Kenapa sukar berhenti rokok ye ?
Bestnya malam ni hidangan makan malam ! Sambal belacan, ulam-ulam memang sedap sekali dimakan. Siap dengan kari kepala ikan, masakan mamak. Menu makanan cuci mulut pun ada juga, tambah selera. Lepas tu….fuuuuuh..hisap rokok !! Siapa yang tak mau menghabisi hidangan seperti ini dengan menyedut methane, arsenic dan methanol ? Apakah cara terbaik untuk menyudahkan hidangan malam ini dengan menghisap sedikit dari hasil industri cecair pencuci, amonia, butane dan cadmium semuanya menerusi penapis cellulose yang lazat ? Bahan-bahan ini amat baik untuk mencuci tandas dan memberi kuasa pada bateri, maka sudah tentu cukup baik untuk rawatan selepas makan.
Kebanyakan perokok tetap, bersetuju bahawa merokok selepas makan adalah satu keseronokan hidup yang begitu simpel. Begitu juga dengan rokok selepas bangun tidur, rokok ketika rehat dari kerja, rokok ketika stress dan rokok ketika minum kopi pagi hari. Sementara itu perokok akan menyenaraikan pelbagai alasan kenapa mereka masih merokok disebalik kebenaran bahawa sebahagian daripada mereka akan mati muda kerananya, puncak kebenarannya boleh dirumuskan kepada satu fakta---mereka ketagihan nikotin. Kebanyakan orang tahu nama ini, tetapi banyak yang tidak mengetahui apakah sebenarnya. Mudahnya; Nikotin ialah cecair tanpa warna yang terdapat dalam tembakau yang bertukar perang apabila terbakar.
Di luar sana terdapat teknologi yang mampu menghilangkan kebanyakan kesan nikotin daripada rokok. Tetapi syarikat tembakau tidak mengendahkan akan hal ini, sebaliknya mereka berusaha mencari jalan untuk memperkayakan bahan ketagihan nikotin. Terdapat lapan cara yang dipatent untuk meningkatkan kandungan nikotin dengan menambahnya dalam tembakau setelah ianya dihasilkan. Lima daripadanya menambah nikotin pada penapis dan pembalut. 12 yang lainnya digunakan untuk membangunkan teknologi terkini untuk memanupulasi tahap nikotin dan menghasilkan pelbagai jenis bahan kimikal yang baru.
Jadi tidak hairanlah bahawa 2/3 perokok muda yang berharap mereka dapat berhenti,tetapi berkata mereka tidak dapat melakukannya. Sepatutnya ia tidak menjadi kejutan, kerana hanya satu daripada 10 perokok boleh membuang tabiat tersebut. Bagaimanapun, ia merupakan satu kejutan apabila 50% daripada orang yang telah sembuh daripada pembedahan kanser paru-paru merokok kembali[sumber:FDA]. Rokok mengandungi kira-kira 2 mg nikotin. Perokok yang merokok satu kotak sehari menghantar 250 terjahan nikotin ke atas otak mereka setiap hari [sumber:NIDA]. Jadi berhenti rokok bukan sahaja berkisar tentang berhenti dari sekotak rokok, ianya lebih berkait rapat dengan 250 terjahan tersebut. Ini dapat menerangkan kenapa sukar untuk berhenti. Begitu juga dengan faktor jantina, keturunan, jenama rokok dan juga sakit mental.
Ketagihan Nikotin
Manusia telah lama menggunakan nikotin selama ribuan tahun. Nikotin dilahirkan di Amerika, ketika United States dihuni, ianya ditanam dan dieksport ke Eropah dan seluruh dunia. Seawal 1600s, para doktor mengesyaki merokok membahaya kesihatan. Bagaimanapun, ia mengambil masa yang agak lama untuk mengesahkan keraguan ini dan malah lebih lama sebelum kerajaan United States mengambil tindakan memberi label amaran. Perokok boleh mengira sendiri bahawa merokok adalah membahayakan diri mereka apabila mereka sendiri menghadapi ketidakselesaan, gangguan tidur, selera makan yang bertambah, keinginan yang memaksa dan kekurangan perhatian.
Nikotin membuat helah pada otak dengan merangsang laluan saraf dengan menjajah dopamine, sejenis hormon yang memberi isyarat kepada kita sesuatu seperti makanan dan sex adalah menyeronokkan. Ia juga meningkatkan aktiviti dalam laluan saraf cholinergic dalam otak. Laluan ini berpusat dalam stem otak dan dipercayai berfungsi sebagai pencetus (cognitive function), seperti ingatan (memory). Pertambahan dalam laluan ini membuatkan anda merasakan lebih tajam dan lebih fokus. Begitupun tidak cukup, nikotin juga meningkatkan paras endorphin, sejenis protin yang memberi anda perasaan enak.
Pada waktu malam apabila tidur, kesemua laluan ini akan tertutup dan apabila terjaga anda akan terasa keinginan merokok yang amat sangat. 1/3 daripada semua perokok akan mengambil rokok di permulaan hari pertamanya, dalam masa 10 minit selepas terjaga daripada tidur [sumber:FDA].
Secara semulajadi, paras nikotin dalam tembakau sudah tersedia membuatkan perokok mahu merokok. Kemudian syarikat rokok meningkatkan skalanya dengan menambah campuran gula pada nikotin. Apabila campuran ini dibakar, ia menghasilkan kimia yang dipanggil acetaldehyde. Satu kajiselidik dilakukan kesannya ke atas tikus, menunjukkan tikus akan berulang-kali dengan sendirinya mencari acetaldehyde sebagaimana nikotin.
Pengeluar rokok Philips Morris menjalankan kajian dalaman menunjukkan bahawa acetaldehyde dan nikotin adalah satu gabungan yang amat baik sekali. Secara puratanya, tikus makmal dengan sendirinya mencari 240 dos acetaldehyde sehari, berbanding dengan 90 dos nikotin. Apabila kedua-dua bahan kimia ini digabungkan, tikus akan lebih memilih campuran ini untuk menghilangkan ketagihan berbanding bahan tersebut dalam keadaan berasingan, mereka lakukan dengan rakus menghabisi 400 dos satu hari [sumber:Ralof]. Terapi gantian nikotin seperti gum dan patches boleh membantu menghilangkan ketagihan nikotin, tetapi ianya tidak langsung menyentuh acetaldehyde. Satu lagi fakta menarik --- apabila tubuh mulai memecahkan alcohol, ianya menghasilkan acetaldehyde. Jadi jika anda bersusah payah menempuh segala kesukaran untuk tidak merokok sedangkan ditangan anda ada arak, ianya bukanlah kebetulan. Sebaik sahaja acetaldehyde diaktifkan dalam sistem tubuh dengan minuman itu, akan menyebabkan anda ingin mencapai rokok pula.
Satu perkara lagi yang menyebabkan kesukaran berhenti merokok ialah bahan yang dipanggil free-base nicotine. Ini adalah dari variasi struktur molekul nikotin yang kehilangan ion hidrogen. Kenapa ion hidrogen begitu istimewa ? Tanpanya, nikotin akan mudah berubah kepada gas, menjadikan ianya cepat menyerap terus ke paru-paru dan dari situ, cepat sampai ke otak. Sebarang dadah yang sampai ke otak dengan lebih cepat adalah lebih berkuasa ketagihannya. Free-base nicotine kesannya sama ke atas perokok sebagaimana pengguna kokain.
Lebih menarik, sesetengah jenama rokok komersial didapati mengandungi 10 hingga 20 kali jumlah free-base nicotine daripada yang dipercayai sebelumnya.[sumber: Medical News Today]. Bukan itu sahaja, free-base nikotin juga terdapat lebih banyak di hujung depan batang rokok, supaya sedikit hisapan pertama akan membuatkan khayal tak terhingga. Cuba fikirkan, apakah satu keajaiban tiba-tiba nikotin boleh berubah kepada free-base ? Ini sukar sekali berlaku.Sebenarnya proses ini (mengubah kepada free-base nikotin) adalah dengan campurtangan manusia yang menambahnya dengan bahan kimia dipanggil ammonia.
Disebalik kebenaran tentang pengeluar rokok yang telah melakukan berbagai cara dalam kemampuan mereka untuk membuat sukar sesukarnya seseorang untuk berhenti merokok, terdapat juga faktor lain. Faktor seperti gender dan keturunan turut memainkan peranan yang membuatkan anda sukar berhenti merokok.
Lapan daripada setiap 10 perokok berharap mereka tidak akan memulakan tabiat merokok, sesudahnya hanya satu dalam sepuluh berjaya berhenti. Berita baiknya, bahawa berhenti sebenarnya boleh dan telahpun berlaku setiap masa kepada semua peringkat orang. Sesetengahnya melakukannya dengan tiba-tiba. Sesetengahnya perlukan terapi gantian nikotin. Hypnosis berkesan untuk sesetengahnya, dan yang lainnya memerlukan ubat yang lebih likat untuk membantu mereka membuang tabiat tersebut. 2 juta orang berhenti merokok setiap tahun, dan disitu tiada alasan untuk anda menjadi salah seorang daripada mereka. Tidak kira berapa tahun anda merokok, tubuh badan anda mempunyai sistem immunisasi yang akan segera memulih dirinya sebaik sahaja anda membuang puntung terakhir.

Comments
Post a Comment
Pandangan Anda ?