Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين

"ا ل" dan التنوين sebagai tanda al-Ismu.

Dikatakan "ا ل" sebagai tanda al-Ismu ialah pada setiap perkataan diapit awalannya dengan huruf "ال", biasa kita sebut dengan "al", contoh paling dekat ialah "al-ismu". Contoh arabnya;

ال + اسم = الإسمُ
ِJangan ragu-ragu bahawa perkataan yang bermula dengan  "ا ل" adalah sebuah kata nama.

"ا ل" adalah huruf yang menjadikan kalimat tersebut kata nama khas yang menentukan kata nama itu memiliki ketentuannya. Contoh, perkataan "kitab" ia membawa makna umum yang tidak memiliki ketentuannya, apakah kitab itu ? milik siapakah kitab itu ? kitab yang mana ?. Apabila diapitkan diawal kalimat dengan "al", maka jadi "al-kitab", itu bermaksud jelas ketentuan kitab tersebut yang sebelumnya tidak diketahui ketentuannya. Mungkin boleh terjemahkan sebagai "kitab itu" atau "kitab tersebut" atau seumpamanya yang ada ketentuannya.

Dalam Bahasa Arab dinamakan "ال التعريف" - alif lam al-ta'riif - maknanya ialah alif dan lam yang berfungsi sebagai penentuan. Sebenarnya  masih banyak lagi fungsi  " ال " dalam pelajaran nahu tetapi yang lebih mendasar penggunaan  " ال " menentukan kata nama daripada umum kepada khusus. Ini merupakan antara alamat atau tanda sebuah kata itu adalah al-Ismu. Kata kerja tidak akan sesekali menerima huruf " ال ". Maksudnya jika kita bertemu perkataan yang diawalnya  " ال ", maka pasti itu adalah kata nama.

Baik, jika  " ال " membawa makna kata nama yang memiliki ketentuannya sudah tentu ada kata nama yang berlawan dengannya yang tidak memiliki ketentuannya atau saya katakan sebagai kata nama am. Jadi bagaimana kita nak mengenali kata nama yang tidak memiliki ketentuannya atau umum ? Kaedahnya, jika hilang ketentuan pada kata nama iaitu tiada didapati awalnya diapit dengan  " ال " maka kata nama tersebut menjadi umum sebagaimana yang saya jelaskan sebelum ini.

Kata nama yang umum, tiada  " ال " boleh dikenali dengan penggantinya yang terdapat diakhir perkataan tersebut dengan harakat baris dua atau al-tanwin - التنوين - iaitu simbol ً  ٍ  ٌ  baris dua di atas - فتحتان - fathataani -, baris dua di bawah - كسرتان - kasrataani - , baris dua di hadapan - ضمتان - dhammataani -.

Jadi التنوين adalah salah satu tanda bagi kita mengenali sesuatu perkataan itu kata nama atau tidak. Cuma perbezaanya ialah adakah kata nama khusus atau kata nama am dengan menggantikan ال التعريف dengan
التنوين.

Kita lihat contoh perubahan tersebut;

ال + كتابٌ = الكتابُ

Perhatikan huruf yang ditandai warna merah dan perubahan harakat.

Umumnya, mengenali kata nama dengan kemasukan ال pada awal kata nama menjadikannya ianya kata nama khas dan membuang ال diikuti dengan merubah baris diakhir huruf kata menjadi التنوين menjadikannya kata nama am.

Insaa Allah kita sambung dengan entri seterusnya daripada tanda-tanda untuk mengenali kata nama.

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم