Isim Tafdhil
Isim Tafdhil
Isim tafdhil ialah isim yang memberi sifat kelebihan seseorang atau sesuatu melebihi dari yang lain.
Tasrif isim ini berada di atas dua acuan :
1) أَفْعَلُ Af’alu bagi muzakkar
2) فُعْلَى Fu’laa bagi mu’annath
Kaedah tasrifnya:
Isim tafdhil adalah termasuk isim musytaq yang diambil dari akar kata kerja aktif (ma’lum) yang asli hurufnya (mujarrad). Berikut adalah kata kerja yang tidak dijadikan sebagai Isim Tafdhil;
1) Kata kerja yang tidak sempurna.
2) Kata kerja yang tidak boleh ditashrif.
3) Kata kerja yang berkaitan dengan warna atau kecacatan.
4) Kata kerja yang maknanya tidak sepatutnya untuk menyatakan sifat kelebihan.
Kaedah penggunaannya:
Berikut adalah peraturan dalam menggunakannya:
1) Isim tafdhil diikuti selepasnya harf.
2) Isim tafdhil digandingkan dengan kata nama nakirah dengan makna idhaafah.
3) Isim tafdhil diselit dengan alif lam makrifah.
4) Isim tafdhil diganding dengan kata nama makrifah.
Apabila isim tafdhil digunakan dalam peraturan 1 dan 2, dia akan tetap berada dalam muzakkar iaitu atas wazan أَفْعَلُ walaupun yang disifati itu mu’annath , muthanna atau jama’.
Apabila digunakan dalam peraturan 3 dan 4, maka terdapat pertalian antara isim tafdhil dengan yang disifatinya dalam jantina dan jumlah.

Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?