Syariat Nasrani
Sementara dalam agama Nasrani, dikenal bagi mereka yang mempelajarinya sebagai syariat yang tidak terperinci dalam mengatur kehidupan dan masyarakat. Rahsianya, kerana agama Nasrani berpegang teguh kepada syariat Nabi Musa as dalam berbagai perkara kerana di dalam Injil sekarang ada mengatakan bahawa Isa al-Masih as sebagai berkata: “ Aku tidak datang untuk merombak syariat Musa, malah aku datang sebagai penyempurna ” Namun demikian, kenyatannya mereka telah mengubah sebahagian hukum Taurat, seperti mengharamkan daging, serta mengganti sebahagian hukum-hukum seperti hukum rejam bagi yang berzina, qisas dan yang lainnya, sebagaimana disebutkan: “ barangsiapa di antara kamu ada tanpa dosa, hendaklah ia membaling dengan batu…..” dan disebutkan pula: “sesungguhnya orang sebelum kamu berkata: “Gigi dibalas gigi”, namun akau berkata: “Barangsiapa yang memukul pipi kananmu, maka berikan pipi kirimu kepadanya…” Orang-orang yang meneliti Injil, iaitu Injil sekarang ini, pasti tidak akan menemuk