Syariat Yahudi

Agama Yahudi mencakupi syari’at yang terperinci dan jelas yang berkaitan dengan muamalat, ibadah dan berbagai-bagi kehidupan yang beragam. Hal ini seperti yang di firmankan Allah dalam Al-Quran ketika berbicara tentang Nabi Musa as;

﴿وَكَتَبْنَا لَهُ فِى الاٌّلْوَاحِ مِن كُلِّ شَىْءٍ مَّوْعِظَةً وَتَفْصِيلاً لِّكُلِّ شَىْءٍ فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُواْ بِأَحْسَنِهَا سَأُوْرِيكُمْ دَارَ الْفَـسِقِينَ ﴾
“Dan telah kami himpunkan baginya di dalam papan-papan tulis dari tiap-tiap sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi bagi tiap-tiap sesuatu, maka ambillah dia dengan teguh dan suruhlah kaummu mengambilnya dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang yang fasik.”[6]

Antara sebahagian dari hukum-hukum Taurat yang diisyaratkan Al-Quran terdapat dalam surah Al-Maidah sebagaimana berikut;

﴿إِنَّآ أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالاْحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُواْ مِن كِتَـبِ اللَّهِ وَكَانُواْ عَلَيْهِ شُهَدَآء فَلاَ تَخْشَوُاْ النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِـئَايَـتِى ثَمَناً قَلِيلاً وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَـفِرُونَ﴾﴿وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالاٌّنْفَ بِالاٌّنْفِ وَالاٍّذُنَ بِالاٍّذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّـلِمُونَ ﴾
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” – Al-Maidah:44-45

Bagaimanapun, sejarah telah menyaksikan bahawa Taurat yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa as telah diubah dan diganti oleh tangan-tangan pendita-pendita Yahudi. Hal itu dinyatakan oleh para sejarawan agama dan para peneliti dari barat sendiri dengan bukti-bukti yang sahih yang sukar dibantah. Pembuktian demikian sebelumnya telah didahului oleh para ulama Islam. Taurat yang terdapat sekarang, yang di dalam bentuk 5 buku itu tidak dapat dikatakan sebagai kalam Allah kepada Nabi Musa as, kerana bercampur aduk dengan ucapan manusia. Perlakuan ini ada disebut dalam Al-Quran sebagaimana ayat berikut:

﴿فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَـبَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُواْ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلاً فَوَيْلٌ لَّهُمْ مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُمْ مِّمَّا يَكْسِبُونَ ﴾
“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.”

Apabila dilihat dan diteliti hukum-hukum Taurat yang diimani oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani sekarang, didapati bahawa penilaiannya tidak lari dari perkara berikut:

1. Dorongan Ashobiyyah[7]

Dorongan semangat asobiyyah dalam hukum-hukum Taurat ini merupakan antara cirri-ciri yang membezakan Yahudi dengan umat yang lainnya. Jika sesuatu itu halal bagi Yahudi, maka haram bagi yang lainnya. Perkara ini berlaku, kerana syariat mereka telah meletakkan bahawa mereka adalah umat pilihan Allah dan umat yang diberi keistimewaan dari yang lainnya di atas dunia ini. Bangsa-bangsa lain dipandanga sebagai bangsa yang hina dan rendah martabatnya.

Atas dorongan ini, mereka membuat undang-undang dan syariat sehingga bangsa Yahudi haram saling membunuh dan mengusir antara satu sama lain tetapi halal bagi mereka membunuh bangsa lain dan mengusir mereka keluar terutamanya terhadap bangsa Kan’an (Arab Palestine). Adalah menjadi kewajipan kepada mereka apabila berjaya menawan sesebuah negeri untuk menghapuskan seluruh tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpinnya tanpa sisa sedikitpun. Sementara itu kanak-kanak dan wanita-wanitanya dijadikan hamba abdi yang diperlakukan sesuka hati, dan harta benda serta kekayaan dirampas, dijadikan sebagai hak milik mereka. Ini sesuai dengan aturan dari kitab mereka.[8]

Berdasarkan hal itu, maka seseorang Israel lebih suka menjual dirinya kepada saudaranya yang Israel di saat dia miskin memerlukan harta. Dia menjadi hamba sehingga batas masa yang ditentukan di mana kemerdekaannya akan dikembalikan, sementara jika bangsa lain akan tetap menjadi hamba Isarel selamanya.[9]

Demikian, tidak boleh seorang Israel bermuamalat secara riba dengan saudaranya Israel dan juga tidak boleh menerima gadaian atas hutangnya. Jika dia menerima gadaian pada pagi hari maka wajib dia mengenbalikannya pada petang harinya. Adapun terhadap bangsa bukan Israel, boleh dia berbuat sesuka hatinya didalam bermuamalat dengan berbagai bentuk riba yang keji[10]

Malah terdapat di dalam kitab-kitab mereka menyatakan, suku Kan’an[11] adalah hamba kepada bangsa Israel, tidak selayaknya setiap individu dari suku Kan’an mendapat apa-apa perkerjaan sekalipun selain dari menjadi hamba abdi. Apabila suku Kan’an cuba bertindak membangkang atau bercita-cita inginkan kemerdekaan, adalah wajib bagi bangsa Israel membunuhnya. Ini sebagaimana yang didakwahkan oleh Nuh as kepada suku Kan’an dan keturunannya.

2. Dorongan Kebendaaan

Dalam syari’at Yahudi sebagaimana tersebut di dalam kitab-kitab suci mereka sekarang, terdapat dorongan kebendaan yang jelas. Hampir-hampir tiada ditemui dorongan dari segi kerohanian, anjuran seperti zikir-zikir, tentang hari pembalasan, hari kiamat, syurga dan neraka. Inilah hakikatnya yang terkandung di dalam taurat.

Balasan bagi setiap amalan yang dijanjikan di dalam Taurat semuanya berbentuk kebendaan duniawi seperti banyaknya harta dan anak, sihatnya badan, kemenangan ke atas musuh dan seumpamanya. Tidak sebagaimana Al-Quran yang banyak menyoroti masalah akhlak yang berisi perintah dan larangan, tiada namanya balasan bersifat kerohanian dan akhirat sebagai contoh:

﴿ذَلِكَ أَمْرُ اللَّهِ أَنزَلَهُ إِلَيْكُمْ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَـتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْراً ﴾
“Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu, dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya”. – At-Talaq:5

Perhatian yang diberikan oleh Taurat sangat berlebihan terhadap sesuatu yang berbentuk kebendaan misalnya upacara mengagungkan hari Sabtu, menyajikan korban, memakai pakaian tertentu walaupun hatinya kosong dari maksud keimanan, ketakwaan kepada Allah dan keimanan terhadap hari akhirat.

Misalannya kitab fasal tentang Orang-Orang Lawe ada menyebutkan dibanyak tempat, bahawa korban-korban yang disajikan dengan membakar akan membuatkan tuhan mereka senang kerana bau asap yang naik ke langit, dan sebaliknya tuhan akan murka jika korban yang disajikan tidak sebagaimana yang ditetapkan dalam syari’at mereka. Bahkan tuhan akan menurunkan seksa kepada mereka dengan mengirimkan api membakar sebagaimana yang telah berlaku kepada dua anak Harun, kerana tidak menyajikan korban dengan sempurna.[12]Jelasnya upacara korban dengan cara membakar agar asap korban itu naik ke langit adalah cara yang ditetapkan oleh syariat Yahudi sebagai satu bentuk korban.

Allah swt menolak keyakinan mereka di dalam Al-Quran dengan menyatakan tidak akan sampai daging dan darah korban, kerana korban yang disyariatkan adalah satu bentuk ketakwaan kepada Allah, menjalankan perintah-Nya serta mensyukuri nikmat-nikmat-Nya yang dianugerahkan kepada para hamba-Nya berupa nikmat binatang ternakan yang banyak sebagai satu peluang berbuat ihsan dan kebajikan kepada para fakir dan miskin. Ini diisyaratkan Allah dengan firman-Nya:

﴿لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلاَ دِمَآؤُهَا وَلَـكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُواْ اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴾
(Al-Hajj:37)
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat sampai kepada Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” – Al-Hajj:37

Sesungguhnya dorongan kebendaan pada orang-orang Yahudi begitu kuat mengungguli ajarannya sehingga sebahagian dari kitab mereka menetapkan berbagai bentuk kekejian yang paling buruk semata-mata kerana keuntungan kebendaan.

Di dalam Talmud, jika seorang anak berzina dengan ibunya yang janda tidak akan dikenakan hukuman had dan tidak dicela, bahkan hendaklah sebaik-baiknya dilanjutkan keadaan seperti itu hinggalah berkahwin. Perbuatan itu dianggap sebagai satu bentuk kewajipan anak terhadap pemeliharaan ibunya. -(Na’udzubillahi min dzalik)-.Begitu juga seorang bapa yang berzina dengan anak perempuannya setelah kematian suaminya, juga tidak dikenakan hukuman had, tidak boleh diseksa dan dicela. Ini kerana perbuatannya tersebut sebagai membersihkan dirinya dengan menyelamatkan hartanya dari terbuang sia-sia jika melakukannya dengan perempuan yang lain[13].

3. Sukar dan Berat

Syariat Yahudi juga mempunyai cirri-ciri yang memberatkan dan sukar sehingga sebahagian hukumnya menjadi beban dan belenggu bagi mereka yang terkena taklif[14]. Ini adalah hukum yang Allah swt kenakan disebabkan kejahatan mereka, walaupun Allah swt juga trurt memuliakan mereka dengan menurunkan Taurat dan mengutus Musa as sebagaimana firman Allah:

﴿فَبِظُلْمٍ مِّنَ الَّذِينَ هَادُواْ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَـتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَن سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيراً﴾﴿ وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُواْ عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَلَ النَّاسِ بِالْبَـطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَـفِرِينَ مِنْهُمْ عَذَاباً أَلِيماً﴾
(An-Nisa’:160-161)
“Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, kami haramkan atas (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah, dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta benda orang dengan jalan yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih.”

Dalam surah lainnya, Allah juga berfirman:

﴿وَعَلَى الَّذِينَ هَادُواْ حَرَّمْنَا كُلَّ ذِى ظُفُرٍ وَمِنَ الْبَقَرِ وَالْغَنَمِ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ شُحُومَهُمَآ إِلاَّ مَا حَمَلَتْ ظُهُورُهُمَآ أَوِ الْحَوَايَآ أَوْ مَا اخْتَلَطَ بِعَظْمٍ ذَلِكَ جَزَيْنَـاهُم بِبَغْيِهِمْ وِإِنَّا لَصَـادِقُونَ ﴾
(Al-An’am:146)
Dan kepada orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala binatang yang berkuku dan dari sapi dan domba, Kami haramkan atas mereka lemak dari kedua binatang itu, selain lemak yang melekat di punggung keduanya atau yang di perut besar dan usus atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami hukum mereka disebabkan kedurhakaan mereka; dan sesungguhnya Kami adalah Maha Benar.”

Demikianlah, kerana kezaliman bangsa Yahudi, Allah Ta’ala telah mengharamkan yang baik-baik, yang pada awalnya dihalalkan bagi mereka. Allah mempersukarkan hukum bagi mereka kerana kedegilan mereka dan kecerewetan mereka serta sikap menentang para Nabi-Nya sebagaimana kisah sapi betina. Adalah tidak menghairankan,jika di antara sifat-sifat Nabi SAW yang terdapat dalam kitab-kitab ahli kitab adalah:

﴿الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِىَّ الأُمِّىَّ الَّذِى يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِى التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَـهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَـتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَـئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالاٌّغْلَـلَ …..﴾
(Al-A’raf:157)
“Orang-orang yang mengikuti rasul itu, nabi yang ummiy yang mendapatinya memerintahkan mereka dengan ma’ruf dan melarang mereka dari kemungkaran, serta menghalalkan bagi mereka perkara yang baik-baik dan mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor, dan menanggalkan daripada mereka belenggu dan bebanan mereka……..”

Di antara doa-doa yang diajarkan Allah SWT dalam al-Quran kepada orang-orang yang beriman ialah:

﴿رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ﴾
(Al-Baqarah:286)
Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengambil kira akan kami sekiranya kami terlupa atau kami tersalah, Tuhan kami ! dan janganlah Engkau pikulkan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau pikulkan ke atas orang-orang sebelum kami”

Di dalam hadis yang sahih ada disebutkan, bahawa Allah SWT memperkenankan doa orang-orang mukmin pada akhir dan penutup surah Al-Baqarah.

Jika hukum dalam Injil bercirikan “kemurahan dan kelembutan”maka hokum-hukum dalam Taurat adalah sebaliknya. Ianya berciri “kesukaran dan memberatkan”, dan ini sesuai dengan tabiat Bani Israil yang keras dan kejam yang dikenal dalam Taurat dengan julukan “berkepala batu”, sementara al-Quran juga menyatakan tentang mereka di dalam ayat:

﴿ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِّن بَعْدِ ذلِكَ فَهِىَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ….﴾
(Al-Baqarah:74)

Sikap keras mereka itu dapat dilihat dengan jelas dalam muamalat mereka dengan bangsa lain, terutamanya dalam peperangan. Taurat yang telah mereka ubah itu membolehkan pertumpahan darah, merampas harta benda, menghancurkan negeri, menghina para hamba, menghalalkan yang baik oleh syariat samawi mahupun undang buatan manusia. Namun yang menghairankan, mereka melakukan semua itu dengan mengatasnamakan Tuhan, iaitu semua itu dari pemberian dan hadiah dari-Nya buat bani Israil.

Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Tasrif (تصريف): Pengenalan

Mengenal Kata Nama الأسم

Tanda Al-Ismu:"ا ل" dan التنوين