Posts

Showing posts from March, 2017

Kaedah Dalam Al-Asma was Sifaat.

Ini adalah kaedah-kaedah yang amat penting berhubungan dengan al-asma was sifaat. Apabila berbicara tentang al-asma was sifaat samada menetapkan atau menafikan atau bersikap neutral terhadapnya hendaknya berdasarkan kaedah-kaedah ini agar kita tidak terpesong dari akidah yang yang benar. Kaedah Pertama: Berhubungan dengan dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah hendaklah menetapkannya menurut zahirnya tanpa mengubahnya keluar dari makna tersebut tanpa dasar ilmu. Asasnya adalah firman Allah subhanahuwata'ala : بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ  (Dengan bahasa Arab yang terang) al-Syu'ara:195 Maka wajib menetapkan makna firman Allah dan sabda Rasul-Nya sebagaimana didalam bahasa tersebut kerana merubah maknanya adalah merupakan keceluparan terhadap nama Allah tanpa ilmu. Dalilnya firman Allah ; قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالْإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّل