Pengenalan Surah al-Jin
Dinamakan surah al-Jin kerana didalamnya disebut sifat-sifat jin, hal ehwal mereka dan kumpulan-kumpulan mereka. Begitu juga dipanggil surah قل أوحي إلي (qul uuhiya ilayya). Diturunkan di Mekah selepas surah al-'Araaf. Dalam kategori surah al-mufashhal iaitu bahagian al-Quran yang banyak pemisahan antara surah-surah. Terdapat sebanyak 28 ayat dan dari tertib surah yang ke 72, pada juzu ke 29, hizb ke 58 dan Rubu' ke 5. Kandungan surah tentang ushul aqidah iaitu ke-Esaan Allah, pengutusan Rasul, hari kebangkitan dan juga pembalasan. Berkisar tentang jin serta yang berkaitan dengannya secara khusus. Bermula dengan jin mendengarkan al-Qur'an kemudiannya mereka beriman. Surah ini mengambil sebahagian dari berita-berita yang menakjubkan seperti jin mengintip mendengar berita langit, dilontar panahan berapi, menzahirkan sebahagian rahsia-rahsia ghaib mereka hinggalah selain dari itu dari khabar-khabar jejak mereka. Surah ini diturunkan disebabkan suatu ketika sedang