Kesukaran Dipermudahkan

Dalam menjalani kehidupan, manusia tidak dapat lari dari menghadapi rintangan. Rintangan ini boleh jadi datang dalam keadaan yang mudah dan juga dalam keadaan yang sukar. Begitu di dalam kehidupan beragama, dalam melaksanakan perintah dan larangan Allah Ta'ala, Pencipta kita dan kehidupan ini, pasti tidak terlepas dari dua hal ini.

Atas dasar ini, saya cuba membawa tajuk khusus berkenaan dengan hal ini untuk saya jelajahi dan selami hakikatnya. Ungkapan ini diterjemahkan dari salah satu kaedah umum dalam Islam iaitu المشقة تجلب التيسر - al-masyaqqah tajlibu at-taisir. Ia membawa maksud kesukaran yang dihadapi itu menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan urusan tersebut.

Pengertian

المشقة , al-masyaqqah kalau kita tinjau dari sudut bahasa adalah suatu keadaan yang menyukarkan lebih dari kebiasaan. Berdasarkan pengertian ini, yang dikehendaki dengan kesukaran di sini ialah kesukaran yang dihadapi dalam melaksanakan kehidupan seharian diluar kemampuan yang boleh ditanggung oleh seseorang dari adat kebiasaanya. Dalam hal beragama ia merangkumi urusan harian yang melibatkan kesukaran dalam menjalankan perintah dan larangan dalam Islam yang boleh mengakibatkan kemudharatan pada diri dan juga orang lain.

Contoh kesukaran seperti berpunca dari berpuasa tanpa berbuka dan juga beribadat tanpa rehat.

التيسير , at-taysiir bermaksud satu proses atau langkah memudahkan sesuatu agar dapat dilakukan dan tercapai tujuan. Maksud ini amat jelas iaitu kita mengambil langkah memudahkan sesuatu urusan dan memastikan urusan tersebut terlaksana dengan jayanya. Ianya tidak penting samada suatu urusan itu mudah atau sukar kerana jika mudah kita berusaha ke arah memudahkan lagi dan jika sukar kita berusaha memudahkan sedaya yang mampu hingga terlaksananya urusan tersebut.

Kemudahan timbul apabila adanya kesukaran yang dihadapi dalam sesuatu urusan kehidupan dan khususnya dalam kita melaksanakan perintah dan larangan agama.

Asas

Asas kepada kaedah umum ini diambil hasil dari penelitian para ulama ke atas beberapa dalil dari al-Qur,an dan juga al-Hadis dan juga dari amalan para sahabat radhiallahu'anhum.

Firman Allah Ta'ala ;

 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ 
al-Baqarah:185

Sabda Nabi saw;

بعثت بالحنيفية السمحة

Musnad Ahmad:22345

Juga dari Ibn Abbas radhiallahu'anhu secara marfu';

 إن الله شرع الدين فجعله سهلا سمحا واسعا ولم يجعله ضيقا 

Imam as-Suyuthi rahimaullah berkata;

"Para ulama mengatakan; dari kaedah ini keluar seluruh kelonggaran dalam syariat dan juga keringanan-keringanan di dalamnya.."




Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين

Mengenal Kata Nama الأسم