Kenali Ulama: Imam Abu Hanifah, 80-150 Hijrah
Imam Abu Hanifah,nama sebenarnya Nu’man bin Thabit, di Kufah, Selatan Iraq pada tahun 80 Hijrah bersamaan 700 Masihi pada masa kekhalifahan Abdul Malik bin Marwan (Bani Umayyah). Imam Abu Hanifah datang daripada keluarga pedagang pakaian. Imam Abu Hanifah membesar sebagai seorang pemuda yang kuat beragama, dan dia menghafal Al-Quran ketika masih muda lagi. Dia juga mempelajari hadis agar dia mengetahui bagaimana menguruskan kehidupan dan perniagaannya mengikut panduan Islam kerana dia pasti bahawa dia bakal meneruskan perniagaan keluarganya yang sekian lama mendatangkan rezeki untuk keluarganya.
Kecerdasannya mulai kelihatan jelas ketika usia mudanya. Dimasa mudanya dia terlibat dalam perdebatan dengan penganut pelbagai kepercayaan dan falsafah, dia hanya bergantung atas bakat yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya. Aktiviti ini melatihnya dengan baik dalam upayanya menuntut ilmu agama dikemudian hari nanti. Pengembaraan ilmunya bermula atas nasihat Amir Al-Shaa’bi (Amir bin Syarahil), salah seorang ulama fiqh yang terkemuka daripada kalangan tabiin yang mengatakan kepadanya, “Engkau sepatutnya mencari ilmu dan menghadiri majlis ulama. Aku dapat melihat dalam dirimu seorang pemuda yang cergas fikirannya dan memiliki pemahaman yang mendalam”
Oleh kerana berdebat adalah hobinya, kini dia mula menumpukan perhatian dalam akidah, mempelajarinya secara mendalam. Kemudiannya dia sering keluar ke pusat pengajian lain di Basrah, di mana dia terlibat dalam banyak perdebatan dengan kelompok yang berbeza. Tetapi kemudian dia merasakan bahawa perdebatan seperti itu sebahagian besarnya membuang masa dan tidak membawa manafaat kepada sesiapapun. Jadi dia beralih kepada pengajian fiqh atau hukum Islam.
Kufah adalah merupakan sebuah bandar dimana pelbagai aliran pengetahuan bertemu. Imam Abu Hanifah berhasrat untuk mencapai kefahaman mendalam tentang 4 kaedah pengajian fiqh iaitu:
1) Fiqh Umar berdasarkan masalih mursalah
2) Fiqh Ali berdasarkan penggalian dan kefahaman mendalam perundangan Islam.
3) Fiqh Abdullah bin Mas’ud berdasarkan Qias
4) Fiqh Ibn Abbas menerusi ilmu-ilmu Al-Qur’an
Dia telah mempelajari daripada pelbagai ulama, tetapi dia mempunyai seorang guru yang diberi tumpuan iaitu Hammad bin Abi Sulaiman, ulama yang tiada tandingan yang belajar di bawah Al-Shaabi dan Ibrahim An-Nakhaie, dua ulama fiqh daripada generasi kedua Islam.
Abu Hanifah turut mempelajari fiqh dari ulama lain (lebih dari 70 ulama), khususnya ketika perjalanan hajinya. Dia selalu melakukan haji setiap tahun, melainkan ada alasan yang tidak dapat dielakkan. Dalam perjalanan dia bertemu dengan banyak ulama dan telah mengambil banyak pelajaran daripada mereka.
Apabila gurunya Hamaad bin Sulaiman wafat pada tahun 120 Hijrah, Abu Hanifah, antara pelajarnya yang terbaik, mengambil tempatnya dan menyambung kembali pengajiannya. Beliau kemudiannya memperolehi kemasyhuran yang besar kerana dianugerahkan kepintaran yang luar biasa dan kemampuan luar biasa dalam mengkaji dan perdebatan. Tambahan lagi tidak berhenti aktiviti perniagaannya. Sebaliknya dia meneruskan perniagaan tetapi mempunyai rakan kongsi yang bertanggungjawab menguruskan ke semua aktiviti-aktiviti. Bagaimanapun Abu Hanifah, meneruskan memantau perniagaan tersebut bagi memastikan ianya mematuhi sepenuhnya dengan undang-undang Islam.
Abu Hanifah mengikuti cara pembelajaran yang rapi. Perihal kepentingan merangkumkan pengajian fiqh dengan pengajian hadith dia berkata: “ Sesiapa yang mempelajari hadis tanpa mempelajari fiqh adalah seperti ahli farmasi yang mempunyai semua ubatan tetapi tidak mengetahui dalam keadaan mana ianya digunakan. Dia mesti menunggu kedatangan doktor. Seorang penuntut hadis juga mesti menantikan ulama fiqh.”
Sebagai seorang guru, Abu Hanifah mengikuti kaedah yang hampir sama dengan Socrates. Dia tidak memberi syarahan. Dia lebih suka membentangkan permasalahan kepada pelajarnya dan menggariskan prinsip yang berkaitan dengannya. Cara ini membuka perbincangan atau perdebatan. Setiap orang bebas melahirkan pandangan berkenaan dengan permasalahan tersebut. Mereka boleh saja bersetuju dengannya atau membantah pandangannya. Perbincangan boleh saja menjadi panas apabila setiap orang mempunyai pendapat sendiri dan mempertahankan pandangan sedaya yang boleh. Imam Abu Hanifah akan menggulung perbincangan dan menggariskan kesimpulan dan memberi keputusan yang muktamad. Setiap orang akan menerima keputusan akhirnya yang muktamad tanpa ragu-ragu. Dengan demikian dia dapat berdebat dengan pelajarnya seolah-olah dia juga daripada kalangan mereka dan tetap sebagai guru yang mempunyai kata putus. Maka, pelajarnya amat menyayanginya.
Bagaimanapun kasih sayangnya kepada pelajarnya lebih daripada mereka menyayanginya. Dia melayani pelajarnya seumpama anak sendiri. Dia sentiasa memberi hibah untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Jika pelajarnya ingin bernikah dan tiada mempunyai kemudahan untuk itu, Imam Abu Hanifa akan membantu membayar segala perbelanjaan pernikahan tersebut. Seorang yang sezaman dengannya menggambarkan keadaan itu seperti berikut:” Dia akan menjaga pelajarnya dengan baik sekali, menyokong mereka dan tanggungannya. Apabila pelajar tersebut memperolehi pembelajaran yang baik, dia akan berkata kepadanya,” Sekarang kau telah menmiliki apa yang lebih berharga daripada kekayaan; dan sekarang kamu mengetahui apa yang halal dan apa yang haram’.
Dua sikap peribadinya mempengaruhi keilmuwannya. Pertamanya, kebebasan berfikir. Dia tidak akan menerima sebarang keputusan atas sebarang persoalan melainkan apabila dia telah mempertimbangkannya sedalamnya, melihat kepada pelbagai faktor yang mampu mempengaruhi keputusan akhir ke atasnya. Ini telah memberi dia dua sifat keilmuwan yang amat tinggi kepentingannya. Pertamanya ialah kesabarannya dan ketahanannya. Dia tidak akan menggunakan perkataan keras kepada sesiapa yang menyerangnya.
Pernah, seseorang menuduhnya sebagai melakukan satu-satu bid’ah dalam Islam. Dengan penuh sabar Abu Hanifah berkata kepada orang itu;” Semoga Allah mengampuni kamu, kerana Dia lebih mengetahui bahawa saya bukanlah seperti apa yang kamu katakan. Semenjak aku mengenal-Nya, aku tidak pernah melampaui dalam kepercayaanku. Tiada satupun yang aku harap selama ini lebih dari pengampunan-Nya dan tiada satupun yang lebih aku takuti selain dari hukuman-Nya.” Orang itu bertanya kepadanya dengan sungguh-sungguh untuk membebaskan dirinya daripada apa yang dikatakannya. Imam Abu Hanifah berkata:” Aku memaafkan sesiapa yang mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang aku sekiranya dia dalam kejahilan. Jika dia seorang alim ulama, maka situasinya amat sukar sekali. Penghinaan oleh seorang ulama meninggalkan kesan yang berpanjangan.”
Sikapnya yang kedua hasil daripada kebebasan berfikirnya ialah keberaniannya. Dia akan menyatakan pandangannya secara jelasnya, tidak meliuk terhadap mana-mana daripada mereka tanpa sebarang alasan. Bagaimanapun, dia mengakui bahawa dia boleh berlaku silap dalam sebarang persoalan. Dia sentiasa mengulangi kepada pelajarnya: “Apa yang kita katakan hanyalah sebuah penyataan daripada pandangan yang terbaik kita telah tentukan. Jika sesorang datang kepada kita dengan sesuatu yang lebih baik, dia lebih berhak untuk menegakkan kebenaran.” Kesemuanya ini telah memberi kedudukan penghormatan yang tinggi dikalangan mereka yang mengenalinya. Sesungguhnya dialah ulama terkemuka di zamannya di Iraq.
Abu Hanifah tidak pernah menerima sebarang pemberian, dalam bentuk tunai atau seumpamanya, daripada pemerintah atau gabenor.
Sikap ini turut dimiliki bersama oleh Imam Ahmad bin Hanbal, yang lebih hidup dalam kemiskinan dalam hayatnya. Disisi lain, Imam Malik berpendapat bahawa penuntut Islam boleh menerima dana awam. Dia mengambil duit daripada pemerintah, menganggapnya sebagai gaji, yang mana digunakan untuk menyokong pelajarnya. As-Syafie pernah mengambil elaun yang dia perolehi kerana kelebihan dia keturunan Quraisy dan datang dari keluarga Nabi saw.
Sebagai seorang pedagang, Imam Abu Hanifa memiliki 4 sifat yang membezakannya dengan kalangan pedagang yang lain:
1) Rasa integriti yang tulus, menjauhkannya daripada keserakahan dan keuntungan yang meragukan.
2) Kejujuran melalui tauladan
3) Kebaikan dalam berurusan
4) Memiliki rasa agama, yang menganggap jujur dan adil dalam perniagaan adalah satu daripada ibadat.
Hal ini menjadikan beliau berlainan daripada kalangan pedagang lainnya, dia disamakan dengan Abu Bakar ra dalam menjalankan perniagaan, memperlihatkan kecacatan pada barang yang dijual, dengan tidak meletakkan barang dagangan yang elok dan menarik di atasnya atau didepannya dengan maksud hendak menyembunyikan kecacatan barangan tersebut. Dia meletakkanya bersamaan barangan lain supaya dapat mengelakkan sebarang elemen penipuan.
Kejujurannya diperlihatkan ketika dalam urusan jualan dan belian. Pernah seorang wanita datang membawa pakaian sutera untuk dijual. Wanita itu meletakkan harga sebanyak 100 dirham untuk harganya, tetapi Imam Abu Hanifah tidak mahu mengambilnya dengan harga yang ditawarkan, kerana, dia memberitahu kepada wanita itu ianya lebih mahal daripada itu. Lalu wanita itu menaikkan harganya, tetapi dia tetap mengatakan harganya lebih mahal daripada itu. Akhirnya wanita itu meminta dia membayarnya 400 dirham, tetapi dia sekali lagi mengatakan apa yang dia tawarkan itu terlalu sedikit. Wanita itu melihatnya dengan curiga dan berkata,”Adakah kamu mempermainkan saya?” Beliau mencadangkan agar wanita itu mendapatkan seseorang yang mahir tentang hal ini. Apabila pakar itu datang, dia meletakkan harganya 500 dirham, dan Imam Abu Hanifah membelinya dengan harga tersebut.
Beliau bersedia melepaskan keuntungannya jika kes tersebut melayakkannya untuk berbuat demikian. Pernah sekali, seorang wanita tua berkata kepadanya ; “Saya tua dan miskin, berlaku jujurlah dengan saya dan juallah pada saya baju ini tanpa mengenakan caj yang berlebihan.” Dia berkata: “Ambillah, untuk 4 dirhams.” Mengetahui harga pakaian adalah lebih berharga daripada itu, wanita tua itu berkata dengan marah: “Apakah kamu menyindir saya sedangkan saya wanita tua” Dia berkata: “Sebenarnya saya membeli dua baju dan sudah menjual yang pertama dengan 4 dirhams ditolak apa yang telah saya bayar untuk dua baju. Jadi jika kamu mengambil baju tadi dengan harga ini, saya sudah mendapat wang saya kembali.”
Dalam pandangan politiknya;
“Seandainya ku tahu bahawa orang ramai tidak akan menjatuhkannya, aku akan bersertanya dalam perjuangannya, kerana dia adalah pemimpin yang tepat. Bagaimanapun, aku akan membantunya secara kewangan.” Ini dilaporkan dikatakan oleh Imam Abu Hanifah merujuk kepada Imam Zaid bin Ali yang memberontak menentang pemerintahan Umayyah pada tahun 122 Hijrah. Dia menunaikan kata-katanya dan menghantar sumbangan yang amat besar kepada Imam Zaid. Sebahagian besar hidup Imam Abu Hanifah berada dibawah pemerintahan Khalifah Umayyah, tetapi dia berpendapat bahawa Bani Ummayah tiada hak untuk menjadi pemerintah dan dia tidak memilih keturunan Khalifah. Bahkan Abu Hanifah adalah simpati kepada bani ‘Alawi dalam penentangannya terhadap bani Umayyah dan dia merasa Imam Zaid jauh lebih utama untuk menuntut menjadi pemerintah negara Muslim. Namun, ketika ia melihat situasi yang berlaku, ia merasa Imam Zaid tidak mempunyai peluang untuk menang, kerana dia bergantung pada sokongan rakyat Kufah yang diketahui mudah berpaling daripada ketua. Itulah apa yang mereka lakukan terhadap Ali ra dan dengan anaknya Husain ra. Dalam situasi seperti itu, pemberontakan akan menjadi sangat sukar dan tidak bijak.
Kemudian apabila Khalifah Umayyah menghadapi ujian yang amat keras, gabenor Umayyah di Kufah, Ibnu Hubairah, ingin menguatkan kedudukan mereka di Iraq dengan mendapatkan sokongan daripada ulama. Dia memanggil ulama yang paling dikenal dan paling terkemuka dan menekan mereka untuk menerima kedudukan rasmi dalam kerajaan Umayyah. Mereka menerima ini, kecuali Imam Abu Hanifah yang menolak segala tawaran. Ibnu Hubairah kemudian menawarkan cop mohor, dengan demikian tiada wakil kerajaan akan dilantik dan tiada peruntukan kewangan akan dibuat melainkan beliau menandatanganinya dan meletak cop mohor tetapi beliau menolak. Kerajaan meminta sesetengah ulama cuba untuk memujuk beliau, tetapi Abu Hanifah berkata kepada mereka dengan baik. Dalam mengulangi penolakannya beliau berkata; “Jika dia mahu saya membilang pintu utama masjid bagi pihak dia, saya tidak akan melakukannya. Bagaimana saya mungkin bersetuju untuk menandatangai dan cop mohor surat yang mengarahkan seseorang dipancung ? Saya tidak akan sesekali bersetuju melakukan sebarang kerja bagi pihak dia.”
Apabila hal itu dibawa ke penghadapan ketua, dan Gabenor mengarahkan dikenakan hukuman kepada beliau. Beliau dipenjarakan dan dipukul. Kemudiannya Gabenor takut hukuman sedemikian mungkin akan mengakibatkan kematiannya, dan akan meletakkan kesan buruk yang berpanjangan ke atas pemerintah Umayyah. Jadi, dia meminta ulama lainnya memujuk Abu Hanifah untuk membenarkan Gabenor memenuhi sumpahnya. Abu Hanifah tidak mahu berkerjasama, bahkan tidak meminta ditangguhkan jawatan itu. Gabenor tiada pilihan kecuali terpaksa membebaskannya. Apabila bebas, Abu Hanufah meninggalkan Kufah dengan keluarganya, menuju ke Mekah di mana dia menghabiskan masanya beberapa tahun mendatang, pada 130H.
Ketika pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pada awalnya berada dalam keadaan baik, tetapi hubungan dengan Khalifah Al-Mansur kembali menjadi tegang. Al-Mansur telah memanggil beberapa ulama, termasuk Abu Hanifah, dan memberitahu mereka bahawa orang-orang Mosul memberontak, sedangkan dahulunya mereka berbai’ah taat setia, membuatkannya jelas bahawa mereka boleh dikenakan hukuman bunuh jika sekiranya mereka memberontak. Khalifah mahu mengetahui jika kes seperti ini ada dibawah kaedah asas yang digariskan oleh Nabi:“Orang beriman sentiasa menunaikan janjinya” Ini bermakna bahawa mereka semua yang memberontak boleh dikenakan hukuman mati. Salah seorang yang tampil mengatakan kepada Khalifah: “Anda mempunyai segala kekuasaan ke atas mereka. Jika anda ampunkan mereka, itu adalah sikap mulia anda dan jika anda menghukumnya, mereka layak terhadap hukuman itu.”
Semua orang mengutarakan pandangan mereka, Abu Hanifah tetap berdiam. Al-Mansur bertanya tentang pandangan beliau, dengan mengingatkannya bahawa pemberontak mengancam rakyat yang menikmati keselamatan. Abu Hanifah tidak ragu-ragu menyatakan kebenaran kerana dia mengetahuinya. Beliau mengatakan kepada Khalifah:” Mereka meletakkan kesetiaan dimana mereka tidak tawarkan, dan anda mengenakan syarat ke atas mereka yang anda tidak ada hak untuk mengenakannya. Hukuman mati tidak boleh dikenakan ke atas Muslim melainkan salah satu daripada 3 kes. Itulah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah, dan ketentuan-Nya adalah yang patut kamu sebaiknya muliakan. Jika anda mengenakan ketentuan anda, anda membunuh mereka tanpa justifikasi.”
Mendengar jawapan ini, Al-Mansur menyuraikan majlis, tetapi mengekalkan Abu Hanifah. Apabila dia bersendirian dengannya, dia berkata: “Pendapat awak adalah benar. Awak boleh pulang ke rumah, tetapi jangan mengeluarkan peraturan yang mengurangi khalifah anda, agar anda tidak menggalakkan pemberontakan.”
Penghormatan ini, yang mana Al-Mansur tunjukkan kepada Abu Hanifah, kerana ketakutannya berhadapan dengan rakyat. Seorang ahli politik yang tajam, Al-Mansur merasakan satu cara untuk melunakkan Abu Hanifah adalah dengan jawatan dan ganjaran. Dia memanggilnya dan menawarkan beliau jawatan Ketua Hakim. Abu Hanifah mengatakan: “Hanya satu orang saja yang layak untuk jawatan tersebut iaitu orang yang mempunyai keberanian memberi pengadilan menentang anda, anak-anak anda dan komander-komander. Aku bukan orang seperti itu.” Al-Mansur bertanya beliau: “Kenapa, dan kamu tidak menerima pemberianku ?” Abu Hanifah membalas: “Aku tidak menolak sebarang pemberian yang Khalifah berikan kepada aku dari hartanya sendiri. Apa yang diberikan kepada aku adalah milik perbendaharaan rakyat, yang mana aku tidak berhak ke atasnya. Aku bukan yang berjuang dalam tentera untuk menuntut elaun tentera, dan aku bukannya anak-anak untuk mendapatkan kebajikan anak-anak; tidak juga aku seorang yang miskin untuk mendapatkan apa yang diterima oleh orang-orang miskin”
Al-Mansur menekankan tawarannya tetapi Abu Hanifah tetap berterusan menolak walaupun tekanan kuat dikenakan ke atas dirinya. Kemudian Khalifah menggugut beliau tetapi Abu Hanifah mengatakan: “Jika anda menggugut aku dilemaskan dalam sungai Tigris, aku memilih untuk lemas ketimbang menjadi seorang hakim. Anda mempunyai pembantu mahkamah yang perlu dijaga demi kepentingan anda.” Dalam kenyataan terakhir ini, Abu Hanifah menegaskan pendiriannya tidak akan sesekali bersedia untuk membodek sesiapa, tidak juga Khalifah. Khalifah telah mengarahkan agar dia dikenakan hukuman penjara, bagaimanapun sejurus selepas itu dia membebaskan beliau kerana takut kemarahan rakyat kerana menahan seorang ulama yang amat dihormati.
Imam Abu Hanifah adalah salah seorang ulama fiqh yang terkemuka, atau pakar hukum Islam dalam sejarah kita. Ianya memadai menukilkan satu atau dua pandangan dari ulama terkemuka lainnya. Kata As-Syafie:”Dalam fiqh semua orang bergantung kepada Abu Hanifah”. Ibn Al-Mubarak menyatakannya sebagai “teras ilmu”. Dengan beliau merujuk kejujuran Abu Hanifah dan kegigihanya menuntut kebenaran, dan tidak menyimpang darinya. Setelah berdebat dengan beliau, menyelesaikan berberapa isu, Imam Malik menyatakannya sebagai “ulama fiqh sebenar”.
Tidak diragukan lagi bahawa Abu Hanifah adalah seorang ulama yang amat berkaliber tinggi. Pernah beliau berada dalam kontroversi ketika zamannya, kerana kaedah pemikiran ilmiahnya yang baru, secara praktiknya tiada orang yang menyelaminya dengan mantap seperti mana beliau. Digabung dengan kebebasan dan istiqamahnya, kaedahnya amat menggeser mereka yang mengambil semua nas agama secara zahir. Pada masa yang sama beliau tidak tersangat masyhur dikalangan mereka yang mengikuti akidah sesat, kerana mereka merasakan bahawa beliau telah membina satu sistem pembinaan dan penggalian hukum Islam yang kukuh.
Beliau mengariskan kaedah beliau berkenaan nas agama, dengan menyatakan: “Aku bersandar pada kitab Allah dan apabila aku tidak menemui padanya nas yang berkaitan kemudian aku bersandar pada hadis Nabi. Apabila aku tidak mendapati sesuatupun dari keduanya, aku mengambilnya dari perkataan sahabat. Bagaimanapun aku mengambil mana-mana pendapat mereka apabila ada lebih dari satu. Aku tidak meninggalkan apa yang mereka nyatakan dengan mengambil pandangan orang lain. Apabila suatu persoalan ditinggalkan kepadaIbrahim, As-Shaabi dan Al-Hassan (ulama tabien), mereka orang yang berijtihad untuk sampai kepada hukum berasaskan kelayakan ilmiyyah. Aku akan melakukannya cara aku.”Ini, bersamaan dengan pendekatannya menyediakan satu sistem pengambilan hukum secara ilmiah yang mempunyai 7 elemen, iaitu:
1) Al-Qur’an, asas segala pemikiran dan peraturan agama dan sumber asas dalam sebarang peraturan;
2) As-Sunnah, atau Al-Hadis, yang berperanan menjelaskan kitab Allah dan mewakili usaha Nabi dalam menyampaikan risalah Allah.
3) Perkataan sahabat Rasulullah, kerana mereka sepenuhnya mengetahui peristiwa yang menyebabkan turunnya wahyu , menyaksikan perlaksanannya oleh Nabi, dan menyampaikan pengetahuan mereka kepada generasi berikutnya;
4) Qiyas, iaitu menyesuaikan nas yang jelas pada sesuatu yang lain yang berkaitan dengannya, kerana disebabkan persamaan asas sebab (‘illat) pada keduanya;
5) Istihsan, iaitu meninggalkan qias yang jelas dalam upaya membina suatu hukum yang berlainan dengannya. Ini kerana qias tersebut didapati bersalahan pada setengah yang lainnya. Apa yang akan ulama lakukan, kemudiannya, ialah mencuba menentukan illah yang lain pada yang masalah dipersoalkan itu memiliki persamaan dengan sesuatu yang lain. Ia juga dinamakan qiyas tersembunyi. Meninggalkan qiyas juga digunakan apabila qiyas berlawanan dengan nas jelas atau ijma’ atau urf.
6) Ijma’ ulama, kesepakatan seluruh ulama dalam satu-satu masalah.
7) Uruf, merujuk kepada amalan kebiasaan suatu komuniti orang-orang Islam berkaitan dengan amalan yang tidak dijelaskan dalam Al-Qur’an, hadis atau pendapat para sahabat Rasulullah. Jika uruf bertentangan dengan nas jelas maka ianya tiada nilai.
Satu ciri kelainan keilmuan Abu Hanifah ialah meletakkan kepentingan kebebasan perseorangan pada kedudukan yang tinggi. Dalam semua kajiannya dan pendapatnya, beliau menilai tinggi kebebasan untuk memilih bagi lelaki dan perempuan secara praktikal dalam setiap perlakuan dengan seimbang. Masyarakat atau pemerintah tidak berhak mengganggu pilihan yang dibuat oleh seseorang, selagi mana itu tidak melanggar batas-batas agama.
Penekanan sedemikian terhadap kebebasan peribadi diperlihatkan sendirinya di pelbagai tempat. Antaranya ialah Abu Hanifah memberi hak kepada perempuan dewasa untuk melaksanakan perkahwinan sendirinya tanpa merujuk kepada penjaganya. Seluruh ulama bersetuju bahawa penjaga tidak boleh memaksa seorang wanita dibawah jagaannyaa mengahwini sesiapapun tanpa keizinannya, tetapi wanita tersebut tidak boleh berkahwin tanpa persetujuannya. Keizinan langsung dengan kata-kata tidak cukup untuk memulakan perkahwinan, penjaganya mesti menjadi wakil baginya. Abu Hanifah tidak bersetuju dengan seluruh ulama dalam masalah ini, beliau membenarkan seorang wanita bebas memasuki perkahwinan dengan dirinya sendiri, tanpa wali. Beliau menganggap sama kedudukan wanita muda dengan lelaki muda. Jika si lelaki boleh kawin tanpa wali, begitu juga si perempuan. Dan sebagaimana dia mempunyai hak ke atas hartanya, dia juga mempunyai hak terhadap dirinya dalam hal perkahwinan. Penjagaan ke atas seseorang yang merdeka dan waras mesti berserta dengan kehendak seseorang . Menyekat kebebasan seseorang itu adalah tidak menjaga kepentingan seorang. Sesungguhnya hal ini amat bahaya.
Penghormatan Abu Hanifah terhadap kebebasan individu juga diperlihatkan dalam fatwanya tidak membenarkan mengambil hak seseorang dengan membelanjakan wang atau hartanya dengan alasan seseorang itu bodoh atau tidak berakal. Selagi mana tindakannya tidak memudaratkan pihak lain, maka Abu Hanifah berpandangan bahawa masyarakat atau pihak pemerintah tidak berhak menyekat kebebasannya bertindak. Jika dia membelanjakannya dengan tidak bijak, dia akan menerima hasilnya sendiri. Masyarat tidak menerima mudarat, kerana wang itu masih berada di sana, di tangan orang lain. Menyekat kebebasan seseorang adalah lebih memberi mudarat terhadap masyarakat daripada seeorang yang kehilangan wangnya atau hartanya.
Bersamaan itu juga Abu Hanifah tidak menganggap ianya dibolehkan menyekat kebebasan seseorang dari membelanjakan dengan hartanya dikeranakan seseorang itu berada dalam hutang, walaupun hutangnya itu melebihi keseluruhan hartanya. Pemiutang boleh saja memaksa membayar kembali hutangnya, tetapi bukan melalui sekatan ke atas kebebasannya bertindak.
Abu Hanifah tidak menulis sebarang kitab, tetapi setengah risalah dikatakan ditulis oleh beliau. Muridnyalah yang merakamkan pandangan-pandangannya. Abu Yusuf, muridnya yang terbaik dikenali, telah menulis beberapa kitab dimana dia merakamkan pandangan dan hukum-hukum Abu Hanifah. Bagaimanapun, muridnya yang lain, Muhammad Ibnu Al-Hassan, adalah ulama utama yang mengumpulkan, mengaitkan dan menyiarkan fiqh Abu Hanifah dalam 6 kitab mewakili himpunan kaedah fiqh bersistematik yang pertama. Perlu dinyatakn bahwa Muhammad bin Al-hassan tidak menuntut lama dibawah Abu Hanifah,kerana dia berumur 18 tahun keika ulama besar ini wafat, tetapi dia salah seorang murid yang terbaik dan dia banyak mengaji dibawah Abu Yusuf. Ulama lainnya dari madrasah mazhab Hanafi dulunya ialah Zufar bin Al-Huthail.
Mazhab Hanafi berkembang jauh dan meluas, khususnya kerana sebahagian besar ulama yang mengikutinya di generasi yang Berjaya. Ianya adalah mazhab utama di Negara-negara Asia Tengah, seperti Pakistan, India, Bangladesh, Afghanistan dan Turki. Ianya meluas diikuti di Iraq, Syria, Jordan dan Palestin, tetapi tidak di Negara Afrika.
Semoga Allah menganugerahkannya kerahmatan dan keberkatan ke atas ruhnya.

Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.
ReplyDelete