Posts

Showing posts from July, 2009

Jama’ah Da’wah: Jawapan Syaikh Shaleh Fauzan

Image
Berikut adalah jawapan Syeikh Salih bin Fauzan al-Fauzan tentang mendirikan jama’ah da'wah. Posting ini tidak bermaksud apa-apa merendahkan sesiapa atau mana-mana golongan dan juga tidak dituju kepada mana-mana jama'ah.Tujuannya untuk kita berkongsi pandangan daripada seorang ulama besar di Riyadh, Arab Saudi yang merupakan komitee Penelitian dan Fatwa Islam (kibaril Ulama). Cuma di sini hendak dijelaskan kedudukan bahawa kita adalah umat Islam mempunyai kewajipan yang satu iaitu da'wah ila Allah Ta'ala. Setiap daripada kita mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza dalam berda'wah dan masing-masing itu saling lengkap melengkapi. Tumpuan atau objek da'wah juga berbeza. Kita berhadapan dengan pelbagai serangan daripada musuh luar dan dalam, diserang dari pelbagai sudut. Ingat iktibar daripada sejarah Perang Uhud, dalam strategi peperangan tidak kesemua tentera diletakkan dibenteng hadapan dan tidak juga kesemua tentera berada di bukit Uhud, masing-masing mempuny

Sifat Amanah Dalam Al-Qur’an

Image
Antara akhlak yang mulia dan dipandang besar keutamaannya di dalam Al-Quran adalah sifat amanah. Kepentingan sifat amanah amat dititk beratkan dan melaksanakannya adalah sesuatu yang amat berat sehingga Al-Quran menerangkan perihal amanah ini sebagaimana firman-Nya Azza wa Jal: إِنَّا عَرَضْنَا الأمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإنسان إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً (سورة الأحزاب الآية 72) "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh." Lawan bagi sifat amanah adalah khianat . Amanah melibatkan berberapa aspek dalam kehidupan, jika dikhianati akan amanah tersebut maka kehidupan akan pincang. Amanah dalam penjagaan harta dan menunaikan haknya hendaklah dibuat dengan sempurna tanpa