Bahasa Arab: Pembahagian Kata
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Pada entri yang lepas kita membicarakan tentang ayat dan struktur ayat dalam bahasa Arab. Sebagai ulangan yang lepas, kita buat kesimpulan:
1) Ayat itu ada dua keadaan:
Struktur ayat lengkap ini dibahagikan kepada 3 mengikut kata-kata yang pertama digunakan disusun dalam ayat samada kata nama, kata kerja dan kata tugas.
Memandangkan, binaan struktur ayat secara asasnya terdiri daripada susunan kata-kata ini, maka mengenali dan memahami setiap daripada kata-kata ini adalah merupakan asas yang paling penting dalam mempelajari bahasa khususnya dalam pelajaran Bahasa Arab ini.
Pembahagian Kata-Kata:
1) Kata Nama - dalam Bahasa Arab, الاِسْمُ .
Kata yang menunjukkan sesuatu zat iaitu Ismul Zat, atau makna sesuatu iaitu Ismul Ma'na. Seperti:الشّجرة - 'pokok' bagi Ismul Zat, dan نَصْرٌ bagi Ismul Ma'na.
2) Kata Kerja - dalam Bahasa Arab, الفِعلُ .
Kata yang menunjukkan perbuatan yang dikaitkan dengan masa. Seperti: ذَهَبَ - 'pergi'
3) Kata Tugas - dalam Bahasa Arab, الحَرْفُ .
Kata yang berfungsi menghubungkan antara Kata Nama dan Kata Kerja, atau antara
satu ayat dengan ayat yang lain. Seperti : فِي - 'di dalam'.

- Ayat Lengkap dalam Bahasa Arabnya, "al-jumlatul mufidati" - ejaan Arab - الجُملةُ المُفِيدَةُ
- Ayat Tidak Lengkap dalam Bahasa Arabnya, "al-jumlatu ghairul mufidati" - ejaan Arab - الجُمْلَةُ غَيْرُ المُفِيْدَةِ
Struktur ayat lengkap ini dibahagikan kepada 3 mengikut kata-kata yang pertama digunakan disusun dalam ayat samada kata nama, kata kerja dan kata tugas.
Memandangkan, binaan struktur ayat secara asasnya terdiri daripada susunan kata-kata ini, maka mengenali dan memahami setiap daripada kata-kata ini adalah merupakan asas yang paling penting dalam mempelajari bahasa khususnya dalam pelajaran Bahasa Arab ini.
Pembahagian Kata-Kata:
1) Kata Nama - dalam Bahasa Arab, الاِسْمُ .
Kata yang menunjukkan sesuatu zat iaitu Ismul Zat, atau makna sesuatu iaitu Ismul Ma'na. Seperti:الشّجرة - 'pokok' bagi Ismul Zat, dan نَصْرٌ bagi Ismul Ma'na.
2) Kata Kerja - dalam Bahasa Arab, الفِعلُ .
Kata yang menunjukkan perbuatan yang dikaitkan dengan masa. Seperti: ذَهَبَ - 'pergi'
3) Kata Tugas - dalam Bahasa Arab, الحَرْفُ .
Kata yang berfungsi menghubungkan antara Kata Nama dan Kata Kerja, atau antara
satu ayat dengan ayat yang lain. Seperti : فِي - 'di dalam'.
Insyallah, kita akan kaji setiap daripada kata-kata ini dan membandingkannya dengan tatabahasa Bahasa Melayu dan English. Untuk mencapai ketepatan 100% dalam perbandingan ini adalah tidak mungkin berlaku, kerana antara faktornya adalah keunikan Bahasa Arab berbanding dengan bahasa-bahasa dunia yang lain. Mungkin boleh dibuat satu entri khusus untuk bab ini, Bab Keunikan Bahasa Arab...Insyallah !
Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?