Pembahagian Hukum Al-E'raab.

3. PEMBAHAGIAN E’RAAB

Pembahagian e’raab disini bermaksud jenis-jenis atau hukum-hukum perubahan yang berlaku diakhir kalimat dalam ayat. Hukum-hukum e’raab itu ada empat jenis iaitu:
i. Rafa’
ii. Nasab
iii. Khafad atau Jar
iv. Jazm

Pembahagian-pembahagian ini berdasarkan penelitian dan kajian para ulama terhadap ayat-ayat bahasa Arab dan mereka mendapatinya tidak lepas dari empat hukum ini.

Bagi kalimat isim, hukum e’raabnya menerima rafa’, nasab dan jar sahaja. Bagi kalimat fi’el pula  dapat menerima hukum rafa’ , nasab dan jazm sahaja. Bagaimanapun bagi kalimat huruf ia tidak memiliki hukum e’raab kerana ia adalah kalimat mabni. Bahkan semua kalimat isim dan fi’el yang mabni terhalang dari e’raab dan kita katakan sebagai e’raab mahalli, lihat penjelasan تغيير أواخر الكلم    dalam bab definisi.

Kesimpulannya, isim dan fi’el bersekutu pada menerima hukum rafa’ dan nasab, manakala jar khusus bagi isim dan jazm khusus bagi fi’el.

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين