Tasrif (تَصْرِيف): Kalimah
Sambungan daripada entri sebelumnya, iaitu pengenalan tentang ilmu tasrif. Kini kita masuk pula tentang topik perbincangan tentang perkataan Arab yang menjadi tulang belakang pada kajian ilmu tasrif.
Pengertian Kalimah.
Tatkala
seseorang bercakap, pertuturannya atau sebutannya (الفاظ) samada ia membawa pengertian atau
tidak membawa pengertian. Kalimah itu adalah lafaz tunggal (mufrad) menunjukkan
maksud yang khusus. Kalimah adalah lafaz tunggal iaitu perkataan yang bukan
ayat.
Dalam tasrif, lafaz yang membawa pengertian dipanggil lafaz dalam penggunaan (لفظ مستعمل).
Dalam tasrif, lafaz yang membawa pengertian dipanggil lafaz dalam penggunaan (لفظ مستعمل).
Pembahagian Kalimah
Kalimah Arab seperti perkataan-perkataan dalam banyak bahasa yang lain, ia boleh
dibahagikan kepada 3 kumpulan;
1) Kata
Nama atau الاسم ialah kalimah yang menunjukkan makna yang bebas tanpa dikaitkan
dengan masa (masa lepas, masa sekarang dan akan datang), sebagai contoh
pengetahuan
عِلْمٌ dan harta مالٌ.
2) Kata
Kerja atau الفِعْلُ ialah kalimah yang menunjukkan makna yang bebas berkaitan
dengan salah satu masa, seperti masa lepas (المَاضيٌ), masa sekarang (الحَالُ) dan akan datang (المُسْتَقْبَلُ),
sebagai contoh ذَهَبَ (Dia telah pergi-masa lepas), يَذْهَبُ
(Dia pergi-masa sekarang), ﺇِذْهَبْ (Pergilah !-masa akan datang perintah).
3) Kata
Tugas atau الحَرْفُ ialah kalimah yang tidak menunjukkan sebarang makna bebas padanya,
ia lebih kepada menghubung kalimah lain bersama dan maknanya diketahui menerusi
hubungan tersebut, sebagaimana dilihat kata tugas (في) dalam ayat berikut: دَخَلْتُ في المَدْرسةِ
(Aku telah masuk ke dalam sekolah itu) dan kata tugas (مِن) dalam ayat: خَرَجْتُ مِنَ الدَّارِ (Aku telah keluar dari sekolah).
Kalimah Utama dan Terbitan
Kalimah boleh jadi Tunggal (الجَامِدٌ) atau Terbitan (المُشْتَقُّ).
Kalimah Tunggal (الجامد) ialah kalimah yang tidak dihasilkan daripada perkataan lain. Huruf-huruf aslinya tidak diambil daripada perkataan lain, seperti: تَمَرٌ , سيفٌ, فِيلٌ (Gajah, pedang dan kurma).

Kalimat Terbitan (المشتق) ialah kalimah yang dihasilkan daripada kalimah lain, seperti: عَالِمٌ, مَذْهَبٌ, ﺇسلامٌ (Orang yang mengetahui, aliran dan Islam). Kalimah yang dari mana kalimah itu diambil ialah Kata Akar (الاصل).
Daripada Kata Akar ini, banyak kalimah terbitan yang boleh dibentuk dan kedua-dua kata akar dan kata terbitan ini dikatakan memiliki kumpulan atau jenis yang sama (الجِنْسُ). Kata Akar ini boleh jadi satu antara dua jenis:

- Al-Masdar - المَصْدر
- Ghairul Masdar – غَير المصدر
Masdar atau Kata Dasar adalah jenis kalimah di mana kalimah terbitan dibentuk sedangkan Ghairul Masdar
adalah kalimah yang didapati tidak mempunyai terbitan.
Ghairu Masdar atau Bukan Kata Dasar yang pertamanya adalah partikel (Kata Tugas) dan beberapa Kata Nama yang terhad yang tidak membentuk terbitan, seumpama: فاءرة, اية (Tikus , Ayat).
Ghairu Masdar atau Bukan Kata Dasar yang pertamanya adalah partikel (Kata Tugas) dan beberapa Kata Nama yang terhad yang tidak membentuk terbitan, seumpama: فاءرة, اية (Tikus , Ayat).
Huruf Asli dan Huruf Tambahan
Huruf
daripada kalimah asli yang juga didapati dalam kalimah terbitannya dirujuk sebagai
Huruf Asli (الاحْرُف الاصلي).
Huruf
yang hanya didapati dalam sebahagian kalimah terbitannya dipangil Huruf Tambahan (الاحرف
الزائدة).
Sebagai
contoh, didalam kalimah: عِلْمٌ, عَالِمٌ, مَعْلومٌ, ﺃعْلمَ, tiga huruf itu: ع
ل م adalah Huruf Asli kerana
ia didapati didalam Kata Akarnya (عِلْمٌ)pada setiap turutan kalimah di atas.
Huruf yang selebihnya adalah Huruf Tambahan kerana ia hanya didapati dalam sebahagian dari kalimat-kalimat yang mana kesemuanya adalah Kata Terbitan
(المشتَقَّاتُ).
Setelah kita mengetahui dan memahami pengertian kalimah, jenis-jenisnya serta sedikit pengenalan tentang huruf-huruf yang menjadi struktur kalimah, dari sini kita akan cuba membincangkan lebih mendalam bagaimana binaan kalimah tersebut daripada sudut huruf-hurufnya. Insha Allah untuk entri seterusnya dan akan datang.
Jika ada penjelasan yang tidak difahami atau kurang difahami atau menimbulkan kekeliruan, sila komen untuk pembaikan dan pembelajaran kerana mungkin kelemahan itu datang daripada saya sendiri. Terima kasih !

Assalam apa fungsi baris dan huruf2 mad
ReplyDelete