begitu saya melihatnya berdiri di depan pintu kediamanku, seketika itu juga saya merasa tidak senang kepadanya. Sebab saya mengerti, apa yang saya lihat pada wanita itu akan dilihat juga oleh Rasulullah saw” – Ummul Mukminin Aisyayh Ibnu Ishaq dalam Sirah Nabawiyah.
9) Shafiyah binti Huyaiy - Wanita Bani Nadhir
Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Jawablah: Suamiku Muhammad, ayahku Harun dan pamanku Musa!”
Shafiyah binti Huyaiy adalah wanita Yahudi dari Bani Nadhir, tawanan Perang Khaibar, berusia 17 tetapi sudah nikah sebanyak 2 kali, suaminya yang ke 2 adalah pemimpin perang di benteng “Qumush” di Khaibar. Oleh kerana berdarah Yahudi, selepas Rasulullah SAW menikahi beliau, bagi mengelakkan keributan isteri-isteri yang lain, Shafiyah ditempatkan di sementara di rumah sahabat, Haritsah bin Nu’man.
Dalam membela Shafiyah, Rasulullah pernah menjauhi Zainab binti Jahsy selama 3 bulan; kisahnya ketika Zainab dan Shafiyah menyertai Rasulullah SAW dalam perjalanan jauh. Unta Shafiyah agak cacat dan lemah sedangkan Zainab untanya bagus dan kuat. Lalu Rasulullah bertanya kepada Zainab kenapa beliau tidak memberikan Shafiyah unta yang lebih baik, lalu Zainab menjawab selamba: “Apa ? Aku harus memberi kepada perempuan Yahudi itu ?!” Rasulullah saw marah dengan jawapan yang kasar tersebut, dan mendiamkan diri hingga tidak mahu mendekati Zainab lagi selama 3 bulan (Hadis Aisyah ra, Ibnu Sa’ad dalam at-Thabaqat dan Ibnu Hajar dalam al-Ishabah).
Bahkan saat-saat Rasululllah jatuh sakit yang membawa kewafatan baginda saw, Shafiyah tetap menjadi bahan cemuhan isteri-isteri baginda, namun masih dapat pembelaan dari Rasulullah saw ketika itu hinggalah Rasulullah saw wafat. Shafiyah binti Huyaiy ra mangkat pada 50H semasa kemantapan pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan ra.
10) Ummi Habibah – Anak Perempuan Abu Sufyan
“Abu Sufyan meninggalkan Mekah berangkat ke Madinah. Di sana ia singgah dirumah anak perempuannya, Ummi Habibah (isteri Rasulullah SAW). Ketika dia hendak duduk di atas tikar Rasulullah, tikar itu segera dilipat oleh Ummi Habibah. Dia bertanya: “Anakku, aku tidak mengerti apakah kau tidak suka aku duduk di atas tikar itu, atau kau tidak suka kepadaku? Jawab Ummi Habibah: Ini tikar Rasulullah saw, sdangkan ayah seorang musyrik, kerana itru aku tidak senang ayah duduk di atasnya.”
Ummi Habibah, nama sebenarnya Ramlah binti Sakhr bin Harb bin Umayyah, Sakhr adalah nama sebenar bagi Abu Sufyan iaitu kepala musyrikin yang kuat menentang dakwah Rasulullah saw di Mekah. Kisah yang masyhur adalah mengenai kedudukannya sebagai anak kepada Abu Sufyan bin Harb seorang musyrikin sedangkan beliau muslimah dan isterinya Rasulullah SAW. Beliau memeluk Islam bersama suaminya Ubaidullah bin Jahsy (saudara Zainab binti Jahsy ra) dan berhijrah ke Habsyah . Ubaidullah telah berpisah dengan Ummi Habibah di Madinah kerana murtad menjadi penganut Nasrani. Ummu Habibah dinikahi Rasulullah saw melalui perutusan surat kepada Raja Najasyi agar meminang beliau dan melantik seorang wali dari pihak beliau. Beliau dinikahkah oleh Khalid bin Sa’id bin Al-‘Ash yang turut dihadiri Ja’afar bin Abi Thalib.
Dalam menghadapi madu-madu beliau, Ummu Habibah seorang yang suka mandiri, tidak suka dirinya di atur oleh orang lain, ini bertentangan dengan sikap Aisyah ra yang suka memutuskan semua perkara mengikut kehendaknya dalam urusan rumahtangga. Lebih sulit lagi apabila ayahnya seorang ketua kafir musyrikin di Mekah, ini melemahkan beliau dalam menghadapi madunya. Bagaimanapun setelah peristiwa Fathul Makkah, islamnya Abu Sufyan telah member kekuatan kepada Ummu Habibah dalam menghadapi madunya terutama Aisyah, beliau bersikpa tegas dan tidak segan-segan dan takut untuk menegur , menasihati dan membantah Aisyah ra jika apa yang dibuat atau diucapakn oleh Aisyah itu tidak layak sebagai seorang Ummul Mukminin.
11) Mariyah Al-Qibthiyah - Ummi Ibrahim
“Hendaklah kalian berlaku baik-baik terhadap orang Qibth, sebab mereka itu berhak atas jaminan dan kekerabatan.” Hadis riwayat Muslim
Mariyah binti Syam’un, berbangsa Qibthi, ibunya berdarah Rom dan beragama Kristian ketika usia remaja beliau menjadi penghuni istana Mesir bersama dengan adiknya bernama Sirin. Mesir ketika itu dibawah kekuasaan Byzantium, diperintah oleh Raja Muqauqis. Mariyah berbeza dengan para isteri Nabi saw yang lain, beliau merupakan sariyah Rasulullah saw,iaitu isteri yang sah dari segi syara’ tetapi berstatus hamba sahaya kerana beliau merupakan wanita pemberian atau hadiah dari Raja Muqauqis. Status in menyebabkan beliau tidak digelar sebagai “Ummul Mukminin”, bagaimanapun Mariyah lebih beruntung daripada isteri-isteri Nabi saw yang lain kerana beliau melahirkan putera Nabi saw bernama Ibrahim. Hal ini menjadi punca kecemburuan yang amat mendalam dihati para isteri yang lain, terutamanya ialah Aisyah.
Untuk menghindarkan suasana sedemikan, Rasulullah saw memindahkan Mariyah ke pinggir kota Madinah hinggalah Mariyah melahirkan Ibrahim. Ibrahim menjadi kebanggaan Rasulullah saw ketika itu kerana setelah lebih 20 tahun dari kelahiran Fatimah As-Zahra dan beliau saw beumur 60 tahun, baru kali ini seorang isteri beliau melahirkan anak bahkan seorang putera . Api cemburu membara itu tidak dapat lagi dikawal oleh Aisyah apabila diketahui dari Hafshah tentang Nabi saw berduaan dengan Mariyah terlalu lama. Inilah peristiwa yang menjadi sebab turunnya Surah at-Tahrim 1-5, sebagaimana yang disinggung dalam kisah Hafshah.
Dalam pada itu Mariyah juga tidak terlepas dari fitnah penduduk di Madinah yang mengatakan beliau berbuat serong bersama dengan budak Mesir bernama Mabur yang dating bersama beliau. Maburlah budak yang melayan segala keperluan Mariyah. Akhirnya kebenaran tertegak apabila Ali ra diarahkan oleh Rasulullah saw pergi menyiasat hal itu dan mendapati Mabur adalah budak yang dikasi. Kisah ini ada dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tsabit al-Bunaniy seperti terdapat dalam Sahih Muslim.
Namun, putera Ibrahim hanya hidup selama 1 tahun lebih setelah menderita sakit. Ibrahim wafat dipangkuan Rasulullah saw, saat-saat yang amat sedih bagi Rasulullah hinggakan baginda saw mengalirkan air mata. Ibrahim dikebumikan di perkuburan Baqi, selepas dari pengebumian Ibrahim, berlakulah gerhana matahari. Penduduk Madinah mengaitkannya dengan kewafatan Ibrahim. Apabila Rasulullah saw mendengarkan hal itu maka baginda meluruskan pemikiran tahyul sebegini dengan mengatakan matahari dan bulan itu tanda kekuasaan Allah Ta’al tiada, gerhana yang berlaku tiada kaitannya dengan mati atau hidupnya seseorang.
Setahun kemudian iaitu tahun ke -11 Hijrah, Rasulullah saw wafat. Setelah lima tahun kewafatan Rasulullah saw kemudian Mariyah al-Qibthiyah ra pula wafat pada tahun 16 Hijrah.
12) Maimunah Binti al-Harits - Ummul Mukminin Terakhir
“Maimunah telah pergi….Demi Allah, dia termasuk orang yang paling bertakwa diantara kami dan orang yang paling menjaga hubungan silaturrahi.” – Aisyah binti Abu Bakar (al-Ishabah VIII/192)
Nama sebenar ialah Barrah binti Al-Harits bin Hazn bin Bujair al-Amiriyah al-Hilaliyah. Beliau merupakan ipar kepada Ibnu Abbas, isteri Ibnu Abbas bernama Lubabah binti Al-Harits. Beliau adalah ibu saudara kepada Abdullah bin Abbas. Barrah adalah seorang janda berusia 25 tahun yang ditinggal mati oleh suaminya bernama Abu Rahim bin Abdul Uzza Al-AmiriyMaimunah adalah nama yang diberi oleh Rasulullah saw kepada beliau yang bermaksud “wanita yang dikurniakan keuntungan”.
Pernikahan Rasulullah saw berlaku semasa menunaikan Umratul Qadha, tahun ke 7 Hijriyah. Umrah tersebut berlaku atas persetujuan Rasulullah saw dan kaum musyrikin Quraisy didalam Perjanjian Hudaibiyah, yang menetapkan kaum Muslim hanya boleh berada di Mekah selama 3 hari sahaja. Barrah menyatakan hasrat keinginannya untuk bernikah dengan Rasulullah saw kepada kakaknya Lubabah, lalu disampaikan kepada suaminya Ibnu Abbas, bapa saudara Rasulullah saw. Ibnu Abbas mengajukan keinginan Barrah kepada Rasulullah saw, dan Rasulullah saw bersetuju dengan maskahwin 400 dirham. Sesetengah riwayat mengatakan Barrah secara langsung menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah saw, dan turunnya ayat 50 dari surah al-Ahzab berkenaan hal tersebut..
Masa 3 hari adalah tidak mencukupi untukmenyempurnakan majlis pernikahan tersebut, namun Rasulullah saw berpegang kepada janji lalu meninggalkan Mekah bersama kaum muslimin, kemudian Barrah segera menyusul dihantar oleh budak pelayan Ibnu Abbas dan mereka bertemu di pinggiran kota Mekah tempat bernama Sirf tempat berhenti rehat Rasulullah sebelum menyambung perjalanan ke Madinah.
Kehadiran Maimunah ra juga tidak terlepas dari perasaan cemburu dari isteri-isteri beliau, terutamanya Aisyah dan Mariyah al-Qibtiyah, namun hal tersebut dapat dikawal oleh Maimunah ra dengan menahan dirinya sendiri daripada sebarang perbuatan yang menjengkelkan. Oleh yang demikian, tiada permusuhan yang tajam antara para isteri beliau sekadar cemburu-mencemburui itu yang sudah menjadi fitrah wanita.
Maimunah ra wafat pada tahun 51 Hijrah dan dikebumikan di Sirf, tempat yang menjadi kenangan baginya bersama Rasulullah atas wasiat yang dibuat oleh beliau sendiri. Maimunah ra juga sumber hadis didalam As-Shihahus Sittah sebanyak 46 buah.
Demikianlah sekilas tentang isteri-isteri Rasulullah SAW, Ummahatul Mukminin, seramai 12 orang yang diredhai Allah.
Wallahualam

Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?