Posts

Showing posts from November, 2010

Kenapa sukar berhenti rokok ye ?

Bestnya malam ni hidangan makan malam ! Sambal belacan, ulam-ulam memang sedap sekali dimakan. Siap dengan kari kepala ikan, masakan mamak. Menu makanan cuci mulut pun ada juga, tambah selera. Lepas tu….fuuuuuh..hisap rokok !! Siapa yang tak mau menghabisi hidangan seperti ini dengan menyedut methane, arsenic dan methanol ? Apakah cara terbaik untuk menyudahkan hidangan malam ini dengan menghisap sedikit dari hasil industri cecair pencuci, amonia, butane dan cadmium semuanya menerusi penapis cellulose yang lazat ? Bahan-bahan ini amat baik untuk mencuci tandas dan memberi kuasa pada bateri, maka sudah tentu cukup baik untuk rawatan selepas makan. Kebanyakan perokok tetap, bersetuju bahawa merokok selepas makan adalah satu keseronokan hidup yang begitu simpel. Begitu juga dengan rokok selepas bangun tidur, rokok ketika rehat dari kerja, rokok ketika stress dan rokok ketika minum kopi pagi hari. Sementara itu perokok akan menyenaraikan pelbagai alasan kenapa mereka masih merokok