Perubahan Akhir Kalimat

Saya hendak menyentuh tentang perubahan akhir kalimat Bahasa Arab. Tentu kita semua pernah ketemu sesuatu kalimat yang sama di dalam al-Qur'an tetapi akhir kalimatnya berbeza. Kita ambil contoh tiga ayat al-Qur'an bagi menjelaskan keadaan ini.

  1. وَ أَنْزلْنا إليك الكتابَ
  2. و من أهل الكتابِ
  3. ذالك الكتابُ
Perhatikan kalimat الكتاب , terdapat tiga variasi bacaan akhir kalimat tersebut. Pertamanya bacaan dengan baris atas, keduanya bacaan dengan baris bawah dan ketiganya dengan bacaan baris depan. Kalimat yang sama tetapi bacaan akhir kalimatnya berbeza antara satu sama lain. Inilah yang saya katakan sebagai perubahan akhir kalimat.

Dalam pelajaran bahasa arab, perubahan akhir kalimat ini dinamakan al-'iraab, ejaan Arab الإعراب.
Secara istilah, al-'iraab ialah perubahan  diakhir kalam disebabkan perbezaan faktor-faktor yang mendahuluinya secara tertulis atau secara anggapan sahaja.

Kalimat tunggal atau bersendirian tanpa bersatu dalam ayat tidak memiliki baris diakhirnya. Sehinggalah kalimat tersebut bersatu dengan kalimat lain yang membentuk ayat maka berlaku hukum al-'iraab padanya.

Perubahan bacaan samada baris atas, bawah atau depan bergantung kepada faktor-faktor yang mendahuluinya dalam ayat atau kedudukan kalimat tersebut dalam sesebuah ayat.

Keadaan yang merubah bacaan akhirnya ada 4 keadaan:
  1. Majrur, ejaan Arab المجرور.
  2. Manshuub, ejaan Arab المنصوب.
  3. Marfu', ejaan Arab المرفوع.
  4. Majzum, ejaan Arab المجزوم.
Jadi perubahan yang berlaku daripada keadaan majrur kepada manshuub atau marfu' kepada majrur atau seterusnya maka itu dinamakan al-i'raab.

Masing-masing  keadaan yang tesebut mempunyai tanda-tanda atau alamat-alamatnya seperti majrur alamatnya adalah berbaris bawah atau manshuub alamatnya ialah berbaris atas dan marfu' berbaris depan dan akhirnya majzum tanda mati.

Inshaa Allah. Saya akan sentuh setiap satunya dalam posting akan datang satu persatu.

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين