Tasrif (تَصْرِيف): Binaan Kalimah ( بنية الكلمة )

Sebagaimana yang dijanjikan, sebelum ini kita kenal pengertian kalimah dan pembahagiannya kepada Kalimah Tunggal dan Kalimah Terbitan, dan juga kita kenali huruf-huruf yang asli dan huruf-huruf yang menjadi tambahan dalam satu-satu kalimah.

Selanjutnya dalam entri kali ini, kita akan lihat binaan kalimah berdasarkan huruf-huruf tersebut.


Binaan Kalimah


Berasaskan kepada Huruf Aslinya, kalimah mempunyai tiga jenis binaan:

  1. Kalimah yang mengandungi tiga Huruf Asli dipanggil at-Thulathi (الثلاثيُّ) atau Tiga Huruf.
  2. Kalimah yang mengandungi empat Huruf Asli dipanggil ar-Ruba’I (الرُّبَاعِيُّ) atau Empat Huruf.
  3. Kalimah yang mengandungi lima Huruf Asli dipanggil al-Khumasi (الخُماسيُّ) atau Lima Huruf.



Tambahan, setiap tiga binaan ini juga ada dua bahagian dibawahnya:

Al-Mujarrad (المُجَرَّدُ) dan al-Mazidu Fihi (المَزِيدُ فِيهِ)

Jika Kalimah tersebut hanya mengandungi Huruf Asli, ia dirujuk sebagai Mujarrad. Secara bahasa, mujarrad bermakna ditahan, terelak dari atau bebas dari sesuatu. Perkataan yang dirujuk sebagai Mujarrad ialah bebas daripada sebarang Huruf Tambahan dan hanya mengandungi Huruf Asli daripada Kata Akarnya. Di dalam pengajian kita, kita akan merujuk Mujarrad sebagai Kalimah Utama.

Kalimah yang mempunyai Huruf Tambahan sebalik Huruf Asli dikenali sebagai Mazidu Fihi, bermaksud mempunyai tambahan di dalamnya. Kita akan merujuk kepada Mazidu Fihi sebagai Kalimah Tambahan.

Kesemua sekali Kalimah ada 6 bahagian:


a)    Tiga Huruf (الثلاثيُّ)
1)    Tiga Huruf Kalimah Utama (الثلاثيّ المُجَرَّد): عَلِمَ untuk mengetahui; رَجُلٌ Seorang lelaki.
2)    Tiga Huruf Kalimah Tambahan (الثلاثيّ المَزِيدُ فِيه): اعْلَمَ memberitahu; رجَالٌ Lelaki-lelaki.
b)    Empat Huruf (الرُّبَاعِيُّ)
1)    Empat Huruf Kalimah Utama (الرُّبَاعِيُّ المُجَرَّد): دَحْرَجَ menggulung; جَعْفَرٌ derusan kecil.
2)    Empat Huruf Kalimah Tambahan (الرُّبَاعِيُّ المَزِيدُ فِيهِ): تَدَحْرَجَ sedang menggulung sesuatu; جَعَافرٌ  Derusan-derusan kecil yang banyak.
c)    Lima Huruf (الخُماسيُّ)
1)    Lima Huruf Kalimah Utama (الخُماسيُّ المُجَرَّدُ): سَفَرْجَلٌ Sekuntum Ros.
2)    Lima Huruf Kalimah Tambahan (الخُماسيُّ المَزِيدُ فِيه): خَنْدَرسُ Wain Kuno Greek.

Jangan kaget melihat istilah-istilah yang banyak seperti di atas, yang perlu kita fahami adalah konsep huruf-huruf asli dan tambahan dalam binaan kalimah. 

Juga hendaklah kita fahami tentang Kalimah Utama dan Kalimah Tambahan, konsepnya mungkin sedikit berbeza dengan pembahagian dan pengistilahan kata-kata di dalam Bahasa Malaysia kerana kata-kata Bahasa Arab bermain disekitar huruf-hurufnya dalam membentuk maknanya. Sedangkan Bahasa Malaysia huruf-huruf tidak memainkan peranan dalam kata-kata melainkan perkataan itu sendiri menjadi tumpuan sehinggakan unit terkecil dalam ilmu saraf Bahasa Malaysia ialah morfem bukan huruf-huruf seperti di dalam Bahasa Arab.

Pada entri akan datang dalam ruangan Pelajaran Bahasa Arab, kita akan bincangkan lebih lanjut tentang huruf-huruf ini dari sudut timbangan atau acuannya serta peraturan-peraturan di dalamnya. InshaAllah !! Sekian terima kasih.

Sebarang pembetulan dan ketidakfahaman, boleh tinggalkan komen anda disini sama-sama kita pelajarinya.

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين