Amalan Sunnah 10 Malam Terakhir Ramadhan
Assalamualaikum;
Ramadhan al-Mubarak ! Malam 10 terakhir bulan Ramadhan adalah malam yang didalamnya boleh kita bahagikan kepada 2 keadaan bagaimana ianya dilalui oleh umat Islam:
1) Bersungguh-sungguh beribadat.
2) Bersungguh-sungguh bermuamalat.
Sesungguhnya 10 malam terakhir adalah malam yang khusus kerana pada malam itu dijangkakan berlakunya malam al-qadr, iaitu malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan beribadat. Maka hendaklah kita pada malam 10 terakhir menjadikannya sebagai malam beribadat dengan kesungguhan kerana itu adalah amalan Nabi Muhammad shallallahu'alaihiwasallam, para sahabat dan salafussholeh. Malam yang seharusnya kita meninggalkan segala hal yang berkaitan dengan dunia, dan menumpukan perhatian kepada ibadat.
Ini bukan bermakna kita meninggalkan terus aktiviti bermuamalat kerana aktiviti tersebut berlaku waktu siang harinya dan hendaklah dilakukan sebagaimana biasa, tetapi malamnya hendaklah kita khususkan kepada ibadat.Marilah hidupkan amalan sunnah ini dengan menyambut kemeriahan malam 10 terakhir dengan beribadat dan hindarilah pada waktu-waktu malam tersebut dari dijadikan malam membeli belah.
Amalan sunnah 10 malam terakhir Ramadhan.
Dalam Sahih Bukhari , dari Aisyah radhiallahu'anha, dia berkata:
"Keadaan An-Nabi shallallahua'alaihiwasallam apabila masuk sepuluh hari (akhir Ramadhan) beliau mengemaskan ikatan kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya"
Hadis diatas dan juga terdapat dalam hadis-hadis lainnya yang mempunyai maksud yang sama menceritakan keadaan Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam sebaik sahaja masuk hari ke sepuluh terakhir bulan Ramadhan.
Kalimat شَدَّ مِئْزَرَهُ diatas disyarah oleh Ibnu Hajar Asqalani rahimahullah, dalam kitabnya yang masyhur Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari mengatakan ia bermaksud memencilkan wanita-wanita, Abdul Razzak mengaitkan perkataan ini dengan At-Thaury. Manakala berkata Al-Khathobi maksud yang dibawa kalimat ini adalah tekun dalam beribadat.
Kalimat وأحيي ليله bermaksud berjaga waktu malamnya dan menghidupkannya dengan ketaatan. Berjaga malam menghidupkan dirinya, kerana tidur itu saudara maut dan disandarkan kepada malam bererti menghidupkan malam itu. Dengan kata lain jangan membuatkan malam tersebut mati dan gelap seperti kubur. Bahawa Nabi shallallahu'alaihiwasallam berkemungkinan menghidupkan seluruh malamnya atau sebahagian besar daripada malamnya.
Akhirnya, وأيقظ أهله bermaksud mengejut ahlinya untuk solat. Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam mengejut keluarganya untuk shalat pada malam-malam sepuluh hari sedang pada malam-malam lain tidak. Hadis ini mungkin boleh menuntun kita bagaimana melakukannya, daripada Abu Dzar radhiallahu'anhu disebutkan bahawa Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam melakukan solat bersama mereka (para sahabat) pada malam 23, 25 dan 27 dan dikatakan baginda mengajak keluarga dan isteri-isterinya pada malam 27 saja. Soal solat sememangnya amat ditekan oleh Rasulullah tetapi pada malam 10 terakhir dibulan Ramadhan penekanan khusus diberikan kepada keluarga baginda, sahabat, anak kecil dan orang tua yang mampu melaksanakannya. Maksudnya disini, bukan menjadi sunnah Nabi saw pada akhir 10 Ramadhan bangun keseorangan melakukan solat malam seorang diri. Sunnahnya pada 10 malam terakhir adalah turut mengejutkan ahli keluarga bangun melakukan ketaatan pada malam tersebut.
Selain daripada itu terdapat juga amalan Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam yang dilakukan khusus pada malam 10 terakhir iaitu antaranya:
1)Melewatkan berbuka hingga waktu sahur. Terdapat hadis sahih tentang hal ini iaitu melarang meneruskan puasa tanpa berbuka sebagai bentuk ketekunan dalam beribadat tetapi jika mahu diteruskan puasa maka hendaklah waktu sahur dijadikan waktu berbuka.
2) Mandi antara Maghrib dan Isyak sebagai persiapan menyambut malam al-qadr, memakai wangian dan berhias berpakaian bagus seperti dilakukan pada solat Jumaat dan dua hari raya. Perbuatan membersihkan dan menghiaskan diri hendaklah diiringi dengan perbuatan berhias secara batin iaitu dengan kembali kepada Allah Ta'ala, taubat dan mensucikan diri dari dosa-dosa. Berhias secara lahir tanpa melihat kepada batin amat tidak berguna jika ternyata jiwa kita rosak kerana Allah Ta'ala tidak melihat rupa tetapi hati-hati dan amalan kamu. Hiasilah batin dengan takwa.
3) Iktikaf, hakikat iktikaf adalah memutuskan hubungan dengan segenap makhluk dengan tujuan pengabdian kepada Allah. Sebuah hadis daripada Sahih Bukhai dan Muslim disebutkan bahawa daripada 'Aisyah radhiallahu'anha: Bahawasanya Nabi shallallahu'alaihiwasallam senantiasa beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari Ramadhan, sehingga Allah mewafatkan beliau. Yang sisyariatkan adalah beriktikaf dimasjid-masjid, khususnya pada bulan Ramadhan dan lebih khusus 10 terakhir malamnya. Beriktikaf juga bermaksud kita mengikat diri untuk taat kepada Allah Ta'ala, berzikir dan berdoa, dan memutuskan hal-hal yang menyibukkan diri hingga menganggu ketaatan kepada Allah Ta'ala. Mengharap redha, taufik dan bantuan-Nya kepada kita.
Demikianlah yang sempat dikutip tentang amalan sunnah di 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga Allah Ta'ala memberi kekuatan untuk mengamalkan sunnah-sunnah ini kerana tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah Ta'ala jua, memudahkan kita untuk beramal dengan amalan sunnah di malam-malam 10 terakhir. Allah Ta'ala menafikan segala amalan yang dibuat kepada-Nya melainkan dengan ikhlas dalam beragama, lagi lurus dalam melaksanakan solat dan amalan lainnya kerana itulah agama yang lurus jalannya.
Wallahualam
Wassalamualaikum.

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?